Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Tuesday, December 15, 2009

Diari Rawatan Murid S Akhir



Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah catatan terakhir berkaitan Diari Rawatan Murid S. Murid ini pada tahun hadapan akan melangkah ke tingkatan satu. Alhamdulillah walaupun dia mengalami gangguan makhluk halus ketika sessi pembelajaran untuk menghadapi UPSR dan peperiksaan UPSR, keputusannya tidak mengecewakan.

Sedikit perkongsian cerita semasa murid S menghadapi peperiksaan UPSR selama tiga tersebut. Alhamdulillah, murid S tidak mengalami gangguan jin semasa peperiksaannya berjalan. Ditambah pula peperiksaan tersebut berlaku pada bulan Ramadhan yang lepas; Syaitan diikat pada bulan tersebut (hal ini banyak perbahasannya).

Untuk mengelak daripada apa-apa yang tidak diduga berlaku, murid S ini telah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan untuk diasingkan tempat dengan calon-calon UPSR yang lain. Jadi murid ini di tempatkan di sebuah kelas kosong yang akan ditemani oleh seorang pengawas peperiksaan perempuan.

Setiap pagi selama tiga hari sebelum peperiksaan bermula saya sekadar ikhtiar memagar tempat peperiksaan murid tersebut. Alhamdulillah sepanjang tempoh tersebut Allah s.w.t. mengizinkan murid tersebut menjalani peperiksaan secara lancar. Sehinggakan bapa murid S ini memberi sedekah "buah duku" dengan banyaknya kepada semua guru-guru Tahun 6 yang mengajar anaknya ini sebagai tanda syukur kepada Allah. Tetapi pada hari ketiga, selesai sahaja peperiksaan tamat pada tengahari tersebut, murid S mula menghadapi gangguan. Badannya menjadi lemah-lemah seperti ditikam sesuatu katanya. Alhamdulillah alat tikaman itu dapat dicabut dengan izin Allah.

Inikan bulan Ramadhan, syaitan diikat ! Macamman dia boleh menikam murid S? Tidak diikatkah jin tersebut? Apapun persolan yang timbul harus kita yakinkan bahawa syaitan itu tetap diikat pada bulan Ramadhan. Bagaimana cara syaitan diikat hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Esoknya saya bertanyakan beberapa soalan pada murid S. Jawapan daripada soalan tersebut antaranya :
1. Dia tidak nampak jin berkeliaran sebagaimana bulan-bulan sebelum ini yang suka merayau di kawasan sekolah.
2. Jin-jin tersebut ada, tapi "terperap" di dalam tempat tinggal mereka masing-masing.
3. Sempat juga dia melukis rupa dan bentuk jin yang selalu dia nampak dan bentuk rumah tempat jin tinggal tersebut kepada saya.
4.Menjawab persoalan yang murid S ditikam semalam, alat tikaman itu dihantar terbang melalui jampi sihir dari tempat tinggal jin tersebut.

Baiklah kita masuk kepada tajuk asal posting ini. Kenapa catatan kali ini diletakkan gambar sedemikian. Begini kisahnnya; sepanjang murid S ini mengalami gangguan boleh dikatakan setiap hari dia mendapat gangguan di sekolah tempat saya mengajar. Dan setiap hari saya merawat dan membantunya setakat yang termampu. Dan setiap malam saya berfikir mencari punca gangguan ini. Kadang-kadang jawapannya seperti SAKA, SIHIR, JIN ASYIK, JIN NAK MENDUGA SAYA SAHAJA dan lain-lain.

Apapun kesimpulan lemah yang dapat saya buat selama menjalankan rawatan murid S ini ialah, gangguan ini adalah daripada Ketua jin yang mengamalkan sihir. Dia mempunyai ramai murid yang sedang mempraktikkan ilmu sihir yang mereka pelajari dari Tok Guru Jin Sihir ini. Murid S ini pula merupakan sasaran mereka untuk menjadi bahan eksperimen "kemenjadian" ilmu sihir yang mereka pelajari. Semua jin-jin ini menetap di kawasan sekolah ini.

Sihir yang dipraktikan seperti :
1. Teknik menarik jin ke dalam badan murid S menggunakan beberapa utas tali.
2. Teknik memukau jin-jin dan memasukkannya ke dalam badan murid S.
3. Teknik menjadikan murid S patung.
4. Teknik melancarkan senjata secara terbang melalui sihir jampi.
5. Dan lain-lain.

Apakah betul kesimpulan yang saya buat ini? Allahua'alam. Sesungguhnya semua ini membuatkan saya pening untuk mencari punca gangguan dan cara mengatasinya. Sedangkan sudah banyak ikhtiar yang saya lakukan. Jika dirawat begini, sembuh dengan izin Allah. Esokny pula disakiti dengan cara gangguan lain pula. Demikianlah berterusnnya gangguan ke atas murid S.

Apapun syukur kepada Allah s.w.t., walaupun berterusan serangan dan gangguan tersebut ke atas murid S, ia dapat dirawat dengan mudah dan pantas. Tidak sebagaimana sebelum ini, kadang-kadang gangguan itu berlaku selama beberapa hari dan memakan masa yang lama untuk dipulihkan.

Akhirnya, saya dinasihatkan oleh seorang Hamba Allah agar BERHENTI daripada memikirkan punca dan cara mengatasi gangguan ke atas murid S ini. Katanya, gangguan ini hanya tahap-tahap TOK GURU sahaja yang dapat mengatasinya. Jika perawat lemah seperti saya ini tidak dapat merungkai punca dan mengatasi gangguan ini. Saya dinasihatkan agar tolong sekadar yang termampu sahaja dan jangan terlalu memaksa diri untuk mencari punca dan cara rawatan mengatasi gangguan ke atas murid S ini. Nanti saya akan semakin pening.

Ya, selainnya saya serahkan kepada Allah s.w.t. Saya juga berdoa agar Allah memberi kesembuhan pada murid ini. Amin. Insya Allah.

1 Comentário:

alfirus said...

Tersangat menarik perihal S yang memang terserlah sebagai alat. Begitu juga dengan N yang mempunyai jin Saka barangkali.

Tidak ke S mendengar bunyi letupan sebelum di rasuk/ganggu?

Mungkin ustaz tahu atau tidak, kalau tahu, mungkin sebagai peringatan diri saya juga.

Salah satu pendinding yang setakat ini saya pelajari dari seorang ustaz di shah alam yang pernah merawat kenalan saya, setiap kali selesai solat, zikir

"laillahailla antasubhanainni kuntu minazzolimin, la haulawala quatabilla hil a'liyil a'zim"

sebanyak mungkin. Dari pemahaman saya, ia bagaikan satu pagar yang akan mengembang jauh bergantung pada amalan zikir, dan rutin orangnya, juga tidak lupa kehendakNya.

Cara yang terakhir adalah pagar wali, yang hanya beberapa orang yang Dia kehendaki sahaja mampu membuatnya pada batin pesakit, juga kehendak Dia juga agak pagar tersebut wujud pada pesakit. Insyaallah sehingga ke tulang sesudah mati pun masih wujud lagi pagar tersebut.

Alhamdullilah saya sudah di pagar walikan berikutan kes kenalan saya yang sangat kritikal.

Wallahualam

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO