Jumaat Malam Sabtu
(Surau KIP : Tempat Rawatan )
Assalamualaikum w.b.t.
Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan dua orang guru serta menyatakan usul pada mesyuarat KIP Chanis; maka persetujuan telah diperolehi. Iaitu Saya bersama, ustaz Fadhilah dan Cikgu Kamal akan bersama-sama berikhtiar merawat pesakit di surau KIP Chanis pada hari Jumaat /malam Sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam sekiranya ada temujanji dengan pesakit.
Saya sungguh bersyukur kepada Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada dua orang guru ini. Kerana mereka sudi untuk bersama-sama saya berikhtiar merawat pesakit. Mereka ini bukan pembantu saya, tetapi mereka juga adalah Perawat Islam. Kami merawat mengikut kepakaran masing-masing. Bahkan ilmu dan kebarakahan mereka lebih tinggi berbanding saya yang daif ini.
Dengan adanya mereka ini, kami dapat merawat 3 pesakit secara serentak. Masa dan tenaga dapat dijimatkan. Jika ada pesakit yang lain, tidaklah pula mereka menunggu dengan lama. Berbanding sebelum ini; saya hanya mampu merawat paling ramai 2 orang pesaki t sahaja pada satu-satu masa.
(Surau berdekatan dengan parking kereta)
Kadang-kadang jika ada salah seorang di antara kami yang sibuk; maka mana-mana Perawat Islam yang ada di surau pada masa itu boleh ambil alih untuk merawat. Ini kebiasannya bagi kes rawatan susulan. Rawatan susulan ini diberikan setelah 7 hari, 14 hari, 21 hari, atau lebih selepas menerima rawatan pertama.
Tentang rawatan susulan ini tiada paksaan kepada pesakit. Jika mereka ingin datang atau tidak selepas menerima rawatan pertama, terpulang kepada mereka. Kami di sini hanya membantu berikhtiar untuk merawat gangguan yang mereka alami.
Pada dasarnya rawatan ini disasarkan kepada anak-anak didik kami di sekolah-sekolah serta ahli keluarga mereka. Kerana rata-rata masa ini, ramai anak-anak didik kami yang mengalami gangguan dek kerana tempias daripada gangguan ibubapa mereka. Menyebabkan ada pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit-sakit badan dan mengalami bermacam-macam gangguan. Walaubagaimanapun, sekiranya penduduk sekitar dan selainnya memerlukan rawatan, InsyaAllah akan kami ikhtiarkan.
















Post a Comment