Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Tuesday, April 6, 2010

Apa Komen Anda ?

Assalamualaikum w.b.t.
Pertanyaan yang bermain di benak saya selama ini mungkin terjawab dengan gambar-gambar ini. Kenapa nama tempat ini digelarkan "LEMBAGA" sedangkan nama sebenar tempat ini adalah Felda *****.

Berkebetulan saya membawa kamera Olympus 14 megapixel, untuk mengambil gambar bapa saudara isteri yang bongsu dalam majlis akad nikah sebagai kenang-kenangan di rumah bakal pengantin perempuan.Subhannallah...AllahuAkbar...Terkejut saya dengan apa yang saya dapati apabila melihat kembali gambar yang diambil di luar laman rumah sebelum majlis akad nikah dijalankan.


Ini adalah gambar pertama di ambil yang membuatkan saya terkejut. Di dalam rumah juga ada bentuk sebagaimana tersebut ketika akad nikah (gambar tidak disiarkan)tapi tidaklah banyak sebagaimana di luar rumah.


Mungkin makhluk-makhluk ini begitu seronok datang ke tempat sebegini kerana, di sini ada karaoke. Bila habis je majlis akad nikah...terus je muzik dimainkan.


Em...makin bertambah dan seronok mendengar muzik.


Makin ramai lagi apabila bermacam-macam lagu dimainkan dan dinyanyikan.


Bila ambil gambar di tempat letak kereta, tak ramaila pulak. Mungkin semuanya pergi bergembira sambil dengar muzik di rumah pengantin.


Betul ke gambar tadi? Ke embun-embun malam? Jadi apabila sampai di rumah tempat saya menumpang (di rumah bapa saudara isteri merangkap sebagai pengantin lelaki) yang jauhnya lebih kurang 10 km dari rumah pengantin perempuan, takdelah pulak bentuk-bentuk sebagaimana di atas yang timbul dalam gambar tersebut.



Esoknya majlis Sambut Menantu, jadi adalah karaoke di rumah pengantin Lelaki. Semalam makhluk-makluk ini tidak ada, tapi bila ada je muzik-muzik, datanglah mereka.


Bertebaranlah mereka di ruang udara di atas khemah. Tapi, taklah banyak jika nak dibandingkan di "LEMBAGA".


Gambar yang diambil di dalam khemah untuk makan, di atas tanah, takde la pulak . Yang adanya hanyalah di udara dan di luar kawasan halaman rumah. Mungkin Allah s.w.t. tidak mengizinkan mereka masuk kerana diikhtiarkan memagarkan kawasan halaman rumah tersebut pada petangnnya. Alhamdulillah.

6 Comentários:

Anonymous said...

ni saya rasa bukan lembaga.. tapi kamera tu lensnya atau sensor kotor.. kalau dah cuci ok kot.

Anonymous said...

salam, begitulah kata komen org kat yg tak belajar, tak merasai....

Anonymous said...

orbs ni menunjukkan apa erk..
sbb hari tu sy ada tengok jemaah haji amik gambo malam kat padang arafah. pun banyak gak menda bulat2 nie...komen plss...

Anonymous said...

yup..berkebetulan saya menunaikan haji 2009 yang lalu, dan mengambil gambar di arafah, memang banyak sekali orbs, saya ingatkan kamera yang buat hal....macam buih...nak komen pun tak berani, pasal ilmu tak cukup..hanya Allah yang maha mengetahui.

Hamba Allah said...

Wallahua'lam tak perlu le kita nak meneka2..apa apa pun yang objek itu adalah hamba Allah samada dianya molikul2 air yang dirakam atau apa2 makluk pun dianya tetap hamba Allah..dan kita manusia jauh lebih mulia dari makhluk2 lain bila kita beriman kpde Allah..buat pening je kita fikir perkara yang tak pasti..

Anonymous said...

Apa kata cuba beli camera macam tu dan test sendiri... gi kat tempat2 yg berbeza... check ada kotor ke pada camera tu... check ada buih-buih sabun ke... atau check dgn kedai camera...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO