Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Saturday, April 11, 2009

Bukan Ummu Sibyan Tapi Saka



Assalamualaikum.

Dalam blog saya ada saya mencatatkan tentang artikel "UJIAN ILLAHI". Ternyata segala persoalan kenapa anak saya Humaira Asyikin menangis tak henti-henti sudah terjawab kini.

Sebelum itu sudah berbagai ikhtiar yang berkaitan rawatan "sawan tangis" telah dilakukan.Tetapi tangisannya itu semakin menjadi-jadi. Apa yang menghairankan saya, kenapa sebelum ini rawatan dan petua untuk sawan tangis yang diikhtiarkan oleh ibubapa lain terhadap anak mereka dapat dipulihkan. Sedangkan apabila tiba giliran saya, anak saya tersebut masih lagi nangis,nangis,nangis saja la...Dan boleh dikatakan semua ilmu yang saya pelajari serba sedikit untuk rawatan gangguan kepada kanak-kanak saya ikhtiarkan. Tetapi Humaiara masih lagi diganggu dan menangis.

Pada sangkaan saya, anak saya ini bukan kena sawan tangis yangmana tukang ganggunya bernama jin Ummu Sibyan, tetapi jin selainnya. Rupanya sangkaan saya betul, apabila saya merawat Puan R. Saya mengambil kesempatan ketika merawat Puan R (CERITA RAWATAN PUAN R, INSYAALLAH AKAN DICERITAKAN NANTI) dan meminta Maznah (jin dibadan Puan R) untuk memanggil jin yang mengganggu anak saya bercakap melalui lidah Puan R.

Dengan izin Allah jin bernama Aminah datang bercakap dengan gaya tutur dan perlakuan keanak-anakan. Perkataan pertama yang diucapkan berulang-ulang kali ialah "minta maaf ustaz". Katanya dia tidak menganggu anak saya tetapi hanya buat teman bermain-main sahaja. Dia suka anak saya kerana anak manusia seperti anak saya begitu comel.Sedangkan anak jin tidak secomel anak manusia.

Ada 3 jin yang suka mengusik anak saya, iaitu Aminah, Khadijah dan Fatimah (nama semua bagus-bagus). Mereka adalah bekas jin saka ***** . Saya menerangkan kesalahan mereka dan memujuk mereka untuk dihantar ke "Serambi Madinah (SM)" dan bermain dengan anak-anak jin di sana, tetapi mereka menolak dengan alasan anak jin di sana tidak comel sebagaimana anak saya.

Akhirnya saya berdoa kepada Allah supaya diperlihatkan kepada mereka anak jin yang comel dan sebaya anak saya dari SM. Allhamdulillah doa saya dimakbulkan, dan kedua-dua jin tersebut setuju untuk dihantar ke SM kecuali Khadijah. Saya meminta kedua-dua jin tersebut memujuk Khadijah untuk ke SM. Khadijah bersetuju dalam keterpaksaan. Dek kerana ingin menjaga hati dua saudaranya itu, dia juga ikut untuk ke SM. Tetapi, Khadijah bagi warning akan datang balik kepada anak saya.

Selepas rawatan tersebut, allhamdulliah anak saya sehingga ke hari ini tidur dengan tenang dan tidak lagi menangis sepanjang hari dan malam. Kalau menangis, hanya kerana nak susu,nak tidur,lampin basah,kembung perut dan nak buang air besar sahaja.

Dengan kejadian ini dapat saya simpulkan bahawa :

1. Jin yang menggangu anak-anak kakak ipar dan adik ipar saya sebelum ini mungkin adalah jin saka yang sama.

2. Apabila ada bayi baru dari keluarga kami, jin tersebut akan pergi bermain dengan bayi baru tersebut dan tidak lagi bermain dengan anak kecil yang lama.

3. Walaupun ilmu saka dan jin saka itu sudah dibuang oleh nenek moyang, tetapi jin saka tersebut masih berkeliaran mencari dan menganggu anak cucu.

4. Jin saka yang berkeliaran hanya menunggu masa untuk masuk ke dalam badan anak cucu apabila mereka diseru dan diminta pertolongan.

Saya bermohon kepada Allah agar keluarga saya tidak lagi diganggu oleh jin-jin saka ini. Dan jin-jin saka yang dihantar ke SM tidak dapat membolos diri dan mengganggu anak saya lagi. Insya Allah.Amin.Wallahualam.

3 Comentários:

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...


Sawan tangis memang mudah berlaku pada bayi antara usia 2 minggu ke 4 bulan. Ia kerap berlaku pada sebelah malam. Ada yang mengaitkan kejadian ini dengan gangguan makhluk halus. Namun dari segi perubatan, sawan tangis sebenarnya berlaku disebabkan oleh si kecil mengalami masalah penghadaman menyebabkan perut kembung, colic dan reflux asid. Tidak semua masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor. Sebelum berjumpa dengan doktor, kita boleh cuba tips-tips rawatan sawan tangis ini dahulu seperti mengkhayalkan bayi dengan lagu atau bacaan Al-Quran, melakukan teknik pemanasan perut dan sebagainya.

mama papa said...

Salam Doc...
Hope we can respect his explanation.
As he said earlier...his baby wasn't related to medical explanation.
He clearly said he has done everything scientific and the baby still cried.
He even treated for ummu sibyan.
After he treated the baby for another jin, his baby completely returned to a normal baby who cried for medical explanation and reasons....no need to challenge his test...pray for him.

mama papa said...

Salam Doc...
Hope we can respect his explanation.
As he said earlier...his baby wasn't related to medical explanation.
He clearly said he has done everything scientific and the baby still cried.
He even treated for ummu sibyan.
After he treated the baby for another jin, his baby completely returned to a normal baby who cried for medical explanation and reasons....no need to challenge his test...pray for him.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO