Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Sunday, June 19, 2011

Kasturi TIAF Meletup ?


Assalamualaikum w.b.t.

Sejak kebelakangan ini banyak minyak kasturi Tiaf dibeli oleh beberapa orang yang ahli keluarganya mengalami gangguan jin daripada saya. Terutamanya berkaitan dengan bayi yang menangis tak henti-henti kerana gangguan jin. Ramai sudah pembeli menyatakan kemujaraban kasturi ini. Tentang cara menggunakannya boleh rujuk blog TIAF. Hal ini bukan untuk mempromosi tetapi bertujuan untuk perkongsian khasiatnya.

Kasturi ini juga banyak saya gunakan bagi kaedah ‘shortcut scan’ gangguan pada pesakit sekiranya kesuntukan masa. Apabila menyapu atar kasturi ini, maka pesakit tersebut akan menunjukkan simpton-simptonnya. Contonya seperti nak muntah, bau busuk, panas pada badan, terus merasuk atau sebagainya. Lebih-lebih lagi jika jin yang menganngu itu jin kafir.

Saya juga banyak menggunakannya dalam semburan dalam ikhtiar memagar dan menghalau gangguan jin di rumah kediaman. Apabila air ruqyah dicampurkan bersama atar kasturi ini, menyebabkan tempat kediaman tersebut berbaum harum.

Bagi pesakit yang terbuka mata ketiganya (boleh melihat alam jin) disebabkan gangguan jin, atar kasturi ini di sapu pada Pintu Jamalnya seterusnya menutup mata tersebut dengan izin Allah s.w.t. jua.

Berbalik pada satu peristiwa yang menarik ingin dikongsi. Pekerja di sekolah saya membelikan atar kasturi ini untuk diberikan kepada adiknya yang mengalami gangguan sakit-sakit badan. Adiknya ini tinggal di P***. Hujung bulan adikknya ini selalu ke rumah kakaknya ini. Maka kesempatan inilah untuk dia memberikan atar kasturi itu kepada adiknya.

Saya menerangkan cara-cara untuk menggunakannya. Hari ini saya bertemu dengan pekerja tersebut dan bertanyakan tentang hal adiknya itu. Katanya “ Dia tak sempat nak pakai dan nak mandi ustaz. Dia nak beli lagi satu, “. Kenapa pulak. Yang dulu mana pergi ? “ Tanya saya. “MELETUP!” katanya. Tergamam saya.

Katanya “ Begini ceritanya. Adik saya, apabila dia balik ke rumahnya, dia meletakkan atar kasturi itu di dalam satu almari. Cadangnya nak mandi dengan atar kasturi itu apabila ada masanya yang terluang nanti. Entah mengapa dia terlupa untuk mandi. Mungkin dia sibuk dengan kerja entahlah. Yang dia sedar pada suatu hari, dia terbau sesuatu yang harum di dalam rumahnya. Di situlah baru dia tersedar akan atar kasturi tersebut. Lalu dia pun membuka pintu almari tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati botol atar kasturi tersebut pecah berkecai. Rasanya botol atar kasturi itu baru sahaja meletup. Sebab masih ada lagi sedikit saki baki minyak itu di atas papan alamri tersebut. Dapatlah dia ambil sikit untuk disimpan. Selepas kejadian atar kasturi itu meletup dia dapat merasakan sakit-sakit badannya selama ini semakin hilang dan badannya rasa ringan”.

Kenapa atar kasturi TIAF ini meletup? Allah Lebih Mengetahui . Allahu Akbar. Demikianlah kehendak dan pertolongan Allah s.w.t. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya berkata JADI maka JADILAH ia.

Allahu ‘alam.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO