Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Tuesday, December 21, 2010

Perawat-Perawat Islam Muadzam Shah



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kini saya tidak lagi keseorangan lagi dalam membantu pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus atau jin khususnya di daerah Muadzam Shah ini. Rupanya sudah ada Perawat-perawat Islam yang sudah menghadiri beberapa Kursus Perubatan Islam dan ada setengahnya sudah banyak membantu masyarakat setempat. Malah ada pesakit yang datang jauh dari Muadzam Shah dan ada yang pesakit yang datang dari luar negeri Pahang untuk mendapatkan rawatan daripada Perawat-perawat Islam Muadzam Shah ini.

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T. dengan perkembangan positif ini. Apa tidaknya, Perawat-perawat Islam Muadzam Shah ini sudah banyak menghadapi kes-kes rawatan gangguan makhluk halus dan sudah tentu mereka ini banyak pengalaman dan ilmu berkaitan. Maka saya boleh menimba pengalaman dan ilmu daripada mereka. Boleh dikatakan ada sesetengah Perawat Islam Muadzam Shah ini yang memberikan khidmat rawatan sepenuh masa. Saya ini hanya merawat sekiranya ada masa terluang dan emergency sahaja.

Menurut mereka, sebelum ini juga sudah ramai individu-individu dari Muadzam Shah yang menyertai kursus-kursus Perubatan Islam anjuran Pusat-pusat Rawatan Islam yang terkemuka di Kuantan dan sebagainya. Cuma saya sahaja yang tidak tahu. Maklumlah sudah lama memerap dan jarang berpeluang menyertai Kursus-kursus Perubatan Islam.

Jika Allah S.W.T. mengizinkan, Perawat-perawat Islam Muadzam Shah akan dapat disatukan dan InsyaAllah suatu hari nanti satu Klinik Rawatan Islam yang dikendalikan oleh mereka ini khususnya dalam menangani kes gangguan makhluk halus atau jin bagi masyarakat setempat atau selainnya akan diwujudkan.

Buat masa ini rawatan dilakukan di rumah persendirian. Terutamanya Ustaz Rameli (Abah). Beliau merawat pesakit di rumahnya sahaja. Kebiasaanya, jika Perawat Islam Muadzam Shah yang tidak mempunyai masa yang terluang sedangkan pesakit memerlukan rawatan yang segera, maka mereka ini disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan Ustaz Rameli. Beliau merawat setiap hari Selasa dan Rabu bermula jam 9.30 malam. Semasa rawatan dilakukan ada Perawat-perawat Islam lain yang membantu.

Berikut adalah nama dan no. telefon Perawat-perawat Islam di daerah Muadzam Shah / Felda Keratong / Rompin. Jika masyarakat setempat mempunyai masalah gangguan makhluk halus atau jin boleh merujuk Perawat-perawat Islam berkenaan :

Muadzam Shah :
Ustaz Rameli (Abah)
012 9527453 / 013 9645772

En. Ruhisham
019 9888005

En. Mohd Maza
019 9274242

Chanis :
Abuhumaira
013 3758458


En. Kamal
013 6489245

Bandar Tun Abdul Razak :
En. Kamsani Tuah
019 9471587

Kota Bahagia / Tabung Haji :
En. Mohd Fauzan
019 9743267

Selancar :
En. Nizam
013 7635259

Sekiranya ada Perawat-perawat Islam di daerah Muadzam Shah yang ingin namanya disiarkan atau tidak ingin disiarkan di sini bolehlah telefon atau sms saya.
Allahu’alam.


Baca Selanjutnya

Sunday, December 5, 2010

Masyarakat Melayu, Bomoh / Perawat Islam ?


(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum w.b.t.

“ Itu hari dah keluarkan, hari ini ada lagi ?” Inilah ungkapan yang sering terkeluar dari mulut keluarga pesakit apabila mendapati ahli keluarganya masih lagi mendapat gangguan jin walaupun sudah mendapatkan rawatan samaada sekali, 2 kali atau lebih daripada seorang Perawat Islam. Menyebabkan mereka beralih kepada Perawat Islam yang lain. Jika mereka beralih kepada Perawat Islam yang lain, Alhamdulillah. Saya sendiri pun menyarankan pesakit saya, sekiranya mereka ingin mendapatkan rawatan daripada Perawat Islam yang lain amat dialu-alukan. Kerana mereka ini lebih berpengalaman daripada saya. Saya hanya menolong sekadar yang termampu sahaja.

Jika pesakit beralih dan mendapatkan Perawat Islam yang lain, janganlah kita (Perawat Islam yang mengambil kes Perawat Islam sebelumnya ) merendah-rendahkan keupayaan dan keikhlasan Perawat Islam sebelum ini dengan mengatakan Perawat Islam sebelum ini tak cukup ilmu, kurang pandai dan sebagainya. Sebaliknya Perawat Islam yang baru mengambil kes Perawat Islam sebelumnya tersebut patut bersyukur kepada Allah s.w.t.dan berterima kasih kepada Perawat Islam sebelumnya kerana hasil ikhtiar merekalah pesakit dan kes gangguan yang akan kita (Perawat Islam yang baru mengambil kes Perawat Islam sebelumnya ) hadapi mejadi semakin mudah. Kerana ikhtiar merekalah sedikit sebanyak gangguan pesakit tersebut dapat ditangani.

Cuma apa yang menyedihkan saya jika ahli keluarga tersebut beralih kepada Bomoh. Rata-rata saya melihat, apa sahaja pantang larang dan suruhan yang diberitahu oleh Bomoh tersebut mereka patuhi betul-betul tanpa ada sedikit pun cacat-cela. Contohnya kena cari bahan itu ini untuk tujuan rawatan. Kena mandi pada jam sekian-sekian. Tidak boleh itu-ini. Bak kata lain, 100 peratuslah mereka patuhi.

Berlainan pula dengan apa yang disarankan oleh Perawat Islam, mereka kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Contohnya, ahli keluarga kadang-kadang mengikut permintaan pesakit untuk tidak mahu mandi limau. Padahal itu kehendak jin. Begitu juga minum limau. Kata mereka “perah sikit sahaja limau tu, buat syarat aje”. Padahal itu kehendak jin. Zikir ? “Tak laratlah, tak sempatlah, sibuklah”. Bermacam-macam alasan yang diberikan. Sepatutnya ahli keluarga hendaklah memantau dan kalau boleh memaksa apa sahaja amalan dan apa sahaja yang disuruh oleh Perawat Islam terhadap pesakit tersebut. Tetapi kebanyakan yang berlaku sebaliknya.

Lagi satu senario yang berlaku dalam segelintir masyarakat Melayu kita umumnya, ahli keluarga pesakit atau pesakit itu sendiri akan mempertikaikan rawatan susulan yang dibuat oleh Perawat Islam.” Hari tu dah datang rawatan, er…kena datang lagi kena lepas ni ?” Soalan yang selalu ditanya oleh ahli keluarga atau pesakit itu sendiri. “ Ye. Kena datang lagi untuk rawatan susulan dan jika gangguan masih berterusan, kita sama-sama-sama ikhtiarkan lagi. Tapi percayalah pada masa itu gangguan tersebut sudah lemah.” Ada ahli keluarga yang membawa pesakit dengann rawatan susulan tetapi dalam keadaan terpaksa dan mengomen dari belakang dengan mengatakan “ Ustaz itu tak boleh lah, kita cari yang lain lah!”. Bahkan ada juga yang tidak datang terus untuk rawatan susulan. Mereka pergi cari Bomoh.

Yang peliknya, jika Bomoh itu kata “Lepas ni kena datang lagi, kena 3 kali berubat ! Bawa bahan sekian sekian…” Mereka dengan akurnya akan mengikut arahan Bomoh dan berusaha mencari bahan-bahan yang disebutkan tadi walaupun sukar untuk dijumpai tanpa banyak soal atau komen. Bahkan ahli keluarga akan memarahi pesakit jika lupa atau lambat mandi minum limau ataupun bersiap untuk pergi jumpa Bomoh tersebut bagi rawatan susulan. Walau sudah habis rawatan susulan demi susulan yang diberikan oleh Bomoh tersebut, namun gangguan masih juga berlaku, jarang kita dengar mereka mengomen dan mempertikaikan Bomoh itu. Sebaliknya mereka hanya diam sahaja. Paling tidak pun mereka akan berkata “Tak serasi. Takpe, kita cuba Bomoh lain pula. Mana tahu yang ini nanti serasi.”

Maka jika mereka mendengar mana-mana bomoh yang boleh dikatakan hebat, ditambah lagi jika mereka mendengar “ Sipolan bin Sipolan dulu sakit sekian sekian, sekarang dah baik. Berubat dengan bomoh sekian sekian la. Bomoh tu berubat pakai ayat al-Quran juga,” . Apa lagi, mereka akan berusaha mencari untuk mendapatkan rawatan daripada Bomoh tersebut walau jauh jaraknya sekalipun.

“Berubat dengan ustaz (Perawat Islam/ Perubatan Islam) ni lambat sembuh. Banyak kena buat amalan pendinding, baca Quran, zikir, kena jaga solat dan sebagainya.”“Tengok, orang kat sekian sekian tempat berubat dengan Bomoh sekian-sekian, berubat sekali je dah sembuh! Bomoh tu bagi tangkal/azimat je. Pakai tangkal/azimat tu, kurang sikit gangguan. Tangkal/azimat tu ada ayat Quran juga kata Bomoh (sedangkan dia tak pernah buka lipatan tangkal/azimat tu) ”Dan berbagai-bagai lagilah.

Pendek kata :
1. Kepercayaan, keyakinan amalan perubatan dan kepatuhan segelintir masyarakat Melayu (Islam) moden kini masih lagi kuat kepada rawatan Perubatan Perbomohan (menggunakan jin) berbanding rawatan Perubatan yang berlandaskan Syariat Islam.
2. Sebenarnya segilintir masyarakat Melayu (Islam) seumpama ini tidak dapat membezakan di antara yang Haq dan Batil dalam mencari kesembuhan terhadap penyakit yang dialami disebabkan rendahnya ilmu pengetahuan Agama Islam dan Iman mereka yang lemah.
3. Mereka meletakkan kesembuhan kepada individu (Bomoh/Perawat Islam) bukannya kepada Allah s.w.t. Sebab itulah kita selalu mendengar “ Dia berubat dengan sipolan bin sipolan yang menyebabkan dia sembuh.” Atau sebaliknya “Tak payahlah berubat dengan sipolan bin sipolan, dah banyak kali berubat tak sembuh-sembuh pun.”
4. Masyarakat Melayu lebih suka kepada TRADISIONAL (khususnya dalam bab mistik/misteri) walaupun mereka sudah berada di zaman moden. Cuba tengok dalam akhbar, kita selalu terbaca kalau dalam bab mistik ni, pasti seseorang itu akan merujuk Bomoh dulu baru Perawat Islam.

TETAPI MENGAPA KINI ADA SEGELINTIR PERAWAT ISLAM YANG SUKA MENGHUKUM KAEDAH RAWATAN PERAWAT ISLAM YANG LAIN DAN BERTELAGAH ?

Wallahu’alam.

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1432.


Baca Selanjutnya

Wednesday, November 10, 2010

Riwayat dan Fadhilat Ma'thurat 4

Assalamualaikum w.b.t.

4. Dari al-Qasim bin Abdurrahman R. A. , dari Nabi S. A. W. bahawa asma Allah yang agung itu ada pada tiga surah dalam al-Quran yakni : surah al-Baqarah, al-Imran dan surah Toha. Al-Qasim berkata, “Kemudian aku mencarinya, maka aku mendapatkan pada surah al-Baqarah adalah ayat Qursi, : " Allahu la ilaha illa huwal hayyyul qayyum “, pada surah al-Imran adalah ayat, : “Alif lam mim, Allahu la ilaha illa huwal hayyyul qayyum “ dan pada surah Toha adalah ayat, : “ wa’anatil wujuhu lil hayyil qayyum. “
( Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim )


Baca Selanjutnya

Monday, November 1, 2010

Amukan Jin


( Gambar Hiasan )

Assalamualaikum w.b.t.

Baru selesai mengambil whuduk, tiba-tiba kedengaran satu suara memberi salam dan mengetuk daun pintu rumah saya. Kedengaran suaranya semacam tercungap-cungap. Bila membuka pintu rumah, di dapati 2 orang bekas anak murid saya sekolah rendah (sekarang sudah sekolah menengah) dan seorang budak lelaki.

Katanya, minta tolong sebab kakaknya kerasukan. Saya minta untuk solat Isyak dulu. Lepas tu saya bergegas ke rumah mereka. Sesampai di sana sahaja, dari luar rumah sudah kedengaran pesakit sedang membebel marah-marah. Bila masuk, didapati pesakit tersebut sedang bercakap bahasa yang tidak difahami. Nak kata bahasa Siam, tak juga. Entah bahasa apa yang diucapkan. Saya suruh bercakap bahasa Melayu sahaja. Tapi pesakit terus bercakap bahasa yang tidak difahami itu.

Saya memulakan rawatan, nampaknya pesakit semakin egrasif sehinggakan ayahnya dan abangnya terpaksa memegang kaki dan tangan pesakit. Rawatan agak sukar, sebab pesakit berada di atas katil dan tidak mahu turun dari katil. Saya risau kalau dia makin mengamuk menyebabkan runtuh katil dan barangan sekeliling dicapai dan dibalingnya. Saya hanya mampu merawatnya hanya dari jarak yang jauh sahaja tanpa memegang pesakit.

Akhirnya, dengan izin Allah s.w.t. pesakit dapat dibawa ke ruang tamu, tempat yang lapang sedikit. Rawatan dari jarak yang jauh di teruskan. Pesakit makin egrasif, selimut yang menutupi badannya dicampak, tikar buluh yang bentangkan diangkat dan disorokkan badannya ke dalam tikar tersebut, kerusi berdekatan dicampaknya. Pesakit berguling-guling dan meronta-ronta. Ayah, emak dan abangnya lantas memegang pesakit yang kekuatannya luar biasa. Nasib baik ayahnya tidak terkena ludahan pesakit. Saya minta mereka agar tidak memegang pesakit. Biarkan dia meronta-ronta. Nampaknya pesakit ini suka menyorokkan mukanya dan membebel bahasa yang tidak difahami. Tapi sekali sekala ada juga terkeluar dari mulut pesakit “JANGAN KACAU AKU !” “SAKIT….”. Bahasa tu hanya dibuat-buat sahaja untuk mengelirukan orang ramai sahaja.

Bila mereka melepaskan pesakit, saya mula mendekati pesakit. Alhamdulillah Allah s.w.t. mengizinkan saya untuk pesakit tidak mengamuk dan meronta-ronta. Tangan saya dapat diletakkan kepala pesakit. Dahi pesakit juga dapat diketuk-ketuk sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk menyedarkan pesakit. Tapi nampaknya jin tersebut dapat menguasai sepenuhnya pemikiran dan jasad pesakit.

Jam di dinding sudah menunjukkan 10.00 malam. Sejam sudah pesakit dalam keadaan kerasukan dan rawatan dengan berbagai ikhtiar dilakukan. Sambil-sambil itu, ayahnya menceritaka serba-sedikit tentang masalah gangguan ini. Rupanya, ayahnya juga sakit terkena santau, anak pesakit dan ahli keluarga pesakit serumah selalu lebam-lebam di badan selepas bangun dari tidur, pesakit ini dalam proses penceraian dengan suami Indonesia dan sering melihat kelibat lembaga memasuki rumah. Dan semalam mereka baru sahaja mendapatkan rawatan Perubatan Islam dari ******

Petang tadi saya baru selesai program perkhemahan tahunan selama 3 hari di sekolah. Badan saya agak ke letihan, maklumlah jadi Kem Komandan. Banyak kerja kena buat. Alhamdulillah akhirnya, Allah s.w.t. mengizinkan kami berikhtiar melalui kaedah tarik melalui mulut. Allah s.w.t. mengeluarkan jin tersebut melalui mulut dan ada juga yang dikeluarkan melalui jari-jari tangan. Pesakit sedar dan di ajarkan mengucap 2 kalimah syahadah serta membaca ayat Qursi.

Saya menasihati mereka agar pesakit dan ahli keluarga ini agar meneruskan minum, mandi dan pagar rumah dengan air yang dibekalkan oleh Perawat Islam dari ************ tersebut. Mudah-mudah Allah s.w.t. akan meyembuhkan mereka. Insya Allah. Allahu’alam.

Allahumma yasir umurana


Baca Selanjutnya

Friday, October 22, 2010

Murid Z


Assalamualaikum w.b.t.

Kalau 2 tahun lepas murid lelaki Tahun 3 bernama N, boleh melihat jin dan mengubat orang sakit. Tahun 2009 seorang murid perempuan Tahun 6 yang bernama S, dapat melihat jin dan mendapat gangguan jin di sekolah sehinggakan menjejaskan pembelajarannya di kelas. Kini, tahun 2010, sekolah saya digemparkan lagi dengan seorang murid yang boleh melihat jin.

Murid ini adalah murid lelaki Tahun 4 yang bernama Z. Menurut cerita daripada ayahnya (pernah menghadiri kursus-kursus Perubatan Islam sebelum ini) anaknya ini pada asalnya tidak dapat melihat jin. Tetapi selepas kejadian terpijak anak jin, murid Z ini mula dapat melihat alam jin. Pada awalnya, penglihatannya hanya kabur-kabur, tetapi sejak kebelakangan ini penglihatan dan pendengarannya semakin jelas.

Ceritanya begini, anaknya ini berjalan melalui sebuah padang dan tanpa disedari dia telah terpijak seekor anak jin di sekitar sebuah busut dan menyebabkan anak jin tu mati. Ibubapa jin tersebut begitu marah. Sebagai balasan kata ibubapa jin tersebut, murid Z ini akan dapat melihat alam jin selama setahun.

Kejadian ini berlaku pada 2009 lagi. Cuma sekarang baru saya ketahui, apabila ayah murid Z menceritakan kejadian tersebut kepada saya. Pada awalnya murid Z, begitu takut kerana dapat melihat jin yang pelbagai bentuk, rupa dan warna. Tetapi, setelah murid ini dapat menyaksikan cahaya-cahaya , api, aura dan sebagainya apabila seseorang membaca ayat-ayat suci al-Quran, maka dia juga cuba membaca ayat-ayat suci al-Quran seterusnya jadilah dia seperti dalam kisah kartun Dragon Ball. Dalam asyik suka menzass jin-jin, timbullah kemarahan dikalangan mereka. Maka murid Z ini sering mendapat serangan dan gangguan daripada jin-jin tersebut.

Ayah murid Z meminta pandangan saya tentang anaknya itu; samada anugerah Allah atau keterlibatan jin. Dengan ilmu yang cetek ini, saya mendapati penglihatan anaknya itu ada keterlibatan jin. Setahun lebih sudah berlalu, namun murid Z masih lagi dapat melihat jin. Di mana janji-janji mu wahai jin ? Bahkan jasad murid ini sudah dapat merasai sebagaimana yang dirasai oleh makhluk jin. Contohnya, rasa panas terbakar bila mendengar ayat-ayat suci al-Quran, mengelupur kepanasan bila mendengar azan.

Demikianlah halnya juga di sekolah, bila azan Zohor sahaja di masjid berdekatan sekolah, murid Z mengelupur seperti ayam kena sembelih. Cikgu yang mengajar panik dan murid-murid lain ketakutan lantas menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Kat rumah pun macam tu, dengar azan je, dengar bacaan al-Quran je, panas, mengelupur.

Kini, Alhamdulillah. Setelah ayah menyarankan anaknya supaya mencalitkan sedikit minyak atar kasturi hitam yang dibeli semasa kursus Perubatan Islam anjuran TIAF di Kuantan baru-baru ini di tepi kedua telinganya, murid ini tidak lagi merasai panas atau mengelupur semasa azan dan bacaan ayat suci al-Quran kedengaran. Bahkan semenjak itu, penglihatan murid ini terhadap jin dan alamnya semakin kabur.

Walalhua’lam.


Baca Selanjutnya

Thursday, October 14, 2010

Kaedah Pasak / Paku


Assalamualaikum w.b.t.

Belum sempat saya membaca Yasin selepas solat Magrib, saya menerima panggilan dari seorang suami mengatakan isterinya mula meracau apabila mereka bersama-sama membaca Yasin. Emergancy katanya, tolonglah datang segera. Dia tidak dapat control keadaan. Isterinya merasuk, mengamuk dan bercakap memaki-maki. Saya start kereta menuju ke rumahnya. Sampai di sana, saya pula dimakinya. Sabar ajelah. Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. apa yang seterusnya akan berlaku.

Menurut cerita suaminya, isterinya ini ada mendapatkan rawatan urutan badan daripada emak saudaranya. Bila tertekan tempat persembunyian jin, maka melatahlah jin tu. Umpama menjolok sarang tebuan. Apalagi, masing-masing membuka langkah silat. Bermula dari situlah isterinya sering meracau dan memaki emak saudara suaminya kerana menganggu tempat tingganyal jin di dalam badan pesakit tersebut.

Tanpa mempedulikan makian jin tersebut dalam diam-diam saya terus membuat kaedah pasak dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kesempatan dari itu saya meminta izin dari tuan rumah untuk mengambil whuduk bagi menunaikan solat Isyak dan solat Suna Hajat. Semasa saya mengambil whuduk kedengaran pesakit membebel tak henti-henti.

Selepas mengambil whuduk, suaminya bertanyakan saya, kenapa isterinya terpaku kat situ, tak bergerak-gerak. Saya bisik pada suaminya, dengan izin Allah dia dah kena pasak. Saya sengaja pasak awal-awal supaya nanti bila sampai nak buat rawatan jin tidak cabut lari awal-awal.

Kata suaminya, isterinya nak buang air kecil (jin buat helah nak keluar melalui buang air kecil) dan nak makan nasi. Saya pohon pada Allah agar pesakit tersebut boleh buang air kecil tapi jin tersebut tidak dapat melepaskan diri melalui jalan tersebut dan boleh makan nasi. Selepas pesakit selesai buang air kecil, dia duduk kembali tempat dia kena pasak tadi dan terpaksa makan di tempat tersebut.

Alhamdulillah, perancangan berjalan lancar. Setelah menunaikan solat Isyak dan solat Sunat Hajat, rawatan dijalankan. Melalui kaedah pasak ini, saya dapat menentukan berapa ekor jin-jin yang benar-benar keluar dan masih lagi berdegil di dalam badan.

Suka saya kongsikan kaeadah ini. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak, pembaca dapat mengawal keadaan jika pesakit itu bangun mengamuk dan sebagainya. Apapun semuanya dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. jua.

Kaedahnya begini, pasak dulu pesakit tersebut. Buat rawatan. Setelah kita rasakan sudah ada jin yang dapat dikeluarkan dengan izin Allah, kita cuba pasak kembali sambil berdoa kepada Allah s.w.t. Pohonlah pada Allah s.w.t. sekiranya ada lagi jin di dalam badan pesakit, nescaya dia tidak dapat berdiri. Ternyata sekiranya ada jin lagi di dalam badannya, maka dia tidak mampu berdiri. Dan sekiranya sudah tiada lagi jin di dalam badannya, maka Allah s.w.t. akan mengizinkannya.

Satu peringatan penting, jangan sekali-kali kita menyatakan yang kita ingin memasak atau memaku jin tersebut. Kita baca sahaja ayat al-Quran dan pohon pada Allah s.w.t. Jika kita berkata : “Aku akan baca ayat al-Quran untuk memasak/memaku kau wahai jin…”. Kemungkinan jin tersebut hanya menipu perawat yang dia kena pasak. Dia berlakun sahaja, padahal dia tak kena pasak pun. Akhirnya pesakit tersebut masih lagi dalam gangguan jin dan perawat tertipu.

Satu lagi peringatan penting, ketika berikhtiar mengeluarkan jin, bukalah dahulu pasakan tersebut. Kalau tidak letihlah kita, menarik-narik, memukul-mukul, menepuk-nepuk sambil azan ke, baca ayat Qursi ke dan sebagainya, jin tersebut tak dapat keluar. Memanglah tak dapat keluar, sebab pasakan tersebut tidak dibuka.

Tentu pembaca ada persoalan. Apakah ayat pasak dan buka pasak tersebut. Jawapannya, ilmu Allah itu teramat luas, apa sahaja ayat al-Quran yang digunakan untuk memaku dan membuka pasakan jin yang diterima daripada guru, itulah ayat-ayatnya. Tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t. Jika Allah berfirman “KUN! FAYAKUN” JADILAH! MAKA JADILAH IA….

Syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. dan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar kaedah ini dan apajua ilmu yang diajarkan walau sepotong ayat. Moga mereka yang diberikan mendapat rahmat dan ganjaran disisiNYA. Amin.

Wallahu’alam.


Baca Selanjutnya

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidil Fitri



Assalamualaikum w.b.t.

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca blog Catatan Mu'allij Muda dan semua muslimin dan muslimat seluruhnya. Pohonan kemaafan dipinta di atas segala kesalahan yang Zahir dan Batin. Mudah-mudahan selepas Ramadhan ini kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya hasil dari tarbiayah diri dibulan Ramadhan. InsyaAllah.


Baca Selanjutnya

Monday, August 23, 2010

Riwayat dan Fadhilat Ma'thurat 3

Assalamualaikum w.b.t.

3. Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Kitab Al-Kabir dan Al-Hakim dalam sahihnya, dari Ibnu Mas'ud r.a., Nabi S.A.W. bersabda : " Barangsiapa membaca sepuluh ayat; empat ayat dari awal surah Al-Baqarah, ayat Qursi, dan dua sesudahnya, serta ayat-ayat terakhir dari Al-Baqarah tersebut, maka rumahnya tidak akan masuk oleh syaitan sampai pagi "


Baca Selanjutnya

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Ramadhan Yang Dinanti-nantikan. Alhamdulillah.


Assalamualaikum w.b.t.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua rakan pembaca blog Catatan Mu'allij Muda dan muslimin muslimat sekalian. Marilah sama-sama kita mengejar RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH pada bulan yang penuh keberkataan ini. Mudah-mudah kita dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadat PUASA FARDHU sehingga ke hari yang terakhir bulan barakah ini, Insya Allah.Amin.


Baca Selanjutnya

Saturday, August 7, 2010

Jin Berlakon



Assalamualaikum w.b.t.

Jika tidak diperhatikan betul-betul, memang perwatakan dan percakapannya tidak dipengaruhi jin. Demikianlah halnya yang terjadi kepada Pn. A ketika saya melakukan rawatan susulan ke atasnya. Sehinggakan ahli keluarga sekelilingnya juga beranggapan sebegitu.

Apa tidaknya, bila dilakukan scaning, dia kata tidak ada apa-apa yang luarbiasa dirasainya.. Suaranya, gerakbadanya, nafasnya, matanya dan sebagainya tidak sedikit pun nampak unsur dalam pengaruh atau gangguan jin. Memang sah jasad dan dirinya sendiri. Dengan kata lain, dia sudah tidak ada gangguan jin dan tidak ada lagi jin dalam badannya.

Tapi saya tidak berpuas hati dengan keadaan ini kerana minggu lepas Pn. A telah diberi rawatan oleh saya. Pada sesi rawatan pertama tersebut, saya tidak mahu bersusah payah untuk memaksa jin sihir tersebut keluar. Jin tersebut terlalu degil, liat dan sombong.

Saya hanya membekalkan air ruqyah dan dia diminta untuk minum serta mandi air ruqyah selama seminggu. Mudah-mudahan dengan ikhtiar tersebut, Allah s.w.t.mengeluarkan atau melemahkan jin yang menganggu Pn. A. Mudah-mudahan juga rawatan sesi kedua nanti, Allah s.w.t. memudahkan urusan rawatan susulan ke atas Pn. A.

Ahli keluarga Pn. A berasa lega kerana dengan scaning tersebut jin di dalam badan Pn. A sudah tiada lagi. Pn. A sendiri menyatakan dirinya sudah tidak ada merasai sesuatu yang luarbiasa seperti sebelumnya; iaitu seperti nak muntah, sendawa, ada benda bergerak di dalam badan dan lain-lain.

Saya kata, “Takpe, kita cuba lagi satu cara untuk mengetahui samaada jin dalam badan betul-betul dah takde , “. Saya pun pergi mengambil sebiji batu-bata dan meletak di hadapan puan A. Belum sempat saya membacakan ruqyah pada batu-bata tersebut, tiba-tiba “UUUUUUUUUUUUUUUUUUIIIIIII, DIA NAK BAKAR BATU-BATA ! AKU KELUAR, AKU KELUAR !”

Ahli keluarganya yang lain terkejut dan tercengang, kerana pada anggapan mereka Pn. A sudah tiada gangguan jin. Rupa semua itu adalah lakunan semata. Lakunan jin tersebut yang membawa watak Pn. A memang menjadi sehinggakan semua sekelilingnya terpedaya.

Allhamdulillah, Allah menunjukkan jalan dan memudahkan urusan rawatan. Dengan izin Allah s.w.t. jin tersebut dapat dikeluarkan. Pengajaran dari kisah ini :
“ AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA “

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK…


Baca Selanjutnya

Tuesday, August 3, 2010

Dugaan Illahi


Semua mannusia tidak lepas dari ujian. Bezanya, adalah bentuk ujian itu, kesamaannya ialah, semua ujian itu menyempitkan hati.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." [Surah al-ankabut ayat 2-3]

Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. Ujian-ujian yang Allah kenakan kepada manusia.

1. Ujian Bencana (al-Baqarah ayat 214)

2. Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214)

3. Ujian Kemiskinan (al-Baqarah ayat 115)

4. Ujian Kesenangan (al-Zumar ayat 49)

5. Ujian Kehilangan (Saad ayat 34)

6. Ujian Di Datangkan Orang Menzalimi Dan Menganiyai (al-Baqarah ayat 49)

7. Ujian Tarikan Maksiat (Surah Taha ayat 85)

8. Ujian Ketaatan Pada Perintah Allah (Surah al-Saffat ayat 106)

9. Ujian Dianugerahkan Kelebihan (Surah Dukkan ayat 33)

10. Ujian Hati (Surah al-Anfal ayat 28)

Sepuluh ujian ini adalah untuk Allah lihat, adakah kita ingin tangani segala ujian susah dan senang ini selaras dengan apa yang diajarkan oleh Allah pada kita.

"Sesungguhnya, jangan kita angan-angankan kita akan dapat masuk ke syurga sebelum Allah datangkan ujian kepada kita. Dalam al-Quran Allah nyatakan bahawa: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa)". [Surah al-Baqarah ayat 214]

Firman Allah: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi segala permasalahannya)" – [Surah al-Talaq ayat 2].

http://www.ustazamin.com/2010/04/bicara-ilmu-16-rakaman-tanyalah-ustaz.html


Baca Selanjutnya

Wednesday, July 21, 2010

Saya Pergi Merawat, Pencuri Masuk Rumah

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 11.07.2010 jam 2.30 petang, saya bersama isteri dan anak bergegas ke rumah emak mertua kerana mendapat panggilan bahawa emak mertua meracau-racau. Sebelum ini, dia tidak pernah meracau-racau atau kerasukan sebagaimana 10 tahun sebelumnya. Pada dulunya dia pernah menjadi mangsa sihir sehingga kurus kering dan berbagai-bagai penderita fizikal dan rohani.

Balik je daripada kelas tambahan, saya dan keluarga terus ke rumah mertua. Selepas selesai merawat, saya dan isteri balik ke rumah nenek isteri di Rompin dan bermalam di sana. Esok petangnya, kami terus balik ke rumah semula.

Sampai di rumah, MASHA ALLAH! Rumah saya di masuki pencuri. Dengan ke lalai saya mengunci grill maka diambil kesempatan oleh pencuri-pencuri untuk mengumpil pintu hadapan rumah saya. Masa berlaku semasa penghuni sekeliling tengah asyik melihat perlawanan bolasepak Piala Dunia, jam lebih kurang 2.30 pagi.

Barang-barang yang dicuri adalah seperti sebuah laptop acer, 2 handset lama, tabung duit anak dan sebilah pedang ala-ala samurai (dibeli semasa berkhidmat di Sabah). Laporan polis sudah dibuat.

Termenung saya seketika. Tapi inilah hakikat Qada' dan Qadar Illahi. Saya redha dan bersyukur kerana barang berharga yang lain tidak dicuri.Hanya Doa dan Hajat saja mampu dipohon pada Illahi. Alhamdulillah, barang yang hilang diganti yang baru. Isteri dalam diam, membelikan dan menghadiahkan saya sebuah laptop baru Compaq 511.



Pengajaran buat saya, walau dalam keadaan EMERGANCY sekalipun jangan lupa pastikan rumah dalam keadaan selamat dan pagar rumah sebelum bertolak. Insya Allah.


Baca Selanjutnya

Tuesday, June 29, 2010

Pelan Lokasi Rawatan

Assalamualaikum w.b.t
Kepada pesakit-pesakit sekitar Keratong, Muadzam Shah, Rompin dan lain-lain yang berhajat ingin mendapatkan rawatan(ganguan jin/bekam), di sini saya sediakan pelan lokasi rawatan. Sila hubungi saya sebelum mendapatkan rawatan di talian 013-3758458.


Pelan Lokasi Rawatan
(SILA KLIK PADA GAMBAR)

Rawatan gangguan jin/makhluk halus, kebiasaanya saya rawat pada hari Jumaat malam Sabtu sahaja. Iaitu pada jam 9.00-11.00 malam. Jika ada kes emergancy, bila-bila masa boleh mendapatkan rawatan daripada saya.

P/S : Untuk gangguan jin / makhluk halus, sila sediakan 2 botol air mineral dan limau nipis (21-30 biji).

Jika rawatan bekam; rujuk iklan disebelah.

Saya dan anda hanya berikhtiar sahaja, kesembuhan adalah daripada Allah s.w.t.
InsyaAllah.

Wallahu'alam.


Baca Selanjutnya

Tuesday, June 22, 2010

Riwayat dan Fadhilat Al-Ma'thurat 2

Assalamualaikum w.b.t.

2. Ubai bin Ka’ab menceritakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman tanganNya, tidaklah diturunkan dalam Taurat, Zabur, Injil atau Furqan yang sebanding dengan Al-Fatihah. Sesungguhnya ia merupakan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung dianugerahkan kepadaku “ (Hadis Riwayat Tirmidzi dan ia mengatakan, Hadis Hasan Sahih.”)


Baca Selanjutnya

Tuesday, June 1, 2010

Bekam Cikgu


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, sebelum ini saya ada membekam 2 orang cikgu. Cikgu pertama mengalami Tekanan Darah Tinggi dan cikgu kedua mengalami Gangguan Pundi Kencing. Bila mereka menceritakan keberkesanan bekam terhadap penyakit yang mereka alami sebelum ini, cikgu ketiga ini minta dibekam.

Dia mengalami sakit pinggang dan sakit-sakit lutut. Katanya nak solat pun sakit-sakit lutut dan pinggang bila bangun berdiri. Lepas solat Isyak, rawatan bekam dilakukan di surau tersebut. Ada dua tiga orang cikgu melihat saya melakukan bekam.Keesokan harinya, guru tersebut mengatakan sakit pinggangnya beransur baik bahkan lututnya tidak lagi sakit bila bangun dari solat Subuh pada paginya. Alhamdulillah. Berubatlah dengan bekam. Insya Allah.


Baca Selanjutnya

Thursday, May 27, 2010

TG Ustaz Sharhan Shafie


Assalamualaikum w.b.t.

Pada suatu malam, di suatu hotel di Tawau sedang asyik membuat kerja kumpulan di dalam Kursus anjuran Jabatan Pelajaran Sabah, tiba-tiba terdengar pekikan suara wanita. Terkejut para peserta kursus termasuk saya sendiri. Rupa-rupanya urusetia sedang menayangkan satu slot video yang berkaitan Perubatan Islam.

Tengok kepada yang bercakap di dalam video tersebut, macam pernah kenal. Tapi di mana ya ? Bila di amati dan bertanya kepada kawan-kawan yang bersekolah sama semasa di Sekolah Menengah Agama Arab di Kelantan masa dulu-dulu (berkebetulan kawan-kawan pun jadi guru juga dan berkursus di hotel tu juga).

Rupanya, ustaz yang bercakap tersebut adalah kawan kita semasa di zaman sekolah dulu-dulu. Tak sangka beliau kini sudah dikenali di seluruh Malaysia, bahkan di luar negara khususnya Mesir. Apa tidaknya zaman sekolah sesama dengan saya dulupun beliau sudah terkenal dengan ilmu perubatan ini.

Pada masa sekolah menengah dulu saya tidak menyibukan diri dengan hal-hal seumpama ini, tetapi lebih menyibukan diri dengan hal-hal berkaitan dengan perihal orang muda. Bila dah tua-tua begini baru nak belajar.

Bila melihat tayangan video beliau pada ketika itu, mulalah terdetik di hati saya untuk mempelajari ilmu Perubatan Islam dengannya. Keinginan ini juga timbul kerana pada masa itu isteri saya sakit tenat kerana gangguan jin.

Masa itu saya bertugas di Sabah. Manakal kursus Perubatan Islam yang dianjurkan oleh ustaz Sharhan banyak dibuat di Semenanjung. Bila saya dapat bertukar bertugas di Semenanjung, ustaz Sharhan banyak pula buat kursus-kursus di Sabah. Maka peluang untuk menghadirinya tipis.

Alhamdulillah, akhirnya sempat juga saya menghadiri kursus anjuran beliau di Semenanjung ini. Mungkin beliau sudah tidak mengenali saya kerana hampir 16 tahun kita tidak bertemu. Atau jua beliau mengenali saya, tetapi saya lebih banyak mendiamkan diri untuk tidak dikenali olehnya. Maklumlah dah tua-tua begini baru nak menuntut ilmu daripadanya. Masa muda dan dekat dengannya dulu saya sibuk dengan perihal orang muda.

Apapun ilmu-ilmu yang disampaikan semasa kursus oleh beliau tersebut amat bermanafaat bagi saya. Walaupun saya tidak menjadi anak murid sepenuh beliau, kerana menurut beliau, anak murid sepenuhnya hendaklah sentiasa meghadiri beberapa kali pertemuan serta kursus agar mendapat bimbingan sepenuhnya daripadanya. Saya ini baru pertama kali sahaja menghadiri kursus daripada beliau.

Apapun bagi saya, walau sepotong ayat yang diajarkan oleh sesiapapun, saya menghormatinya dan menganggap dia sebagai guru saya. Maka saya anggap beliau sebagai guru saya. Terima kasih dan izinkan saya memorikan gambar TG Ustaz Sharhan diblog saya.


Baca Selanjutnya

Wednesday, May 19, 2010

Riwayat dan Fadhilat Al-Ma'thurat


Assalamualaikum w.b.t.
Sebelum ini saya ada membeli Syamil Al-Quran, di dalamnya diberikan suplemen bonus berbentuk buku kecil Ma'thurat. Buku ini bertajuk sebagaimana gambar di atas hasilan daripada Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Kebiasaan Ma'thurat yang kita jumpa, beli, baca yangmana di dalamnya tidak ada diletakkan nota kaki tentang Hadis yang menerangkan tentang riwayat dan fadhilat terhadap bacaaan atau wirid-wirid tersebut.

Tetapi inilah keistimewaan Al-Masurat Wazifah Kubra yang diberikan bonus di dalam Syamil Al-Quran apabila kita membelinya; di dalamnya dilengkapi dengan riwayat dan fadhilat tentang bacaan dan wirid-wirid Rasulullah s.a.w. pagi dan petang. Sumber riwayat dan fadhilatnya diambil dari Kitab Majmu'ah Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Bana sendiri. Buku kecil ini mempunyai 14 halaman muka surat.

Alangkah indahnya jika saya kongsikan riwayat dan fadhilat berkaitan amalan bacaan dan wirid ma'thurat tersebut. Semata-mata sebagai satu TAZKIRAH dan DAKWAH khususnya buat saya sendiri dan orang ramai umumnya.

Setiap post berkaitan dengannya insyaAllah akan saya catakan satu riwayat dan fadhilatnya ;

1. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda : " Barangsiapa di waktu pagi mengatakan ; a'uzubillahis sami'il 'alimi minsyatonir rajim, akan dibebaskan dari gangguan syaitan hingga ke petang "

Allhu'alam.


Baca Selanjutnya

Thursday, May 13, 2010

Bekam

Peralatan Bekam.

Darah kotor yang keluar melalui Rawatan Bekam pekat seperti jeli.

Assalamualaikum w.b.t.

Hasrat untuk mempelajari bekam sudah lama timbul apabila seringkali melihat bapa saya pergi berbekam dengan seorang ustaz berdekatan dengan kampung halaman setiap sebulan sekali. Ustaz ini menggunakan kaedah tradisional; iaitu menggunakan pisau, gelas dan teknik bakar. Alangkah bagusnya, sekiranya saya sendiri yang membekam bapa saya. Dapatlah menjimatkan kos dan tenaganya yang sudah lanjut. Tetapi pada masa itu, peluang, masa dan perbelanjaan tidak mengizinkan.

Alhamdulillah, awalan tahun ini saya diberi kesempatan olehNya untuk menambahkan sedikit ilmu pengetahuan tentang Rawatan Bekam. Saya hanya mampu mempelajari cara-cara berbekam ini melalui pembacaan buku-buku dan internet. Saya juga berkesempatan mempelajarinya melalui Guru Bekam pertama saya iaitu yang tidak asing lagi ; TG En. Ahmad yang terkenal dengan Urut dan Rawatan Sihir beliau. Walaupun hanya mendapat tunjuk ajar melalui Kursus Bekam secara On-line kerana kekangan waktu namun dengan tunjuk ajar beliau saya dapat menambahkan kemahiran dan memberi keyakinan buat saya untuk melakukan . Rawatan Bekam.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Hasrat termakbul apabila, TG TIAF Ustaz Asrul menganjurkan Kursus Bekam di Melaka pada bulan Mac lepas. Kursus ini mendedahkan lagi saya tentang Rawatan Bekam ini. Kali ini saya dapat hadir ke kursus tersebut kerana adanya keluangan masa. Alhamdulillah. Di situ saya berpeluang mempelajari cara-cara berbekam secara teori dan praktikal untuk Rawatan Bekam bagi penyakit Jasmani dan Rohani; termasuklah membekam pesakit yang ada gangguan jin seperti Sihir, Saka dan Santau.

Membekam diri sendiri adalah wajib bagi seseorang sebelum menjadi Juru Bekam yang mahir. Maka itu, boleh dikatakan semua point yang mampu dicapai oleh tangan dan penglihatan saya, saya membekam diri sendiri. Yang tak termampu, saya minta isteri membekam saya.

Selepas itu, isteri dan ahli keluarga mula minta untuk dibekam. Hinggalah kawan-kawan dan guru-guru sekolah tempat saya mengajar mula minta untuk dibekam. Pengalaman ini dapat memberi pendedahan kepada saya tentang jenis-jenis darah mengikut pesakit yang berbeza-beza, termasuklah pesakit yang ada gangguan jin.

Saya sendiri dan pesakit-pesakit yang pernah melakukan bekam mengakui akan keberkesanan berbekam. Apa tidaknya,berbekamkan Sunnah Rasulullah! Tentang penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan rawatan bekam dengan izin Allah, bolehlah rujuk buku atau blog yang berkaitan dengannya.

Jika ada pembaca blog yang tinggal di sekitar Muadzam Shah, Rompin dan Segamat, berhajat dan ingin mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Bekam (LELAKI SAHAJA) bolehlah membuat temujanji dengan saya dengan menghubungi 013-3758458 (abu humaira). Untuk makluman, saya tidak mempunyai premis. Maka bolehlah mendapatkan Rawatan Bekam secara hadir ke penginapan saya. Tuan-tuan yang tinggal sekitar Muadzam Shah atau Keratong, InsyaAllah jika saya ada keluangan masa, saya akan cuba memberikan Perkidmatan Rawatan Bekam rumah ke rumah. InsyaAllah.


Baca Selanjutnya

Tuesday, April 20, 2010

Air Ruqyah 3


Assalamualaikum w.b.t.

Saya ambil sedikit masa untuk menyambung catatan pengujian air ruqyah ini. Terus kepada keputusannya, hanya yang perlu sahaja akan dikongsikan. InsyaAllah. Mungkin kepada Perawat yang baru seperti saya, hal ini amat menakjubkan. Tetapi kepada Tuan-tuan Guru, Perawat-perawat yang berpengalaman, semua itu sudah diketahuinya dan lebih mengetahui serta mendapat dapatan yang lebih daripada saya yang baru serta masih belajar ini.

Dalam post yang lepas saya ada mencatatkan bahawa air ruqyah itu berpusing dalam bentuk Towaf sepertimana Towaf di Kaabah. Pernah pesakit, meminta saya membuat air ruqyah untuknya kerana air ruqyah yang dibekalkan sebelum ini habis, padahal saya sudah berpesan padanya agar dia top up air tersebut. Tapi pesanan itu dia terlupa. Dia tinggal jauh dari rumah saya dan kes ini emegency.

Jadi saya berusaha untuk membacakan ruqyah dari jauh dan bertawakkal kepada Allah. Inilah kali pertama saya membuat air ruqyah dari jauh. Saya berpegang kepada ajaran guru-guru saya yang mengatakan bahawa kesemuanya tersebut adalah urusan Allah ; KUN FAYAKUN, kita hanya berusaha dan berdoa. Rahmat Allah itu tiada bertepi.

Saya tetapkan masa dan tempat untuk membuat air ruqyah melalui sms kepada pesakit. Manakala pesakit melakukan sebagaimana yang dipinta. Setelah selesai membacakan ruqyah dari jauh, SUBHANALLAH, pesakit terkejut dan sms saya mengatakan bahawa ketika proses membaca ayat-ayat ruqyah tadi, dia melihat air di dalam botol yang disediakan itu bergerak-gerak. Gerakan tersebut seperti gerakan Towaf. Apakah benar semua itu ? Allahua'lam. Jadi pada masa itu, saya teringat kembali kepada dapatan seumpama ini ketika melakukan pengujian tentang air ruqyah.

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah tentang rasa air ruqyah. Rasa yang saya maksudkan di sini bukan dari segi masam atau manis. Tetapi berdasarkan kesegaran / fresh air tersebut setelah diruqyah.

Pada awalnya, anak murid saya Sy*** gelisah kerana dia dia melihat 3 botol air yang diambil itu diambil dari air paip. Tetapi setelah dibacakan ayat-ayat al-Quran, dia tidak sabar untuk meminum air tersebut kerana katanya dia melihat air tersebut begitu segar dan bersih, lebih segar dan bersih daripada air mineral.

Dapatan yang terakhir yang ingin saya kongsikan tentang air ruqyah ini ialah tentang kesan air ruqyah yang diminum oleh orang yang ada gangguan jin di dalam badannya. Umumnya mana-mana yang pernah memberi minum pesakit yang ada gangguan jin sudah arif tentang keadaan ini. Apabila pesakit meminum air ruqyah, ada yang rasa panas, terlalu sejuk, mencucuk-cucuk dan sebagainya.

Pernah seorang pesakit saya kerasukan tanpa diduga. Dia bercakap dengan begitu somb tentang apa yang telah diberi sakit kepada tubuh dan keluarga pesakit. Saya dan keluarga pesakit dengar sajalah. Disebabkan dia banyak bercakap, tengkuknya terasa haus lalu meminta air untuk dimunum dengan kasarnya. Saya berbisik kepada ahli keluarganya agar masuk ke bilik dan ambil air ruqyah satu cawan.

Sambil-sambil jin tersebut bercakap dengan sombong sambil memegang cawan dan terus minum air tersebut. Tidak semena-mena, percakapannya terhenti dan kedua-dua tangannya memegang tengkuknya. "Air apa yang engkau bagi nih! Lidah dan tengkuk aku panas dan mencucuk-cucuk macam ada jarum. Kamu letak jarum ke ?". Itulah air ruqyah al-Quran sapa saya.

Pernah juga ada satu kes yang mana proses mengeluarkan jin telah selesai, alhamdulillah. Tiba-tiba salah seorang dari ahli keluarga pesakit mengadu rasa macam ada angin dalam perutnya. Jadi saya bagi dia minum secawan air ruqyah. Pahit katanya. Saya bagi minum pesakit yang sudah sembuh dari gangguan jin dengan air ruqyah yang sama, katanya biasa sahaja. "Pahitla bodoh!" Dengan nada marah ahli keluarga yang meminum air ruqyah tadi menengkin pesakit yang sudah sembuh tadi. Rupanya dia sudah kerasukan. AllahuAkbar.

Demikianlah KEHEBATAN, KEBESARAN ALLHU S.W.T dengan KalamNYA yang tidak mampu diucap dengan kata-kata. Air yang biasa boleh berubah menjadi luar biasa dengan keberkatan KalamNya dengan izinNYA.

Sesungguhnya, itulah secebis, mungkin tidak sampai secebis, sebesar zarah, mungkin tidak sampai sezarah, yang mampu dipelajari oleh hambaMu yang daif dan lemah ini dari ILMU MU YA ALLAH YANG MAHA LUAS LAGI MAHA AGUNG. Allahu Robbi. Allahua'lam.


Baca Selanjutnya

Friday, April 9, 2010

Air Ruqyah 2


Bagi pengujian ini saya hanya membaca ayat ruqyah yang terdiri daripada set bacaan 1 : bacaan Al-Fatehah, Zikir Allah dan set bacaan 2 : Al-Fatehah, ayatul Qursi.Manakala pengujian terhadap kaedah membuat air ruqyah, hanya 3 kaedah sahaja dibuat pengujian iaitu 1 : membaca ruqyah sambil penutup botol tidak dibuka. 2 : membaca ruqyah sambil memasukkan jari telunjuk ke dalam air. 3 : membaca ruqyah di permukaan air dan dihembus.

Botol 1 (penutup merah)dibackan ruqyah tanpa membuka penutup. Botol 2 (penutup 100 plus)dibacakan ruqyah sambil mencelupkan jari telunjuk. Botol 3 (penutup F&N) dibacakan ruqyah dan dihembuskan ke dalam air.

Aspek pengujian ini dilihat dari segi warna, rasa pada jari / lidah dan pergerakan air. Ternyata memang ada perbezaan dan persamaan pada ketiga-tiga kaedah ini. Di sini saya tidak akan mencatatkan kesemua dapatan tersebut. Hanya kesimpulan sahaja yang dapat saya catatkan buat perkongsian bersama.

SubhanaAllah...Apa yang membuatkan saya rasa begitu taa'jub dan sebak ( mengenangkan KEAGUNGAN dan KEBESARAN ALLAH) ialah dari segi aspek rasa dan pergerakan air apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah tersebut. Boleh dikatakan semua air-air tersebut mempunyai persamaan yang serupa. Manakala perbezaannya hanya sedikit.

Bersambung bila ada masa terluang....... InsyaAllah......Solat Jumaat dulu.


Baca Selanjutnya

Thursday, April 8, 2010

Air Ruqyah

Assalamualaikum w.b.t.

Ada keluangan masa sikit, maka saya mencatat sedikit tentang pengujian saya terhadap air yang dibacakan ruqyah al-Quran. Pengujian ini telah dibuat(ujian dilakukan bukan kerana tidak yakin, tetapi ingin tahu perbezaan/persamaan)pada akhir November tahun lepas terhadap murid saya yang selalu kena gangguan kat sekolah tu, Sy***** namanya.

Ketika saya membuat pengujian ini dia sudah beransur pulih dari gangguan jin kat sekolah tersebut. Kalau ada jin masuk, saya atau kawan-kawan dia ugut jin yang masuk itu dengan ancaman siksa dengan ayat-ayat al-Quran dengan izin Allah. Jin yang mendengar ugutan itu takut dan terus keluar. Alhamdulillah.

Berbalik kepada pengujian air ruqyah tersebut. Sepanjang pengajian dalam menimba ilmu berkaitan rawatan gangguan makhluk halus atau jin ini melalui kursus-kursus yang dihadiri dan pembacaan, berbagai kaedah yang diajarkan dalam membuat air rukyah. Maka saya cuba mencari perbezaan/persamaan di antara kaedah-kaedah tersebut. Antara kaedah membuat air ruqyah tersebut:

1. Membaca ruqyah dengan suara yang dapat didengar sambil membuka penutup botol air.
2. Membaca ruqyah dengan suara yang dapat didengar sambil membuka penutup botol air dan menghembusnya ke dalam air.
3. Membaca ruqyah dengan suara yang dapat didengar sambil membuka penutup botol air dan meletakkan mulut dekat dengan mulut botol serta menghembusnya ke dalam air.
5. Membaca ruqyah dengan suara yang perlahan sambil membuka penutup botol air dan menghembusnya ke dalam botol
6. Membaca ruqyah sambil mencelupkan jari telunjuk ke dalam botol air.
7. Membaca ruqyah sambil memegang botol air tanpa membuka penutup botol air.
8. Membaca ruqyah tanpa memegang botol air tanpa membuka penutup botol air.
9. Membaca ruqyah tanpa air dihadapan (niat)

Bersambung.....


Baca Selanjutnya

Tuesday, April 6, 2010

Apa Komen Anda ?

Assalamualaikum w.b.t.
Pertanyaan yang bermain di benak saya selama ini mungkin terjawab dengan gambar-gambar ini. Kenapa nama tempat ini digelarkan "LEMBAGA" sedangkan nama sebenar tempat ini adalah Felda *****.

Berkebetulan saya membawa kamera Olympus 14 megapixel, untuk mengambil gambar bapa saudara isteri yang bongsu dalam majlis akad nikah sebagai kenang-kenangan di rumah bakal pengantin perempuan.Subhannallah...AllahuAkbar...Terkejut saya dengan apa yang saya dapati apabila melihat kembali gambar yang diambil di luar laman rumah sebelum majlis akad nikah dijalankan.


Ini adalah gambar pertama di ambil yang membuatkan saya terkejut. Di dalam rumah juga ada bentuk sebagaimana tersebut ketika akad nikah (gambar tidak disiarkan)tapi tidaklah banyak sebagaimana di luar rumah.


Mungkin makhluk-makhluk ini begitu seronok datang ke tempat sebegini kerana, di sini ada karaoke. Bila habis je majlis akad nikah...terus je muzik dimainkan.


Em...makin bertambah dan seronok mendengar muzik.


Makin ramai lagi apabila bermacam-macam lagu dimainkan dan dinyanyikan.


Bila ambil gambar di tempat letak kereta, tak ramaila pulak. Mungkin semuanya pergi bergembira sambil dengar muzik di rumah pengantin.


Betul ke gambar tadi? Ke embun-embun malam? Jadi apabila sampai di rumah tempat saya menumpang (di rumah bapa saudara isteri merangkap sebagai pengantin lelaki) yang jauhnya lebih kurang 10 km dari rumah pengantin perempuan, takdelah pulak bentuk-bentuk sebagaimana di atas yang timbul dalam gambar tersebut.



Esoknya majlis Sambut Menantu, jadi adalah karaoke di rumah pengantin Lelaki. Semalam makhluk-makluk ini tidak ada, tapi bila ada je muzik-muzik, datanglah mereka.


Bertebaranlah mereka di ruang udara di atas khemah. Tapi, taklah banyak jika nak dibandingkan di "LEMBAGA".


Gambar yang diambil di dalam khemah untuk makan, di atas tanah, takde la pulak . Yang adanya hanyalah di udara dan di luar kawasan halaman rumah. Mungkin Allah s.w.t. tidak mengizinkan mereka masuk kerana diikhtiarkan memagarkan kawasan halaman rumah tersebut pada petangnnya. Alhamdulillah.


Baca Selanjutnya

Friday, March 26, 2010

Renungan Mata Jin 2

Pada malam kedua berikutnya...saya menyambung rawatan kepada pesakit ini memandangkan esok saya kena balik ke Muadzam Shah. Sepatutnya, pesakit ini hendaklah mandi dan minum air rukyah sekurang-kurangnya 3/7/40 hari sebelum membuat rawatan susulan. Disebabkan kesuntukan masa dan peluang, malam kedua saya kena lakukan rawatan terhadapnya.

Malam keduanya, rawatannya agak mencabar. Apa tidaknya, jelingan matanya semakin tajam dan tidak berkelip sedikitpun memandang saya ketika saya melakukan rawatan. Dalam hati saya berdoa "Ya Allah, lindungilah diriku dan janganlah pesakit ini mengamuk". Jin di dalam badan pesakit seperti sebelum ini ; hanya berkata "SAKIT...." dan tidak menunjukkan tanda untuk bekerjasama dan keluar dari tubuh.

Agak mendebarkan saya apabila jin ini mula melakukan aksi-aksi seperti sedang melakukan serangan JURUS kepada saya. Matanya bulat, merah dan tidak berkedip sedikit pun. Saya memang tidak ada daya sedikit pun melainkan berserah kepada Allah sepenuhnya. Sesungguhnya mereka itu (jin/tukang sihir) tidak dapat memberikan mudharat sedikitpun melainkan dengan izin Allah.


Kelihatan jin kadang-kadang menangis dan mengeluh apabila dibacakan dengan ayat-ayat Allah. Tetapi jin pada malam ini pada anggapan saya lebih kuat berbanding semalam. Dia mula duduk bersila seperti patung Hinddu / Budhha sambil membaca mentera serta aksi-aksi memuja sessuatu.

Akhir sekali dipendekkan cerita pesakit itu pengsan. Emak pesakit mula trauma dan menangis. Dia takut penyakit pengsan anaknya mula kembali. Saya menenangkan beliau. InsyaAllah dia akan sedar. Sessungguhnya itulah tipu daya Syaitan yang amat lemah. Jin itu sebenarnya menyorok di dalam badan pesakit dan memperdaya perawat dan orang disekelilingnya agar mengatakan bahawa dia (jin) sudah keluar.

Saya membaca ayat-ayat rukyah pendek sekali lagi, em....jin itu timbul kembali dengan aksi seperti di atas dan menangis. Saya fikir tidak guna dihabiskan masa dengan berlawan dengan jin yang masih bertenaga. InsyaAllah kekuatannya akan dilemahkan dengan air rukyah dengan izin Allah.

Saya minta pesakit minum dan dimandikan dengan air rukyah selama 40 hari. Selesai 40 hari minum dan mandi, kita sama-sama ikhtiarkan lagi, kata saya kepada ibubapa pesakit. Mereka akur dan akan membawa anaknya berjumpa saya untuk rawatan selepas 40 hari. Mereka juga akan menelefon atau sms saya untuk memberitahu perkembangan tentang gangguan anaknya.

Alhamdulillah, dalam tempoh tersebut ayah menelefon saya memberitahu bahawa anaknya tidak lagi pengsan, dah boleh bekerja dan baru-baru ini pergi ke Kuala Lumpur (makan angin). Alhamdulillah, tetapi saya percaya jin tersebut masih lagi ada dalam badan pesakit cuma dia agak lemah dan operasi sihirnya lemah. InsyaAllah selepas 40 hari sama-sama diikhtiarkan.

Selepas 40 hari, saya menunggu mereka bagi membuat rawatan susulan di surau berdekatan rumah saya. Tetapi tiada panggilan telefon, sms atau sebagainya. Saya tidak kisah semua itu. Bagi saya, saya menolong sekadar yang termampu dan kerana Allah. Namun apa yang saya khuatir, jin tersebut masih lagi ada di dalam badan anaknya dan mesti diikhtiarkan untuk dikeluarkan dengan izin Allah. Namun mereka masih menyepi. Kenapa? Allhua'alam. Saya pernah berpesan pada mereka, jin ingin mendapatkan rawatan selain daripada saya, carilah seseorang yang merawat tidak betentangan dengan Syariat Allah. Jangan berjumpa perawat/bomoh yang menggunakan bantuan jin.

Mereka terus menyepi. Saya berpegaang kepada nasihat guru saya : BIARLAH TIMBA YANG MENCARI PERIGI. Kalau perigi yang mencari timba nanti akan ada unsur-unsur negatif yang timbul dari hati atau mulut saya sendiri atau orang lain. Saya hanya mampu berdoa semoga pesakit sembuh.

Suatu hari saya balik ke kampung nenek isteri saya sempena cuti persekolahan. Saya ada mendapat berita mengatakan bahawa seluruh ahli keluarga tersebut ke Indonesia (bapa pesakit asal dari Indonesia) untuk mendapatkan rawatan di sana. Khabarnya semua ahli keluarganya mendapat gangguan dan anak lelaki mereka sentiasa mengamuk-ngamuk.

Kenapa mereka jadi begitu ? Kenapa mereka tidak memberitahu saya tentang masalah yang mereka hadapi dan tidak datang selepas 40 hari ? Itulah yang selalu ditanyakan oleh ahli keluarga sebelah isteri saya kepada saya. Allhua'alam. Mungkin saya ini perawat yang TIDAK POWER. Ya betul. Saya memang perawat yang TIDAK POWER, malah tidak ada sedikit pun POWER. Yang POWER adalah Allah s.w.t.

Bagi saya, itu hak mereka. Yang penting saya sudah tunaikan tanggungjawab saya sebagai sesama saudara Muslim dan menasihati mereka. Selebihnya terpulang kepada mereka dan ketentuan Illahi. Saya sekali lagi berdoa agar mereka mendapatkan rawatan dengan perawat yang berlandaskan Syariat dan mendapat kesembuhan dariNya. InsyaAllah. Amin.


Baca Selanjutnya

Saturday, March 6, 2010

Renungan Mata Jin 1


(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum w.b.t.

Saya mengambil sedikit masa untuk mencatat kisah ini. Kalau nak diikutkan esok ada temasya sukan sekolah. Esok pagi-pagi kena ke sekolah. Tapi apa pun, saya cuba tulis setakat yang termampu sahaja. Mungkin catatan saya ini agak santai dan shortcut.

Oklah..terus kepada kisah ini. Pesakit sudah lama berubat dengan macam-macam bomoh. Tapi masalah gangguannya belum lagi selesai. Pesakit ini sering pengsan. Kalau pengsan, ibubapanya akan mencari bomoh atau sesiapa sahaja yang boleh menolong mereka untuk menyedarkan anak perempuanya ini.

Berkebetulan saya balik ke Endau Rompin, bercuti ke rumah nenek isteri saya dan diminta tolong untuk tengok-tengokkan anaknya. Menurutnya ******** (cerita-cerita yang diberitahu oleh bomoh-bomoh yang pernah merawat anaknya). Bagi saya semua itu tidak penting. Yang penting bagi saya ialah menasihati mereka agar tidak terjerumus ke arah mempercayai perkara-perkara khurafat dan syirik.

Yang pertama saya minta ialah membuang tangkal azimat yang diberikan bomoh. Agak berat untuk ibubapanya mencabut tangkal azimat yang dijadikan kalung ditengkok anaknya kerana semenjak seminggu anaknya memakai azimat tersebut, dia tidak lagi pengsan. Kalau dicabut katanya, dia akan terus pengsan. Saya yakinkan mereka, agar cabut dan jika dia pengsan saya akan ikhtiarkan agar disedarkan kembali dengan izin Allah.

Pada malam itu, rawatan bermula. Alhamdulillah pesakit tersebut tidak pengsan setelah dicabut azimatnya. Dan ibubapanya semakin mempercayai teknik rawatan yang dilakukan apabila surau garau keluar "SAKIT....." berkali-kali keluar dari mulut anaknya dan titisan air mata keluar kerana menahan kesakitan apabila dibacakan ayat suci al-Quran.

Sebelum ini menurut ibubapanya, sudah ramai bomoh yang merawat anaknya tapi tidak ada tindak balas sebegini. Anaknya just rilex aje dan tak ada kesakitan pun walau dipicit pada mana-mana jari pun. Apatah lagi kerasukan atau keluar suara garau macam lelaki.
Allah itu Maha Hebat. Saya amat lemah, hanya sekadar membaca ayat-ayatNya. Apapun yang berlaku itu semuanya kehendak Allah s.w.t. Masha Allahu Kana, Wa Ma Lam Yasha Lam Yakun.

Jin yang mengganggu tidak menjawab semua persoalan yang saya ajukan. Hanya jelingan mata yang tajam dan perkataan "SAKIT...." sahaja yang keluar apabila dirukyah. Saya tamatkan rawatan dengan membatalkan azimat, memberikan sedikit nasihat tentang kepercayaan kepada tangkal azimat, ayat dan cara untuk menyedarkan anaknya jika pengsan lagi, amalan pagar diri serta rumah dan cara pagar rumah, minum serta mandi air rukyah untuk pesakit (agar jin dalam badan lemah sedikit, insyaAllah).

Rawatan akan disambung pada malam seterusnya, insyaAllah. Bersambung.................


Baca Selanjutnya

Wednesday, February 24, 2010

Cermin Mata Pecah


Assalamualaikum w.b.t.
Syukur kepada Allah s.w.t. kerana Dia mengizinkan saya untuk mencoretkan lagi secebis catatan pengalaman yang dilalui oleh mu’allij yang begitu kerdil dan daif seperti saya ini dalam ilmu seumpama ini. Alangkah begitu banyak yang saya tidak tahu dalam bidang Perubatan Islam khususnya merawat gangguan makhluk halus ini. Saya hanya mampu membantu sesama saudara yang memerlukan sekadar kenipisan ilmu yang ada pada saya. Apapun syukur yang tidak terhingga kepada Rabul Jalil kerana pemberian yang sedikit itu amat BESAR bagi saya. Jika diizinkanNya lagi, ilmu-ilmu tersebut akan diterokai lagi InsyaAllah.

Kisah kali ini, amat memberi pengajaran dan pengalaman baru buat saya. Apa tidaknya, sampai cermin mata saya pecah. Saya pendekkan cerita kisah ini. Sebenarnya pesakit A ini sudah sembuh dan tidak ada gangguan jin lagi dalam badannya. Alhamdulillah selepas berikhtiar mengamalkan segala apa yang diminta oleh saya selama 40 hari, gangguan sihir yang dialami oleh pesakit sudah sembuh.

Kebiasaanya jika badan seseorang itu sudah dimasukki jin, maka pada badannya akan ada lubang-lubang atau laluan masuk jin. Maka laluan tersebut hendaklah ditutupi dengan amalan pagar diri daripada ayat-ayat al-Quran secara istiqamah. Namun pesakit ini agak kurang mengamalkannya secara istiqamah, jadi masukklah jin ke dalam badannya. Masukknya jin ke dalam badannya bukan untuk menganggu tetapi untuk menyampaikan "mesej" daripada pengamal sihir. Bukan mesej yang ada kaitan dengan diri pesakit, tetapi mesej kepada pesakit lain (suami emak saudara pesakit A). Ibarat pesakit A ini seperti handphone la. Berkebetulan pesakit A pergi melawat emak saudaranya sedangkan suami emak saudaranya ini sakit kerana disihir. Maka jin sihir tersebut mengambil kesempatan terhadap pesakit A ini untuk menyampaikan mesej dari tuannya. Kenapa perlu jin sihir tersebut terpaksa jadikan pesakit A sebagai medium untuk menyampaikan mesej tuannya?

Kerana....kerana kegagalan rancangan tukang sihir terhadap suami emak saudara(pesakit B) pesakit A ini. Sebelum ini rancanganya hampir berjaya untuk meng "KO" kan pesakit B. Tetapi dia tidak lupa bahawa yang boleh mematikan seseorang itu hanya Allah s.w.t. sahaja.

Pada asalnya pesakit B ini merana sudah hampir 3 tahun dan disihir kerana hasad dengki manusia. Tetapi setelah mula mendapatkan rawatan secara rukyah al-Quran, mengamalkan amalan pendinding diri dan rumah, solat hajat, bacaan Yasin dan lain-lain lagi, sihir yang dihantar mula tidak menjadi dan jin sudah tidak dapat masuk ke dalam badan pesakit B. Pendek kata Misi Sihirnya GAGAL. Jadi jin tersebut masuklah ke dalam badan pesakit A yang berkunjung ke rumah pesakit B.

Rasa saya, sudah lama jin tersebut ingin menghantar MESEJ GAGAL tersebut, tetapi tidak ada peluang. Kali dah ada peluang, apa lagi masuk teruslah dalam badan sesiapa sahaja yang lemah pertahanan badannya. Sanak saudara mereka ingatkan penyakit pesakit A ini belum baik lagi. Bila didiagnosiskan tahulah bahawa jin tersebut hanya nak menyampaikan mesej kegagalannya, melepaskan kemarahan kerana geram tak boleh masuk dan kacau rumah serta pesakit B. Jin ini bercakap bagi pihak tuannya.

Pada pertama kali jin tersebut merasuk, yang paling dimarah ialah pesakit B sehingga perasuk (pesakit A)ingin menumbuk dan menendang pesakit B. Tetapi perasuk sempat ditangkap oleh anak pesakit B. Dengan saya pun sama, jin tersebut amat marah kerana katanya dengan usaha sayalah menyebabkan misinya gagal. Tidak, semuanya kehendak Allah s.w.t. Cuma jin tersebut marah dari jauh sahaja dan tak berani untuk melihat muka saya dan menumbuk saya. Alhamdulillah. Jin tersebut dibuang secara PAKSA sebagaimana yang dipelajari dari TG al-fadhil Ustaz Asrul (saya baru berkurus dengan Tuan TIAF). Lepas ditarik buang, perasuk tersebut rebah dan sedar kembali.

Kali yang kedua,pesakit A ini merasuk kembali dan kemarahan dan keganasannya semakin bertambah. Katanya sambil bangkit dari tempat duduk "PADA MALAM INI AKU AMAT KUAT". Saya tidak mengendahkan ugutannya. Bagi saya tidak ada sesuatu yang perlu saya takut dan gentar melainkan Allah s.w.t.

Macamana boleh pecah cermin mata saya itu? Begini ceritanya, bila pesakit A merasuk, mengganas dan bercakap, saya baru saya mengambil posisi untuk duduk bersebelahan dengan pesakit A. Baru membuka buku nota yang diberikan oleh semasa kursus TG al-fadhil Ustaz Asrul, yelah nak tengok-tengokkan ayat mana yang sesuai dibaca.Maklumlah baru lepas kursus. Belum sempat menengok-nengok nota tersebut, satu gumpalan kertas suratkhabar dilontar ke sisi telinga saya dan terkena pada tangkai cermin mata dan ia jatuh ke lantai dan pecah.Terpaksa saya letak ke tepi dulu nota tersebut, dan ikhtiar sekadar kecetekan ilmu yang ada di dada.

Bila saya toleh ke depan tengok semua penghuni rumah sudah cabut lari ke dapur tinggal saya dan perasuk tersebut.Mungkin penghuni rumah begitu takut dengan tindakan ganas perasuk. Mengikut pengalaman saya, inilah pertama kali saya menghadapi kes yang mengganas amat hebat sebegini. Sebelum ini pun jika ada kes mengganas macammana sekali pun, ia dapat ditangani dengan mudah. Tapi kes kali ini tidak. Melalui tindakan dan percakapan jin tersebut, tuannya AMAT MARAH dengan pesakit B dan saya.

Saya terpaksa memanggil 2 orang anak lelaki pesakit B untuk memegang perasuk agar tidak bertindak ganas dan menyerang. Nampaknya 2 orang lelaki ini tidak mampu menandingi kekuatan jin tersebut dan tercampak ke dinding. Alamak! Macam mana ini? Ketika perasuk ini menerkam kepada 2 orang lelaki tersebut, berbekalkan sedikit ilmu persilatan yang saya pelajari sedikit masa dulu; dari belakang saya mengilas tangan dan merebahkan pesakit. Alhamdulillah pesakit rebah meniarap dan tangan masih terkilas serta tidak dapat bergerak dan meronta.

Di sinilah, pertama kali saya menggunakan kaedah ikatan kain pada anggota pesakit sebagaimana yang diajarkan oleh TG al-fadhil Ustaz Syakirin. Em...barulah tenang sedikit walaupun masih dalam kebisingan pekikan suara perasuk memaki-hamun semua orang termasuk saya. Segala pertanyaan tidak berjawab malah dijawab dengan sumpah seranah. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. agar memudahkan urusan ini. Alhamdulillah akhirnya, episod ini berakhir dengan teknik sembelihan sebagaimana yang di ajar oleh TG al-fadhil Ustaz Majid.

Esoknya, pesakit A sehingga kehari ini sudah tidak lagi merasuk dan menjadi "hanphone" untuk menyampaikan mesej yang dihantar oleh tukang sihir. Sesungguhnya banyak pengajaran dan pengalaman dari kes rawatan saya kali ini.

Bersyukur kepada Allah s.w.t di atas segala-galanya dan terima kasih buat semua guru-guru yang sudi mencurahkan ilmu buat anak muridmu yang begitu kerdil ini. Moga Allah memberikan rahmat dan nikmat dengan curahan ilmu-ilmu tersebut. Amin.


Baca Selanjutnya

Monday, January 25, 2010

Perawat AKRINE Pahang


Assalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman semua, khususnya kepada sesiapa yang tinggal di negeri Pahang yang ingin mendapatkan rawatan dan bertanyakan tentang kemusykilan berkaitan gangguan makhluk halus bolehlah menghubungi Perawat AKRINE Pahang. Senarai Perawat AKRINE Pahang dan no. telefon mereka saya sisipkan di sebelah kanan blog saya.

Sebelum ini, ada sesetengah pesakit dari sekitar Pahang yang tinggal berjauhan daripada saya ada menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan. Ada yang emergancy dan ada yang meminta pandangan. Kadang-kadang saya lambat balas mesej dan terlepas panggilan. Ini semua kerana kadang-kadang saya sibuk dengan tugasan sekolah.

Kadang-kadang ada pesakit menelefon untuk datang mendapatkan rawatan daripada saya. Bila ditanya, dia berada nun jauh dari tempat saya. Rasa kesian pula nak suruh dia datang ke sini bila masa saya terluang. Jadi saya sedikit sebanyak menerangkan untuk membuat rawatan sendiri sebelum menghubungi Perawat AKRINE berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Kepada Perawat AKRINE Pahang, saya minta izin untuk meletakkan nama al-Fadhil tuan-tuan semua di blog saya agar memudahkan pesakit untuk menghubungi Perawat AKRINE yang berdekatan dengan mereka, khususnya di negeri Pahang. Saya juga meletakkan nama dan no. telefon Saudara Faisal di Pekan Jambi, Segamat untuk kemudahan pesakit di sekitar Selatan Johor seperti Segamat, Muar dan sekitarnya. Ini kerana ada juga pesakit dari Segamat ingin mendapatkan rawatan daripada saya, sedangkan pada masa itu saya agak sibuk dan meminta dia menghubungi Perawat AKRINE Segamat.

Jika tuan-tuan tidak mengizinkan saya meletakkan nama tuan-tuan sebagai Perawat AKRINE Pahang/Johor Selatan, bolehlah saya memadamkan nama tersebut dengan menghantar melalui e-mail saya abuhumaira_6@yahoo.com. Begitu juga kepada Perawat-perawat ARINE yang tinggal di negeri Pahang yang ingin nama dan no. telefonnya disiarkan di blog saya untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang berhampiran dengannya, bolehlah menghantar nama no. telefon dan kawasan melalui email saya seperti di atas.

Bagi pesakit yang mempunyai keluangan masa dan luang serta ingin mendapatkan rawatan yang lebih efektif dan berpengalaman, bolehlah membuat temu janji melalui Guru kami TG al-Fadhil Ustaz Abdul Majid di Pusat Rawatan AKRINE, Kuang, Selangor.

Moga usaha kita yang sedikit ini ikhlas kerana Allah s.w.t. akan mendapat RAHMAT DAN PERTOLONGAN DARINYA.Amin, Insya Allah.


Baca Selanjutnya

Saturday, January 16, 2010

TIAF



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdullillah….. Cuti sekolah akhir tahun 2009 yang lepas sungguh bermakna buat saya. Allah s.w.t. memberi ruang dan kesempatan buat saya. Waktu tersebut saya bercuti bersama isteri di Kelantan. Dan diketika itu juga ada Kursus Perubatan Islam yang dianjurkan oleh pihak TIAF.

Seminar Sihir dan Permasalahannya : Rawatan serta Pengijazahan Amalannya telah berlangsung di Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 26 Disember 2009 yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Wan Asrul Bin Wan Hussin Pengasas TIAF.

Mengikut perancangannya, saya bersama isteri akan balik ke Pahang dua tiga hari dari tarikh seminar tersebut. Tetapi dek kerana peluang keemasan ini, saya tunda untuk balik ke Pahang sehari selepas seminar tersebut. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur hambaNYA ini kerana DIA mengizinkan untuk saya bersama-sama peserta-peserta lain di dalam Dewan A Kompleks Balai Islam menimba ilmuNYA melalui seorang Perawat Islam yang berpengalaman dan merendah diri dengan ilmunya di dada.

Sudah lama hati berhasrat untuk menghadiri dan mendengar pengucapan Ustaz Wan Asrul berkaitan bidang ini sebelumnya. Tetapi semua tidak kesampaian, tapi kini Allah s.w.t. memberI ruang kepada saya. Tidak disangka seorang yang pernah saya lihat disuatu masa dulu pada 2007 ketika bersama-sama berkursus menarik jin ke dalam botol di Kuang bimbingan Tuan Guru al-Fadhil Ustaz Abdul Majid, merupakan seorang yang berkaliber.Allahu Akbar.

Kali ini saya berpeluang menambah ilmu pengetahuan tentang permasalahan yang berkaitan dengan sihir yang diamalkan Pantai Timur, khususnya berkaitan dengan pengamalan sihir Bomoh Siam. Sungguh banyak output ilmu yang diberikan oleh Ustaz Wan Asrul, tetapi input dari saya banyak kebocoran. Maklumlah dah tua-tua ni kurang daya ingatan dan pemahaman. Dan rasa tidak cukup satu hari kursus tersebut. Banyak yang nak ditanya. Khabarnya akan dibuat untuk kursus yang kedua buat peserta-peserta ini. InsyaAllah.

Alhamdulillah, kursus yang sama akan diadakan di Melaka pada 31 Januri 2010 ini. Syor daripada saya, pihak TIAF atau mana-mana peserta dapat merakam kursus tersebut dan dijual DVDnya kepada peserta-peserta yang telah mengikutinya di Kelantan atau di Melaka nanti (sebagaimana yang telah dibuat oleh alamrahsia .

Dengan harapan agar DVD tersebut dapatlah peserta-peserta atau anak-anak murid TIAF mengulangkaji dan menambah pemahaman dengan kursus yang telah diikuti sebelum ini. Dengan DVD tersebut juga dapatlah kiranya peserta membeli sambil memberi sedikit sumbangan kepada Pusat Rawatan TIAF melalui harga yang dirasakan patut oleh pihak TIAF. Ini hanya syor daripada saya sahaja.

Apapun jazakallahu kthiran buat Ustaz Wan Asrul dengan ilmu-ilmu yang dicurahkan. Anak murid yang daif dan jahil ini mohon bimbingan. InsyaAllah wallahua'lam.


Baca Selanjutnya

Sunday, January 10, 2010

Darul Saka


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah s.w.t. kerana Dia mengizinkan jua hambaNya ini untuk diberikan sedikit masa walaupun dalam kesibukan urusan dunia yang sementara ini bagi menimba ilmuMU yang teramat luas itu yang tiada nokhtahnya. Tanggal 14 November 2009 yang lepas, Seminar Perawat Cemerlang : Kursus Asas Rawatan dan Persediaan Asas Perawat yang berlangsung di Dewan Anjung Taman Sungai Besi, Seri Kembangan, Selangor telah berlangsung.

Menuju ke tempat kursus tidak menjadikan masalah buat saya, kerana masih ingat lagi serba-sedikit jalan-jalan di Kajang, Bangi dan Serdang walaupun sudah 6 tahun tak ke sana. Bangi dan Kajang pada masa dulu, adalah tempat saya belajar di UKM selama 3 tahun. Serdang pula jalan ulang-alik dari Bangi ke tempat kerja di sebuah kilang di Balakong apabila tamat belajar di UKM.

Sebelum hadiri Seminar Perawat Cemerlang tersebut, saya berpeluang menimba ilmu kesihatan melalui Seminar Suami Perkasa di Syeksen 6, Bangi yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Rashidin Sharif dari Darul Hikmah Singapura. Melalui seminar ini dapatlah sedikit sebanyak belajar tentang ilmu kelakian dan mengurut ****.

Malamnya pula barulah menimba lmu pengetahuan tentang Perubatan Islam yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tok Belagak. Dalam perjalanan ke Serdang hujan renyai-renyai. Nasib baik jumpa juga tempat kursus tersebut, Alhamdulillah.

Sungguh bermanafaat kursus ini. Sungguh ramai para peserta yang menghadirinya. Ramai juga otai-otai berpengalaman di dalamnya.Kursus sampai 12.00 tengah malam. Tapi selepas itu mendengar pula pengalaman-pengalaman Tok Belagak dalam bidang ini sampai jam 4.30 pagi.

Banyak amalan-amalan yang diijazahkan seperti amalan pembuka amalan, wirid harian, ayat-ayat 7 kun, Bismilah 5 dan 6, Qaf 100 dan lain-lain. Amalan ini diijazahkan berserta kaifiat menjazam dan mengamalkannya.

Saya ini sebagai seorang pendidik yang sentiasa mengejar masa tidak mampu untuk menjazamkan kesemua amalan tersebut. Setakat ini hanya mampu menjazamkan Bismillah... dan amalan wirid harian sahaja. Bagi saya dan sebagaimana nasihat Sifu Tok Belagak juga ; kayuh pelan-pelan. Tidak perlu mengejar untuk semua itu, yang penting KERANA ALLAH s.w.t. dan mencari REDHA ALLAH s.w.t. dalam amalan yang dibuat. ILLAHI ANTA MAQSDI WA REDHOKA MATLUBI. Allahu'alam.


Baca Selanjutnya

Thursday, January 7, 2010

Bomoh Temberang


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur kehadarat Illahi Rabbul Jalil, diizinkanNya jua untuk saya mencatatkan kisah pesakit N yang mendapat serangan sihir 4 penjuru. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini kita mendapat mengambilnya sebagai manafaat dan pengajaran.

Disebabkan kesibukan sebagai seorang pendidik, maklumlah pada awal-awal mula sessi persekolahan ini banyak mesyuarat dan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Maka, saya catatkan apa yang dirasakan penting sahaja.

Pada awalnya pesakit ini pernah saya rawat satu kali, dan berpesan pada ibubapanya agar tidak mendapatkan khidmat bomoh yang mengamalkan sihir dan berdamping dengan jin jika tidak mahu mendapatkan lagi rawatan daripada saya. Carilah perawat-perawat yang merawat berlandaskan syariat yang berdekatan.

Kemudian keluarga ini mendapatkan rawatan dengan seorang Imam masjid di daerah tempat tinggalnya. Bagi bapanya tiada apa-apa perubahan pun katanya. Biasalah sifat manusia, tidak sabar nak cepat sembuh. Kalau seseorang itu merawat tidak dapat memberitahu siapa yang buat, tak nampak jin, tak real dan mistik. Jadi bapa pesakit ini membawanya berjumpa dengan seorang bomoh yang amat dipercayai dan telah lama bapanya ini mendapatkan perkhidmatan bomoh ini. Kiranya, bapa ini begitu taksub kepada bomoh ini.

Apatahlagi dua tiga kali mendapatkan rawatan daripada bomoh ini, anaknya tidak lagi meracau walaupun tidak pulih sepenuhnya. Maka bertambah yakinlah bapanya kepada bomoh ini. Jika ada masalah sikit tentang tahap kesihatan anaknya, bomoh tersebutlah dirujuk dan sanggup buat apa sahaja yang diarahkan oleh bomoh tersebut tanpa banyak soal. Setahun lebih pesakit N ini mendapatkan rawatan dan bapanya membuat serta memberikan apa sahaja yang dipinta oleh bomoh ini.

Menurut emak pesakit N antara perkara-perkara mengarut yang dilakukan oleh bomoh ini ialah :
1. Pesakit kena tidur dengan taburan bunga rampai.
2. Pesakit tidak dibenarkan berpakaian (berbogel) dan dibungkus oleh bomoh
sendiri seperti mengkafan mayat.
3. Pesakit ditanam seperti mayat di sebuah pulau dalam tempoh masa tertentu.
4. Kena bayar DAM (denda) jika tidak puasa dan melanggar pantang larang bomoh.
5. Dan lain-lain.

Kini bapanya menanggung hutang ribuan ringgit kerana meminjam wang semata-mata memenuhi kehendak dan untuk membayar DAM kepada bomoh tersebut.

Sesungguhnya penyakit itu datang daripada Allah s.w.t. dan Dialah juga yang menyembuhkannya. Akhirnya emak pesakit N ini membawa anaknya berjumpa saya setelah mula meracau dan menyebut-nyebut nama bomoh tersebut pada hari raya aidilfitri ketiga.

Rawatan pertama dan kedua menggunakan rukyah dan dialog. Alhamdulillah usaha minum dan mandi limau di samping pendinding diri berterusan selama 40 hari, pesakit N pulih daripada gangguan jin-jin tersebut. Keluarga ini membuat kenduri kesyukuran secara sederhana tanda Pujian Kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Kesimpulan daripada rawatan dialog yang dilakukan, gangguan jin datangnya daripada :
1. Jin bomoh itu sendiri.
2. Jin bapa pakwe pesakit N yang juga seorang bomoh (DENDAM)
3. Jin kawan pesakit N yang DENGKI ditempat kerja
4. Jin biras emak saudara pesakit N pengamal ilmu hitam (ini panjang kalau nak
diterangkan. Pendek kata DENGKI pasal harta)
5. Allah Lebih Mengetahui.

Semua jin-jin di atas bekerjasama antara satu sama lain menganggu pesakit N. Pengajaran kisah ini, JIKA KITA MENGHADAPI KESULITAN RUJUKILAH KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULULLAH bukannya BOMOH TEMBERANG. Wallahu’alam.


Baca Selanjutnya

Saturday, January 2, 2010

Buku Oh Buku


Assalamualaikum w.b.t.

Kebiasaannya pada cuti sekolah akhir tahun, saya akan menjenguk-jenguk kedai buku untuk mencari buku-buku sebagai penambahan ilmu pengetahuan di dada. Termasuklah juga buku-buku yang berkaitan dengan ilmu-ilmu yang perubatan Islam. Tidak dinafikan begitu banyak buku seumpama ini.

Kalau nak ikutkan hati semua buku tersebut nak beli. Tapi saya beli sekadar termampu yang nak dibaca berdasarkan masa. Kebiasaanya saya akan beli satu buku sahaja yang berkaitan dengan ilmu perubatan Islam ini. Tapi entah kenapa kali ini, banyak pula buku saya beli.

Antara buku-buku yang saya beli adalah seperti di atas. Apa yang amat menarik perhatian saya ialah buku yang berkaitan Hizib Bahar kerana di dalamnya ada terjemahan Hizib Bahar. Sebelum ini hizib dibaca tapi tidak semua maksud Hizib Bahar diketahui.

Dan saya juga menjumpai buku kecil Majmuk al-Syarif. Sebelum ini Majmuk al-Syarif yang kita jumpa ialah yang kecil bentuknya seperti Yasin. Tapi buku ini agak jelas sikit tulisannya dan ada tambahan doa-doa serta jenis-jenis selawat. Tapi kebanyakkanya tidak disertakan terjemahan.

Apapun syukur kehadarat Ilahi kerana Dia mengizinkan lagi hambaNya ini untuk meneruskan perjuangan dalam hidup ini keranaMu Ya Allah untuk berbakti kepada agamaMU dan umat Islam seluruhnya. InsyaAllah. Wallahu’alam.


Baca Selanjutnya
Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO