Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Tuesday, October 4, 2011

Bingkisan Ramadhan



Assalamualaikum w.b.t.

Lama menyepi. Saat ini cuba mencoretkan sedikit bingkisan sepanjang bulan barakah Ramadhan. Rata-rata bulan Ramadhan disambut dengan penuh kesyukuran kepada Robbul Jalil. Tidak ketinggalan ada juga insan-insan yang tidak berpuasa kerana rendahnya kehambaan diri kepada Allah s.w.t. Bahkan ada juga yang tidak berpuasa dengan alasan sakit yang tidak sanggup berkorban sedikit sebagai mujahadah melawan nafsu diri. Allahu. Betapa sombong dan lupa dirinya makhluk yang bernama manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas dan sebelum-sebelum ini selalu kedengaran dan mendapat berita tentang kematian. Jumlah perpisahan roh dan jasad di bulan barakah ini meningkat. Begitulah pemerhatian saya tentang keadaan ini. Kenapa begitu ? Allahu 'alam. Pohonan doa agar kita diizinkan lagi bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Insya Allah.

Pada asalnya, tidak ingin saya untuk melakukan rawatan pada bulan Ramadhan. Namun saya hanya merancang, ketentuan Allah sudah ditulis. Ada juga pesakit-pesakit gangguan jin yang meminta diikhtiarkan. Pesakit-pesakit tersebut saya lebih menekankan amalan zikrullah daripada memikirkan gangguan yang dihadapi.

Tidak ketinggalan juga pesakit yang mengadu tentang sakit fizikal. Terutamanya yang berkaitan dengan serangan stroke. Kebetulan Ramadhan kali ini bertepatan dengan musim buah durian. Ada yang pesakit-pesakit hari-hari makan durian sehingga menyebabkan tekanan darah naik seterusnya kena stroke. Ada juga yang tak makan durian pun kena stroke. Rawatan bekam dan urut cuba diikhtiarkan sekadar yang diketahui.

Ada juga pesakit yang mengadu, bila puasa dia jadi demam. Ada juga yang batuk-batuk, pening dan sebagainya. Ketahuilah sesungguhnya puasa itu perintah Allah s.w.t.. Maka yakinlah ibadah ini mempunyai berbagai kebaikan bagi semua hambaNya samaada untuk fizikal, mental dan rohani. Jadi tidak perlulah bersusah payah menelan ubat hospital. Jika tidak tahan sangat makanlah ubatan herba atau madu. Sesungguhnya sakit tersebut ialah proses untuk memulihkan badan kita daripada ansir-anasir negatif di dalam badan.

Jika diamati, perjalanan darah kita dibulan puasa amat laju. Dengan kata lain, apabila perut berehat selama 12 jam, Bahagian-bahagian lain mula mejalankan tugas dengan sempurna. Yangmana selama ini ia berkerja dengan kurang aktif kerana lebih tertumpu kepada perut. Dengan demikian itulah timbulnya simpton-simpton penyakit di atas dengan tujuan untuk memulihkan diri dari segala toksid, racun, kuman dan lain-lain. Orang-orang yang ahli lebih mengetahui daripada saya akan hal ini. Bahkan...

Allah Lebih Mengetahui.


Baca Selanjutnya
Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO