Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Tuesday, June 28, 2011

Kaedah Semburan



Assalamualaikum w.b.t.

Spry atau penyembur ini kebiasaanya dalam rawatan akan disembur ke 2 kaki, 2 tangan dan muka pesakit pada awal rawatan dilakukan. Ia bertujuan untuk memberikan tindak balas luaran kepada jin yang menganggu pesakit. Air tersebut terlebih diisi dengan air yang telah diruqyah dengan ayat-ayat al-Quran. Demikianlah sebagaimana yang diajar oleh TG. Ustaz Majid AKRINE. Dengan izin Allah tindak balasnya menyebabkna jin akan merasakan kepanasan, bau busuk, tidak selesa dan kadang-kadang pesakit akan terus merasuk.

Apa yang hendak saya kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan Pagar Rumah dan menghalau jin penganggu di dalam rumah. Saya akan menggunakan penyembur spry ini ketika memagar rumah pesakit. Setelah air dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran dan dicampurkan dengan apa yang dirasakan perlu, maka ia dimasukkan ke dalam penyembur seterusnya proses penyemburan dilakukan.

Penyembur ini digunakan adalah untuk memastikan air semburan itu semacam berkabus (betul ke istilah ini). Setengah perawat lebih suka menggunakan jari-jari untuk dipercikkan kerana berdasarkan pemahaman masing-masing. Bagi saya, semua itu tidak menjadi masalah.

Apa yang menariknya di sini, kadang-kadang penyembur ini akan rosak sebelum selesai disembur disekeliling dalam sesebuah rumah. Walaupun penyembur ini baru dibeli, ia akan rosak. Kat rumah saya ada banyak penyembur yang sudah rosak kerana digunakan untuk menyembur rumah pesakit. Kalau untuk semburan perawalan rawatan kepada pesakit, takde pulak yang rosak. Yang nak jadi rosak apabila digunakan untuk proses memamagar rumah (atau kebetulan saja nak rosak).

Kebiasaanya ia akan rosak apabila tiba di suatu sudut yang dirasakan ada gangguan. Tempat yang ada gangguan akan diberikan tanda oleh Allah s.w.t. seperti merasakan bulu roma meremang atau sebagainya. Maka di situlah air semburan akan terus disembur sambil membaca ayatul Qursi tanpa henti sehingga tanda itu hilang. Dan di situlah penyembur ini akan rosak. Maka kesudahannya pakai jari-jari juga untuk dipercikkan sebagai sambungan kepada proses tersebut.

Sesuatu yang baru dapat saya ambil ialah apabila cuba berikhtiar memagar rumah seorang pesakit. Kisahnya begini, seorang pesakit diminta untuk membuat ikhtiar memagar rumahnya sendiri setelah diberikan air ruqyah oleh saya. Pada awalnya dia meminta saya sebagai “perasmi” dalam ikhtiar memagar atau menghalau gangguan di rumahnya. Tetapi saya terlalu sibuk, maka saya meminta dia membuatnya terlebih dahulu tiap-tiap hari.

Ada keluangan masa, saya bertandang kerumahnya. Dibacakan kembali ayat-ayat al-Quran air yang pesakit gunakan untuk ikhtiar memagar rumahnya. Selepas itu pesakit membawakan sebuah jag yang berisi air dan ranting kayu berdaun di dalamnya. Katanya, ini lebihan air yang saya gunakan petang tadi.

Saya termenung sekejap dan bertanya. Ini ranting apa dan kenapa diletakkan di dalam bekas ini ? Rupa-rupanya ranting yang berdaun itu digunakan untuk memercikkan air ketika proses pemagaran rumah dilakukan. Wah! Ini bagus juga. Mungkin orang dulu-dulu ada menggunakan kaedah ini untuk melakukan percikkan air ketika ikhtiar tersebut.

Akhirnya, terpulanglah pada pembaca samada ingin menggunakan penyembur, jari atau ranting kayu berdaun dalam melakukan ikhtiar memagar dan menghalau gangguan di dalam rumah.

Kita hanya berikhtiar, Allah jua yang menentukan.

Wallhua’lam.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO