Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Friday, January 4, 2013

Catatan

Assalamualaikum w.b.t. Semoga pembaca sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Begitu lama blog ini menyepi. Kini sudah 2013. Tahun lepas boleh dikatakan tidak langsung menulis catatan. Tidak lain kerana kekangan masa dan ruang yang tidak mengizinkan. Apapun, saat ini saya cuba mengambil sedikit masa untuk update blog ini. Bila dilihat pada senarai pembaca catatan ini, rupanya masih ada lagi yang berminat. Setiap hari ada pembacanya. Samaada dalam negara atau luar negara. Maklumlah, fenomena sekarang fenomena fb. Apa-apa maklumat serta pengetahuan kebanyakan dicatat di dalamnya. Penggunaan blog mula berkurangan. Apapun blog Catatan Abu Humaira tidak akan terkubur Insya Allah. Mungkin selepas ini, penulis akan cuba mencuri waktu bagi menyampaikan serta berkongsi apa saja yang berkaitan Pengubatan Islam ini. Kalau tidak panjang, pendek sahaja catatanya.Insya Allah. Wassalam.


Baca Selanjutnya
Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO