Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Monday, May 23, 2011

Disebalik Berehat Seketika


Assalamualaikum w.b.t.

Sekian lama blog ini menyepi, kini terasa terdetik pula untuk menulis. Pada awalnya dikatakan untuk berehat seketika; berehat ini bermaksud berehat daripada menulis catatan yang mempunyai perkaitan dengan Perubatan Islam. Namun tidak bermakna saya berehat daripada merawat pesakit khususnya yang berkaitan dengan gangguan jin.
Memang benar saya berehat daripada menulis, tetapi di dalam ruang masa saya berehat daripada menulis itu, Allah s.w.t. menentukan saya untuk sibuk dengan rawatan terhadap pesakit-pesakit. Ternyata merawat itu lebih sibuk dan letih daripada menulis atau mencatat.

Walaupun pada awalnya sangkaan saya apabila saya berehat untuk menulis, dapatlah saya mengurangkan sedikit daripada merawat pesakit-pesakit. Tetapi Allah s.w.t. tentukan sebaliknya. Pernah ada pada satu minggu tu; tiap-tiap malam saya diminta untuk merawat pesakit-pesakit yang berhajat. Ada pesakit yang saya rawat di rumahnya sendiri dan ada pula yang buat temujanji untuk dirawat di surau KIP tempat saya tinggal.

Memang penat, tetapi nak buat macammana, orang dah minta tolong. Lagipun dah lama mereka ini meminta saya merawatnya, tetapi saya minta mereka tangguhkan dulu sebab saya terlalu sibuk dan letih dengan tugasan sebagai seorang guru. Ditambah lagi dengan ilmu perubatan yang ada di dada saya ini memang cetek dan kurang berpengalaman.

Disebabkan saya sedar, inilah fardhu kifayah dan mengharapkan redha Allah s.w.t. semata. Maka saya gagahi jua untuk merawat mereka sekadar ilmu yang cetek ini. Selebihnya dan sepenuhnya saya serahkan kepada Allah s.w.t. Kata-kata TG Ustaz Abd. Majid AKRINE “ MENCARI REDHA ALLAH” dan TG Ustaz Wan Asrul TIAF “KITA BUAT KERJA KITA (BERIKHTIAR), JANGAN KITA BUAT KERJA ALLAH (RAHMAT DAN KESEMBUHAN)“ menjadi penyuntik semangat untuk saya gagahi merawat pesakit walaupun dalam keadaan keletihan dan kesibukan masa.

Dari pengalaman ini, saya dapat tiga iktibar:
Pertama; bahawa kita tidak boleh merawat sepanjang hari. Iaitu, walaupun semasa merawat kita tidak menggunakan tenaga fizikal, mental dan rohani sepenuhnya, namun jika kita merawat setiap hari atau setiap malam selama 5, 6 atau 7 hari berturut-turut pada pesakit yang berbeza; menyebabkan badan kita menjadi begitu letih dan tidak bermaya.

Kedua; bila kita sentiasa merawat; maka timbul rasa kasih-sayang di dalam diri sesama dan kepasrahan kepada Allah s.w.t sepenuhnya terhadap Qada’ dan QadarNya yang ditentukan. Apa tidaknya, pernah saya seperti mengalirkan air mata apabila mendengar kedua ibubapa pesakit yang begitu redha dan sabar dengan ketentuan Allah s.w.t terhadap sakit anaknya yang telah lama terlantar dikerusi panjang dek kerana penyakit saraf yang teruk menyebabkan dia menjadi lumpuh.

AllahuAkbar! Betapa bersyukurnya kita ini yang diberikan kesihatan olehNya, tidak sebagaimana yang diberikan kepada pesakit-pesakit tersebut. Maka orang yang diberi kesihatan dan kemampuan untuk membantu sekadar ilmu yang diberi olehNya terhadap orang yang memerlukan, maka rawatlah mereka (pesakit) sebagai tanda syukur kita kepada Allah s.w.t. dan tanda kasih-sayang kita sesama makhluk Allah walaupun kita tahu; yang kita ini mempunyai ilmu yang cetek dan kurang berpengalaman.

Ketiga; selepas selesai berikhtiar, kebiasaanya saya akan memberikan sedikit tazkirah kepada pesakit. Sesungguhnya tazkirah yang diberikan itu sebenarnya untuk diri saya sendiri. Dan jika ada manafaatnya buat pesakit tersebut, Alhamdulillah. Tazkirah yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri kita tentang siapa diri kita, ke mana hala tuju kita dan sebagainya. Allahua’lam.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO