Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Thursday, July 28, 2011

Ya Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua pembaca blog Catatan Abu Humaira, Perawat-perawat Islam, Guru-guruku,Muslimin Muslimat, Selamat Menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak


Baca Selanjutnya

Friday, July 8, 2011

Puteri + Jin Nenek + Jin Bunian ?


Assalamualaikum w.b.t.

Pernah satu ketika sedang menyiapkan soalan untuk peperiksaan sekolah, tiba-tiba satu panggilan saya terima. Katanya dia tinggal disekitar tempat saya tinggal dan dia dari K*** mengambil anaknya. Anaknya bersekolah di sana. Anaknya mengalami gangguan dan meminta saya merawatnya. Dalam kesempitan masa, InsyaAllah datanglah malam ni ke surau jawab saya.

Seperti yang dijanjikan, ibubapa serta anaknya datang bersama 2 orang lelaki (saya ingat-ingat lupa 2 lelaki tersebut, rasanya bapa saudara pesakit tersebut). Macam biasalah, sebelum merawat, saya mendiagnos masalah gangguan yang dialami oleh pesakit tersebut. Kesimpulan dari cerita emak pesakit, saya mendapati anaknya itu berkongsi mata dengan mata jin. Tidak lain tidak bukan; ada jin di dalam badan pesakit dan di rumah kakaknya (pesakit tinggal di sana) ada gangguan. Semalam; iaitu semasa tinggal di K*** sebelum dibawa balik ke sini, pesakit ini telah dipimpin tangannya dan dibawa ke suatu tempat.

Pada keesokan harinya, ditakdirkan Allah s.w.t. pesakit ini dijumpai disebuah tandas di stesen minyak P*** dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kebetulan kakanya pergi mengisi minyak disitu. Melihat ramai orang sedang melihat sesuatu, alangkah terkejut dan bersyukurnya dia kerana rupa-rupanya adiknya yang dikerumuni orang ramai tersebut. Pesakit yang tidak sedarkan diri itu dibawa balik ke rumah oleh kakaknya.

Berbalik kepada rawatan. Sebelum saya memulakan rawatan, saya minta pesakit melihat sekeliling. Dia melihat ada seorang PUTERI dan ada jin-jin yang menakutkan di luar surau yang ingin mengganggunya. PUTERI selalu mengekorinya. Bila ditanya pada PUTERI itu, katanya dia dari keturunan moyang emaknya. Untuk mengelak fitnah, saya terus memberitahu kepada ibubapa pesakit; JANGAN PERCAYA CAKAP PUTERI ITU ! Yang penting kita rawat pesakit ini.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan. Apabila sampai pada satu ayat, saya hembus ke kaki pesakit. Pesakit tumbang ke belakang. Saya teruskan bacaan, jin di dalam badan mula kesakitan dan mula muntah tapi tak keluar apa-apa pun. Saya meminta ibubapnya membangunkan badan pesakit.

Sessi dialong bermula. Percakapan jin kurang jelas dan tak larat nak menjawab. Katanya dia berumur 80 tahun, beragama Islam dan perempuan. Bertujuan untuk mencari tuan baru setelah tuan lamanya sudah lama meninggal dunia. Dia solat katanya. Bila suruh mengucap; dia boleh mengucap dengan fasih dan lancar. Alhamdulillah. Sessi tazkirah disampaikan. Alhamdulillah jin nenek tu setuju keluar dan pergi ke suatu tempat yang akan Allah tentukan semata-mata untuk beribadat dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Sungguh tidak larat untuk dikeluar, maka saya membantunya dengan Azan. Dengan izin Allah s.w.t. dia dapat keluar. Mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampuninya.

Macam biasa juga, bila sudah keluar. Saya akan baca ayat-ayat al-Quran untuk scan sekali lagi. Em…ada lagi jin. Bila ditanya, katanya bukan nenek jin tadi. Tapi jin dari ALAM BUNIAN (entah betul ke tidak) , bernama ***Suria*** (nama panjang sangat). Berumur 36 tahun. Sudah berada dalam jasad pesakit selama 2 bulan. Kenapa saya selalu tanya pasal umur? Supaya senang untuk berdialog. Yelah, kalau jin tu masih muda, kita berdialog cara orang muda. Kalau jin tu dah tua, kita berdialog cara orang tua. Tapi kena ingat, jin yang menganggu suka menipu.

Dia diminta supaya keluar dan kembali ke tempat asal. Pada awalnya jin tersebut berat untuk keluar. Tetapi bila beri sedikit tazkirah, dia setuju untuk keluar. Maka lafaz sumpah dilakukan. Ketika proses keluar dari badan pesakit, air mata mencurah-curah keluar dari mata pesakit. Biasalah tu, jin terlalu sedih untuk tinggalkan pesakit. Sebab katanya, dia suka pada pesakit ini. Kalau kes begini, ada kemungkinan untuk jin itu kembali semula kepada pesakit. Harap-harap jin ini sudah sedar dan insaf, InsyaAllah.

Kemudian, proses scan dijalankan sekali lagi. Alhamdulillah, pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda ada gangguan jin di dalam badan. Kini, rawatan untuk menutup penglihatan pesakit terhadap alam jin. Alhamdulillah kaedah Pancaran Tapak Tangan dan menyapu atar kasturi memudahkan rawatan. Tetapi yang menjadikan kemusykilan buat saya, pesakit melihat 2 jin terkurung apabila tapak tangan dihalakan kali kedua dilakukan; iaitu selepas menyapu minyak atar kasturi . Ini jin mana pulak ni? Ke jin-jin tadi? Kata pesakit, 2 jin tu menangis dan tempat kurungan itu berada di suatu tempat yang jauh. Saya tak berfikir panjang, Allah Lebih Mengetahui.

Pesakit dibekalkan air dan limau yang diruqyah untuk mandi dan minum selama 7 hari. Rawatan susulan akan diikhtiarkan selepas itu. InsyaAllah. Sesungguhnya Allah s.w.t. memudahkan segala ikhtiar pada malam tersebut. Alhamdulillah.

Allahu’alam.


Baca Selanjutnya
Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO