Followers

Carian

...................... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ......................

Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwaah. Blog ini dibina adalah berdasarkan sebagai perkongsian pengalaman rawatan di samping catatan penulis berkaitan Perubatan Islam khususnya Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Adalah diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat bagi pembacanya dan orang-orang yang mencari kebenaran. Apa jua yang tercatat di dalamnya adalah jauh sama sekali untuk menimbulkan rasa "riak dan ujub" dalam diri. Na'uzubillah. Sesungguhnya Allah S.W.T. jualah Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui. Saya melepaskan diri dari setiap hal yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W. Semua taufiq yang dikurniakan tidak lain adalah kerana Rahmat Allah S.W.T. KepadaNya saya berserah dan kepadaNya saya kembali ....... al-faqir ilallah min : (abuhumaira)

Tuesday, December 15, 2009

Diari Rawatan Murid S Akhir



Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah catatan terakhir berkaitan Diari Rawatan Murid S. Murid ini pada tahun hadapan akan melangkah ke tingkatan satu. Alhamdulillah walaupun dia mengalami gangguan makhluk halus ketika sessi pembelajaran untuk menghadapi UPSR dan peperiksaan UPSR, keputusannya tidak mengecewakan.

Sedikit perkongsian cerita semasa murid S menghadapi peperiksaan UPSR selama tiga tersebut. Alhamdulillah, murid S tidak mengalami gangguan jin semasa peperiksaannya berjalan. Ditambah pula peperiksaan tersebut berlaku pada bulan Ramadhan yang lepas; Syaitan diikat pada bulan tersebut (hal ini banyak perbahasannya).

Untuk mengelak daripada apa-apa yang tidak diduga berlaku, murid S ini telah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan untuk diasingkan tempat dengan calon-calon UPSR yang lain. Jadi murid ini di tempatkan di sebuah kelas kosong yang akan ditemani oleh seorang pengawas peperiksaan perempuan.

Setiap pagi selama tiga hari sebelum peperiksaan bermula saya sekadar ikhtiar memagar tempat peperiksaan murid tersebut. Alhamdulillah sepanjang tempoh tersebut Allah s.w.t. mengizinkan murid tersebut menjalani peperiksaan secara lancar. Sehinggakan bapa murid S ini memberi sedekah "buah duku" dengan banyaknya kepada semua guru-guru Tahun 6 yang mengajar anaknya ini sebagai tanda syukur kepada Allah. Tetapi pada hari ketiga, selesai sahaja peperiksaan tamat pada tengahari tersebut, murid S mula menghadapi gangguan. Badannya menjadi lemah-lemah seperti ditikam sesuatu katanya. Alhamdulillah alat tikaman itu dapat dicabut dengan izin Allah.

Inikan bulan Ramadhan, syaitan diikat ! Macamman dia boleh menikam murid S? Tidak diikatkah jin tersebut? Apapun persolan yang timbul harus kita yakinkan bahawa syaitan itu tetap diikat pada bulan Ramadhan. Bagaimana cara syaitan diikat hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Esoknya saya bertanyakan beberapa soalan pada murid S. Jawapan daripada soalan tersebut antaranya :
1. Dia tidak nampak jin berkeliaran sebagaimana bulan-bulan sebelum ini yang suka merayau di kawasan sekolah.
2. Jin-jin tersebut ada, tapi "terperap" di dalam tempat tinggal mereka masing-masing.
3. Sempat juga dia melukis rupa dan bentuk jin yang selalu dia nampak dan bentuk rumah tempat jin tinggal tersebut kepada saya.
4.Menjawab persoalan yang murid S ditikam semalam, alat tikaman itu dihantar terbang melalui jampi sihir dari tempat tinggal jin tersebut.

Baiklah kita masuk kepada tajuk asal posting ini. Kenapa catatan kali ini diletakkan gambar sedemikian. Begini kisahnnya; sepanjang murid S ini mengalami gangguan boleh dikatakan setiap hari dia mendapat gangguan di sekolah tempat saya mengajar. Dan setiap hari saya merawat dan membantunya setakat yang termampu. Dan setiap malam saya berfikir mencari punca gangguan ini. Kadang-kadang jawapannya seperti SAKA, SIHIR, JIN ASYIK, JIN NAK MENDUGA SAYA SAHAJA dan lain-lain.

Apapun kesimpulan lemah yang dapat saya buat selama menjalankan rawatan murid S ini ialah, gangguan ini adalah daripada Ketua jin yang mengamalkan sihir. Dia mempunyai ramai murid yang sedang mempraktikkan ilmu sihir yang mereka pelajari dari Tok Guru Jin Sihir ini. Murid S ini pula merupakan sasaran mereka untuk menjadi bahan eksperimen "kemenjadian" ilmu sihir yang mereka pelajari. Semua jin-jin ini menetap di kawasan sekolah ini.

Sihir yang dipraktikan seperti :
1. Teknik menarik jin ke dalam badan murid S menggunakan beberapa utas tali.
2. Teknik memukau jin-jin dan memasukkannya ke dalam badan murid S.
3. Teknik menjadikan murid S patung.
4. Teknik melancarkan senjata secara terbang melalui sihir jampi.
5. Dan lain-lain.

Apakah betul kesimpulan yang saya buat ini? Allahua'alam. Sesungguhnya semua ini membuatkan saya pening untuk mencari punca gangguan dan cara mengatasinya. Sedangkan sudah banyak ikhtiar yang saya lakukan. Jika dirawat begini, sembuh dengan izin Allah. Esokny pula disakiti dengan cara gangguan lain pula. Demikianlah berterusnnya gangguan ke atas murid S.

Apapun syukur kepada Allah s.w.t., walaupun berterusan serangan dan gangguan tersebut ke atas murid S, ia dapat dirawat dengan mudah dan pantas. Tidak sebagaimana sebelum ini, kadang-kadang gangguan itu berlaku selama beberapa hari dan memakan masa yang lama untuk dipulihkan.

Akhirnya, saya dinasihatkan oleh seorang Hamba Allah agar BERHENTI daripada memikirkan punca dan cara mengatasi gangguan ke atas murid S ini. Katanya, gangguan ini hanya tahap-tahap TOK GURU sahaja yang dapat mengatasinya. Jika perawat lemah seperti saya ini tidak dapat merungkai punca dan mengatasi gangguan ini. Saya dinasihatkan agar tolong sekadar yang termampu sahaja dan jangan terlalu memaksa diri untuk mencari punca dan cara rawatan mengatasi gangguan ke atas murid S ini. Nanti saya akan semakin pening.

Ya, selainnya saya serahkan kepada Allah s.w.t. Saya juga berdoa agar Allah memberi kesembuhan pada murid ini. Amin. Insya Allah.


Baca Selanjutnya

Sunday, December 6, 2009

Tukang Urut 3

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Rabbul Jalil diberi sedikit ruang untuk saya titipkan sedikit sambungan catatan berkaitan tukang urut. Kisah ini adalah yang terakhir.

Tukang urut 3 ini adalah seorang makcik A. Terjadinya kisah ini setelah seorang nenek kepada pesakit N dalam kisah tukang urut sebelum ini yang mendapatkan rawatan daripada saya. Nenek ini kita gelarkan sebagai nenek Y. Dia selalu mengadu kerana selalu terasa panas di bahagian belakang di sekitar atas bahu dan angin di dalam hati.

Dia pada asalnya merahsiakan amalannya selama ini. Tetapi setelah dinasihati oleh anak-anak dan cucu-cucunya agar membuang ilmu itu kerana ia nanti memakan diri dan tempiasnya terkena kepada anak cucu. Lebih tepat lagi "Buang Saka". Pada awalnya dia tidak tahu akan semua amalan itu akan memakan diri dan mejadi Saka. Alhamdulillah, Allah memberikan kepadanya kesedaran dan meminta saya merawatnya untuk membuang saka.

Saya ini yang begitu cetek dan nipisnya ilmu tentang rawatan saka, merawat nenek Y sekadar yang termampu. Nenek Y ini telah melakukan segala ikhtiar sebagaimana yang saya minta sehinggakan dia juga mahu untuk melakukan rawatan urut sebagaimana cucunya (pesakit N) dengan makcik H tukang 2. Sebab angin dalam hatinya itu mesti diurut. Saya tak pandai megurut.

Mudah-mudah makcik H yang berpengalaman dalam mengurut dan tahu tentang rawatan gangguan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sakit nenek Y. Manalah tahu ada gangguan jin Saka dalam angin hati nenek Y dan ada lagi jin lain yang menganggunya. Saya ini hanya ikhtiar setakat yang termampu sahaja. Ilmu tak seberapa, masih belajar dan kena belajar lagi dan lagi dan lagi.....

Kebetulan ketika nenek Y ini hendak pergi mengurut dengan makcik H, makcik H tidak ada kerana dia pergi ke Kuala Lumpur atas permintaan anaknya di sana untuk mengurut seseorang. Minggu depan baru makcik H balik dari Kuala Lumpur. Jadi pulanglah nenek Y dengan perasaan hampa.

Biasalah orang tua, tidak boleh ditegur-tegur. Anaknya nasihatkan supaya pergi berurut dengan makcik H tu, tapi kena tunggu dia baliklah. Nenek Y dengan marah-marah nak mengurut juga dengan sesiapa pun. Tak larat nak tunggu makcik H selama seminggu. Nak tak nak anaknya terpaksalah mencari selain tukang urut 1 dan 2. Akhirnya, setelah dicari-cari jumpalah tukang urut 3 iaitu makcik A.

Makcik A ini mengurut kena tiga hari berurut turut. Pada hari ketiga mengurut kena bawa asam garam dan duit sebanyak RM2.25 (rasanyalah, saya pun tak ingat)sebagai tanda pemutus penyakit. Jadi hari ini nenek Y pergi mengurut. Esokya pergi mengurut. Ketika mengurut pesakit N pun pergi juga, buat teman emaknya semasa mengurut nenek Y.

Kata emak pesakit N, makcik tukang urut ni minta juga pesakit N mengurut dengannya selepas ini. Sebab dia tengok pesakit N ini macam letih dan tak bermaya. Lagi pun tukang urut ni tahu juga untuk merawat gangguan jin. Dia juga telah menceritakan bahawa telah ramai pesakit yang terkena buatan orang, saka, anak-anak kecil yang menangis dan macam-macam lagi dia telah rawat dan telah sembuh. Bahkan melalui percakapannya, semua ilmu dan ayat-ayat al-Quran dia tahu kegunaannya. Demkianlah perkhabaran emak pesakit N kepada saya. Saya nasihatkan supaya esoknya nenek Y jangan lagi pergi mengurut dengan makcik A, tunggu makcik H balik dari Kuala Lumpur.

Nak dijadikan cerita, pada jam 10.30 malam hari ketiga ( nenek Y tidak mengurut dengan makcik A ) kebetulan pula nenek Y ini tumpang bermalam rumah pesakit N yang masih lagi dalam proses rawatan dan minum serta mandi limau selama 40 hari, tiba-tiba.....

Ketika pesakit N tengah tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba saja pesakit N bingkas bangun dan membebel tak tentu pasal. Saya diambil untuk ke sana. Di sana setelah dipaksa jin tersebut bercakap, ketahuilah bahawa jin tersebut adalah jin makcik A tukang urut. Kesimpulan dialognya :
1. Asalnya jin yang datang hanyalah untuk meninjau nenek Y, kenapa tak datang mengurut pada hari ketiga. Bila nampak pesakit N ada "LUBANG" ( kesan daripada gangguan jin sebelum ini )maka dia pun masuk.
2. Melalui perkhabaran jin tersebut, makcik A suka dengan nenek Y kerana dia tak pernah dapat duit upah mengurut sebagaimana sebelum ini. Tapi dengan nenek Y, hari pertama makcik A dapat upah mengurut sebanyak RM20, hari kedua dapat RM15.Hari ketiga ?
3. Makcik A minta pesakit N pergi mendapatkan rawatan dengannya pula. Agar dapat banyak lagi duit yang dia dapat nanti.

Sempat juga saya bertanyakan tentang jenis-jenis jin yang dimiliki dan cara rawatan yang dilakukan makcik A sebelum ini. Akhirnya jin itu keluar apabila dipaksa dan kembali pada tuannya semula untuk membuat laporan. Adakah betul apa yang diperkatakan oleh jin tersebut dan adakah jin tersebut adalah jin suruhan makcik A tukang urut 3? Allah Lebih Mengetahui.






Baca Selanjutnya

Wednesday, November 25, 2009

Tukang Urut 2

Assalamualaikum w.b.t.

Saya mengambil kesempatan masa yang terluang ni untuk mencatat sedikit tentang sambungan daripada kisah tukang urut. Tukang urut yang kedua ini ialah seorang makcik H yang suatu masa dulu pernah kerja kat kantin sekolah saya. Hasil dari perkhabaran makcik-makcik kantin yang lain, maka saya membawa pesakit N bersama emaknya berjumpa dengannya pada satu malam sebagaimana yang telah dijanjikan.

Sesampai disana saya dan emaknya tidak menceritakan tentang sakit gangguan yang dialami oleh pesakit N. Datang hanya untuk mengurut sahaja. Tanpa berlengah masa makcik H pun mulalah mengurut.

Biasalah tukang urut yang mahir tidak akan mengurut tempat yang sakit dahulu. Dia akan mengurut tempat mula urat yang sakit. Walaupun pesakit N sakit di tangan, tapi makcik H mula mengurut di celah ketiak tarik ke pergelangan tangan. Beberapa saat makcik H mengurut, tiba-tiba...

Tiba-tiba muncul suara keras dan makian dari pesakit N. Saya rasa semua jiran yang bersebelahan rumah makcik H mendengar teriakan pesakit ini. Terkejut saya dibuatnya. Dalam hati saya rupanya ada lagi jin yang menyorok. Ditekan tempat persembuyiannya barulah dia bersuara. Selama rawatan sebelum ini, diminum dan dimandi air rukyah, dia menahan kesakitan dan berdiam diri sahaja.

Bertanya saya pada makcik H " Pernahkah makcik jumpa pesakit sebegini?". Kata makcik tersebut, selalu juga dan masa saya pegang tangan dia tadi saya sudah dapat rasakan. Alhamdulillah. Dalam hati saya ini berkata, boleh tahan juga makcik H ini.

Jin dalam badan itu memaki makcik H dan saya juga kerana membawa pesakit N bertemu dengan makcik H dan sebelum ini tiada siapa yang pernah terjumpa tempat persembunyiannya.

Saya begitu tertarik dengan pendekatan makcik ini. Dia tidak pernah marahkan jin tersebut sebaliknya hanya tersenyum dan mengambil pendekatan "MEMUJUK". Makcik ini tidak membuang sekaligus jin tersebut tapi buang sikit-sikit. Nanti bila dah sapu minyak urut dan minum serta mandi air rukyah yang dibuat selama ini insyaAllah gangguan akan hilang. Demikianlah kata makcik H tesebut.

Makcik tukang urut yang kedua ini berbeza dengan makcik tukang urut 1 kerana makcik H ini lebih suka merendahkan diri dan banyak berserah pada Allah. Kata makcik H lagi agak susah nak tarik jin ini sebab sudah lama, tapi ikhtiar sahaja. Yang lain serah pada Allah. Dia juga tidak menetapkan harga dan hari untuk datang mengurut lagi. Sedangkan makcik tukang urut 1 banyak menceritakan tentang ramai kesembuhan pesakit yang diurutinya sebelum ini.

Apa yang seronoknya, jin ini juga memujuk makcik H ini agar tidak membuangnya dan tidak lagi mengurutnya selepas ini. Siap menghiburkan makcik H dengan berbagai-bagai lagu agar termakan pujukannya. Makcik H hanya tersenyum dan melayan kerana pesakit N sambil memujuk macam memujuk anak kecil.

Kami balik pada malam itu dengan dibekalkan minyak urut. Manakala pesakit N masih lagi menyanyi lagu-lagu sedih dan memujuk makcik H supaya tidak membuangnya. Nyanyian sedih seperti "Jangan Tinggal Daku" dan lain-lain tak henti-henti di bibir pesakit N. Sampai di rumah pesakit N, saya diminta oleh ahli keluarga pesakit N supaya tidak balik lagi takut-takut ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Bila malam sudah larut, pesakit N masih lagi menyanyi lagu sedih. Saya nak guna teknik tidurkan dulu jin dengan izin Allah. Kalu tak buat teknik tu...sampai pagilah agaknya dia menyanyi lagu-lagu sedih.

Jam 12.00 tengah malam, tiba-tiba dia berhenti menyanyi dan mula bercakap memujuk seperti sedang bercakap dengan makcik H. Di sini pesakit N masih lagi memujuk makcik H agar tidak membuangnya.

Pada fikiran saya, adakah makcik H yang agak zuhud itu juga memakai jin. Atau dia sendiri yang datang melalui rohnya melalui tidur atau secara sedar (MERAGA SUKMA)? Setelah 5 minit berbicara. Pesakit N berhenti bercakap dan tertidur di kursi sofa. Pada hemat saya yang daif ini makcik H telah menarik sebahagian lagi jin yang tertinggal di badan pesakit N.

Allhamdulillah, esoknya saya mendapat berita bahawa pesakit N sudah ok dan masih diteruskan lagi minum dan mandi air rukyah selama 40 hari. Allhamdulillah juga melalui dialog jin Islam dari pesakit lain yang dirawat oleh saya selepas itu, makcik H tidak menggunakan jin, yang datang pada malam itu adalah roh makcik tersebut. Makcik H itu juga mengurut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran. Demikianlah kata-kata jin Islam tersebut. Apakah betul katanya? Allahua'lam.


Baca Selanjutnya

Thursday, November 19, 2009

Jin Tukang Urut 1 Datang


(Gambar Sekadar Hiasan)


Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kesibukan hampir sehari lagi nak cuti sekolah ini saya ambil kesempatan untuk mencatat sedikit catatan di dalam blog yang terbiar lebih 2 minggu ni. Biasalah guru, sibuk dengan mesyuarat itu ini. Risau juga, jika dibiarkan lama pengalaman merawat itu, maka ceritanya makin shortcut dan tak ingat.

Catatan ini ada kaitan dengan 3 keluarga yang saya rawat sebelum ini. Semasa dalam tempoh merawat pesakit N yang dikenakan sihir sehingga kurus kering, nenek Y yang bersaka sehinggakan sakit-sakit dalam perut, pakcik A serta seluruh ahli keluarga dan rumah disihir kerana hasad dengki dan dendam (ada masa saya ceritakan tentang catatan rawatan ke atas mereka) saya meminta mereka pergi berurut dengan tukang urut.

Saya ceritakan dahulu tentang pesakit N. Saya meminta dia pergi berurut kerana sakit fizikal akibat gangguan jin yang berada di pergelangan tangannya menyebabkan tangannya sudah menjadi "jam" tidak boleh bergerak, sakit dan nak makan pun susah.

Tukang urut 1 yang mereka pergi ini mengurut menggunakan minyak urut yang dibuat oleh tukang urutnya sendiri. Habis mengurut, pesakit N diberi minum air penawarnya dan air itu kena dibuat mandi. Kedua pergelangan tangan pesakit N dibaluti dengan sejenis daun. Saya tak ingat apa nama daunnya. Kata tukang urut tu, daun tersebut mesti dibuang pada keesokan harinya. Pesakit N kena datang lagi 2 hari berturut-turut untuk mengurut dengannya lagi agar cepat sembuh.

Selepas mengurut petang itu, pada malamnya saya diminta untuk merawat pesakit N oleh emaknya. Emak pesakit N khuatir takut-takut tukang urut tersebut memakai jin ketika berurut atau memasukkan jin ke dalam badan anaknya ketika diurut. Bahkan kata pesakit N, dia rasa tidak selesa ketika berada di rumah tukang urut tersebut dan katanya, dia nampak rupa makcik tukang urut tu macam HANTU.

Saya memulakan rawatan dengan TKR sahaja. Melalui proses TKR kepada pesakit N untuk melihat saki-baki jin dan racun-racun sihir di dalam badan pesakit N, tiba-tiba...Tiba-tiba pesakit N berbisik kepada saya. Katanya ada seekor jin baru datang dan bertenggek di atas koridor dekat dengan tempat rawatan dibuat. Dia duduk sahaja sedang memerhati pesakit N. Jin mana pula ni ? jin liar disekitar kawasan perumahan ini ke, sihir ke, atau sebagainya. Jadi untuk mendapatkan jawapannya, saya suruh pesakit N tangkap jin tersebut.

Untuk menangkap jin tersebut secara tidak sedari, maka pesakit dibacakan ayat pendidnding, penunduk dan Yasin ayat 9 berulangkali (agar jin tersebut tidak nampak pesakit N ). Bila disahkan bahawa jin itu sudah tidak menyedari kehadiran pesakit N ditepinya (jin). Maka pesakit N pun terus menangkap.

Hasil dialong pesakit N dengan jin tersebut, ketahuilah bahawa jin tersebut ialah jin dari tukang urut 1 tadi. Dia datang hanya untuk menjenguk pesakit dan akan masuk ke dalam badan pesakit N bila dia tidur. Dia akan masuk ke dalam badan N, semata-mata untuk melihat urat-urat di tangan pesakit N samada sudah pulih atau sebaliknya. Selepas itu dia akan pulang semula kepada tuannya untuk "melapor". Jin tersebut eragama Islam, tugasnya hanya sebagai "PELAPOR" sahaja. Maka saya dengan izin Allah menghantarnya ke SM.

Mana jin aku ni, tak balik-balik lagi ni. Emmm...habislah jin aku sudah dirembat dek orang. Mungkin itu kata-kata tukang urut tu bila tahu jinnya tak balik-balik ke rumah.

Saya nasihatkan emak pesakit N, agar membuka balik semua helaian daun yang membaluti kedua-dua pergelangan tangan anaknya, kerana daun tersebut adalah "magnet atau daya tarikan" kepada jin tukang urut untuk mencari pesakit yang telah diurutinya dan janganlah mengurut menggunakan minyak yang diberi, meminum dan mandi dengan air yang diberi oleh tukang urut tersebut. Memadailah dengan air rukyah yang telah dibekalkan sebelum ini.

Saya menasihatkan juga, supaya esok carilah tukang urut yang tak pakai jin. Kata emaknya, susah nak cari tukang urut yang sebegitu kat sini. Saya mencadang agar mereka berjumpa dengan seorang makcik tukang urut yang baru saya kenal. Menurut guru-guru dan pekerja-pekerja kantin di sekolah saya, ramai guru-guru di sini berurut dengannya.Insyaallah esok kita jumpa dengan dia. Malam tu kita scan, samaada makcik tu pakai jin ke tidak InsyaAllah kata saya yang lemah ini.

Esoknya...... (bersambung)
Allahua'alam.




Baca Selanjutnya

Saturday, October 31, 2009

Spy


Assalamualaikum w.b.t.

Catatan kali ini berkaitan spy(pengintip)tukang sihir. Inilah pengalaman pertama kali saya diintip oleh makhluk berbentuk haiwan ketika rawatan sedang dijalankan. Pernah saya catat dalam posting yang lepas mengatakan saya ada merawat 3 keluarga yang mengalami perkaitan gangguan antara mereka. Nak saya catat dalam post kali ini kisah mereka, masa tidak pula mengizinkan. InsyaAllah, ada keluangan masa saya akan catatkan.

Berbalik kepada spy tukang sihir/bomoh/OKS tadi. Spy ini datang apabila saya merawat seorang pesakit yang bernama K dari salah satu keluarga tersebut.

Spy pertama yang datang semasa saya membuat rawatan ke atasnya ialah seeekor ular tedung. Asalnya saya tidak tahu ular itu datang, tetapi selepas rawatan selesai dilakukan, adik kepada pesakit K menceritakan tentang ular tersebut kepada saya. Teringat pula saya tentang cerita guru saya al-Fadhil Ustaz Majid sebagaimana yang diceritakan di dalam blog beliau.

Menurut adik pesakit K, ular tersebut menjalar di atas tanah. Kebetulan adik pesakit K menjenguk ke luar tingkap. Tiba-tiba sahaja ular tersebut berdiri lebih kurang sehasta tingginya dan mengembangkan kepalanya. Adik pesakit K terus membaling sesuatu kepada ular tersebut dan ular tersebut terus cabut lari entah ke mana. Menurut tuan rumah, tidak pernah ada ular tedung berkeliaran di kawasan rumah mereka sebelum ini.

Spy yang kedua datang ketika saya membuat rawatan kedua terhadap pesakit K ialah langau. Hairan saya, begitu banyak langau yang datang sehingga menjadi beberapa tompokan. Ia berkumpul di atas syiling seperti lebah. Dan ada tompokan langau yang begitu berat sehingga nak jatuh ke lantai. Semua wayar-wayar elektrik yang tergantung di dalam rumah(rumah papan)tersebut dipenuhi dengan deretan langau. Dari mana datang langau sebanyak ini pada malam-malam buta ini,soal hati saya. Saya syak, ia adalah spy daripada OKS/bomoh. Sebelum selesai rawatan, saya sembur langau-langau tersebut dengan air rukyah. Peliknya langau-langau tersebut tidak lari ketika disembur dengan air, semacam bertahan dan banyak pula yang mati jatuh ke lantai. Keesokannya, banyak lagi langau mati dan jatuh ke lantai.


Spy yang ketiga ialah belalang daun/belalang pelesit. Spy seperti ini biasa saya hadapi ketika rawatan dilakukan. Belalang ini saya tangkap dan kurung di dalam botol yang diisikan dengan bacaan ayatul Qursi. Tiga hari, belalang ini masih hidup di dalam botol tersebut. Kata orang tua-tua, kalau binatang ini mati selepas 40 hari dikurung ia menandakan spy ini memang kuat. Hari keempat, belalang ini masih hidup, jadi saya masukkan seketul garam dan sebiji lada hitam yang telah dirukyah. Nampaknya belalang ini tidak mahu dekat dengan garam dan lada hitam. Ia bergerak ke bahagian atas (dibawah penutup botol) sedangkan sebelum ini ia duduk di bahagian bawah saja. Beberapa jam kemudian belalang itu sudah tidak bergerak. Sah dah mati.

Menurut pengalaman-pengalaman perawat yang saya pernah saya baca, jin spy itu sebenarnya menumpang di atas belakang langau atau belalang. Inilah kesempatan yang digunakan oleh jin spy untuk merobosi rumah yang dipagari dengan ayat al-Quran, iaitu menumpang di atas belakang binatang-binatang tersebut. Kalau ular pula adalah jelmaan daripada jin spy tersebut. Betul atau tidak Allahua’alam.

Terdetik pula hati saya apakah ayat-ayat al-Quran yang perlu dibaca untuk menutup scan tok bomoh/OKS dengan menghantar spy untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku kepada mangsa yang disihirnya. Maka saya pun membelek-belek nota-nota rawatan sebelum ini. Alahmdulillah, ayat tersebut saya jumpa. Ayat ini sudah hafal tapi tidak tahu khasiat yang selebihnya. Emm.. Bila terhantuk baru nak cari ubatnya. Maklumlah sebelum ini tidak ada kes spy yang dihantar seperti ini ketika saya membuat rawatan.

Tentang ayat tersebut, bukan saya kedekut ilmu tapi tidak layak untuk saya terangkan di sini. Saya ini masih lagi belajar. Cubalah bertanya kepada Guru dan yang lebih arif daripada saya. Apabila membaca ayat-ayat tersebut sebelum memulakan rawatan, Allhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. tiada lagi spy yang datang untuk mengintip. Semoga bermanafaat. Allahua’alam


Baca Selanjutnya

Friday, October 23, 2009

Jadikan Amalan Bentengan Diri Sebagai Zikir Harian Anda


Assalamualaikum w.b.t.

Sebetulnya tidak banyak saya merawat pesakit sebagimana rakan-rakan Perawat Islam diluar sana. Yang mendapatkan rawatan daripada saya hanyalah daripada golongan kaum kerabat keluarga, kenalan-kenalan, guru-guru sekolah dan adalah sesetengan pesakit luar.

Ada juga pesakit yang hanya meminta pandangan melalui email, tel dan sms. Tidak sebagaimana para Perawat Islam diluar sana, mereka lebih arif, berpengalaman dan berilmu daripada saya yang daif ini. Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambanya melainkan hambaNya itu mampu menanggungnya. Jadi, Allhamdulillah sekadar itulah sahaja yang saya mampu.

Walaubagaimana pun, saya akan berusaha dan memberikan yang termampu untuk menolong mereka kerana Allah s.w.t. Selebihnya saya serahkan kepada Allah s.w.t. Tuhan semesta alam.

Jadi sebagai salah satu usaha saya untuk membantu mereka yang memerlukan, saya menyusun satu nota untuk dijadikan zikir amalan harian. Pada asalnya nota ini disusun untuk kegunaan dan amalan saya dan isteri. Bila melihat kepada gangguan yang dialami oleh kaum kerabat keluarga, saya mula mengemaskini dan memberikan nota ini kepada mereka, mudah-mudah mendapat Rahmat, Pertolongan dan Perlindungan daripada Allah s.w.t.

Nota ini mempunyai 35 halaman. Kebiasaanya nota ini saya akan beri kepada pesakit untuk dijadikan bacaan amalan harian mereka sebagai zikir dalam usaha dan ikhtiar mereka memohon perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan makhluk halus atau jin disamping menjadi terapi untuk minda,hati dan fizikal pesakit. Sesungguhnya Kalam Allah itu adalah NUR,SYIFA’ dan sebagainya buat orang-orang yang beriman.

Di samping membekalkan air rukyah dan cd rukyah, nota ringkas ini juga diberikan kepada pesakit. Mudah-mudah mereka beramal dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Sedikit tentang nota ini :
1.Diwujudkan untuk dijadikan amalan pagi,petang dan sebelum tidur pesakit.

2.Susunan ayat al-Quran dan doa-doa di dalam nota ini diambil dari karangan mu’allij-mu’allij tersohor berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.

3.Bertujuan untuk memudahkan pesakit mengetahui ayat-ayat dan doa-doa yang perlu dibaca dikala pagi,petang dan malam sebelum tidur tanpa bersusah-payah membelek-belek al-Quran untuk mencari surah-surah tertentu atau buku-buku karangan mu’allij yang berkaitan amalan bentengan diri seharian.

Tujuan catatan kali ini bukan untuk untuk mencari publisiti sebab nota ini bukan untuk dijual, tapi sebagai perkongsian ilmu, pengalaman dan permasaalahan berkaitan amalan pendinding diri yang diamalkan oleh pesakit.

Ada sesetengah pesakit berasa berat untuk melakukan amalan sebagaimana susunan di dalam nota ini. Kenapa dia jadi begitu ? Jawapan yang daif daripada saya yang lemah…

1.Mengamalkan semata-mata mengharapkan ia menjadi bentengan bukan jadikan ia sebagai zikir kepada Allah s.w.t.

2.Mengharapkan ia (ayat-ayat al-Quran) menjadi bentengan bukannya Allah s.w.t. Ingatlah ayat-ayat al-Quran tidak dapat memberikan bentengan perlindungan. Semuanya adalah adalah daripada Rahmat dan Pertolongan Allah s.w.t. jua.
3.Serangan pisikologi atau hasutan daripada unsur negatif di dalam badan pesakit.

Ada juga sesetengah pesakit mendakwa, mengatakan bahawa dia masih lagi diganggu dan dimasukki jin walaupun membaca semua ayat-ayat al-Quran yang disusun dalam nota tersebut. Kenapa ? Jawapan yang daif daripada saya yang lemah…

1.Jawapannya sebagaimana no. 2 di atas.

2.Ketahuilah "bismilla hillazi la yadhuru…" Tidak ada yang boleh memudharatkan sessuatu di muka bumi dan di langit ini melainkan dengan izin Allah …

3.Jin penganggu ini umpama pencuri yang ingin mencuri dan sesebuah rumah. Walaupun rumah itu sudah di kunci semuanya, di geril (betul ke ejaan ni) ditambah dengan berbagai pagar dan kunci, dia akan berusaha juga dengan apa cara sekalipun dengan berbagai peralatan untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

4.Pagar yang dibina akan runtuh jika berlaku kemaksiatan di dalam rumah pesakit.

Nota ini juga menjadi amalan saya seharian di samping bacaan ma’thurat, manzil dan lain-lain. Buat pembaca semua, jadikanlah bacaan seumpama ini sebagai zikir harian anda. Yakinlah jika kita jadikan ia sebagai zikir harian ( bukannya mengharapkan ia jadi pendinding ), insyaAllah tidak berat untuk anda lakukan.

Pendinding itu hanyalah salah satu dari pada fadhilat daripada fadhilat-fadhilat lain hasil daripada keberkatan KalamNya yang melalui Rahmat Allah s.w.t. Apatahlagi jika anda sudah jazamkan ia selama 40 hari. Ia sudah jadi sebati dalam hidup kita.

Bahkan anda akan rasa rindu jika tidak melakukannya dalam sehari. Macam kita solat 5 kali sehari semalam. Dah berapa lama kita lakukan solat dan lakukannya kerana Allah s.w.t. bukannya ada niat lain. Jika terlambat atau tak tunaikan ia, kita rasa tak selesakan ? Kejap-kejap teringat yang kita tak solat lagi. Bila dah tunaikan baru kita rasa tenang dan lega.

Kenapa jadi begitu? Jawapan daif daripada saya yang lemah…Yelah dah memang kewajipan kita sebagai hambNya. Dan sebab solat itu sudah sebati dalam diri kita yang bergelar Muslim. Begitulah juga dengan amalan bentengan diri ini, jika sudah sebati dan jadikan ia sebagai zikir kerana Allah, tidak ada apa-apa pun yang boleh menghalangnya untuk kita melakukannya setiap hari insyaAllah. Allahua’alam.


Baca Selanjutnya

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum w.b.t.

Dikesempatan ini saya ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua guru saya, Perawat-perawat Islam dan semua pembaca blog ini. Maaf Zahir dan Batin andai ada tersilap kata dan perilaku.

Sedih rasanya kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita pada Tahun 1430 Hijrah ini dua tiga hari lagi.

Jika dipanjangkan umur,akan berjumpa lagi ditahun hadapan. Moga ibadat dibulan keberkatan ini diterima Allah s.w.t. Amin.


Baca Selanjutnya

Wednesday, September 2, 2009

Azimat @ Wafa'




Assalamualaikum w.b.t.

Allhamdulillah dizinkan jua oleh Mu Ya Allah, hambaMu ini menarik nafas untuk menikmati kehidupan sementara ini dan menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Maaf dipohon kerana di bulan yang penuh keberkataan ini, jarang saya menulis catatan dan melayari internet .

Walaubagaimanapun saya mengambil kesempatan untuk menulis sedikit tentang catatan saya ini berkaitan dengan AZIMAT atau WAFA’ untuk dikongsi bersama. Azimat ini diberikan oleh seorang guru satu sekolah dengan saya sebelum menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Allhamdulillah, Allah membuka pintu hatinya bagi menilai antara yang hak dan bathil. Azimat ini diberikan oleh seorang bomoh ketika dia menjadi pemandu untuk membawa seorang pesakit bagi mendapatkan rawatan pada tahun lepas. Kerap kali juga dia menjadi pemandu bagi membawa pesakit ini bertemu dengan bomoh yang digelarkan “USTAZ” ini. Di samping bomoh merawat pesakit tersebut, guru ini diberikan azimat sebagaimana gambar di atas dan beberapa bahan untuk dijadikan pemagar rumah seperti paku dan sebagainya. Maklumlah bomoh ini nampak bahawa guru ini juga mempunyai gangguan jin pada dirinya dan rumahnya.

Tetapi akhir-akhir ini setelah banyak bertanya dengan saya tentang hal-hal ini, Allhamdulillah dia baru menyedari bahawa semua itu adalah salah di sisi Syariat dan meminta saya membuang dan membatalkan kandungan azimat tersebut. Melalui pengetahuan cetek saya, azimat bukan sekadar tulisan atau gambar, tetapi ia dia ISI dengan JIN untuk menjadikan azimat itu REAL atau berkesan.

Berbeza pula dengan azimat yang ditulis dengan ayat-ayat suci al-Quran; ada yang di ISI dengan JIN dan ada yang TIDAK. Bab ini banyak khilaf dan menimbulkan fitnah. Kita stop kat sini sahaja bab ini. Saya tidak layak untuk membicrakan hal ini. Bertanyalah kepada yang lebih arif.

Berbalik kepada azimat yang ditunjukkan kepada saya. Berkebetulan pada masa itu, murid S yang saya selalu ceritakan itu masih lagi dalam proses pemulihan gangguan dan ditempatkan dibilik guru kerana mendapat serangan jarak jauh daripada JIN-JIN (jin yang tinggal di belakang blok makmal komputer dan padang sekolah) YANG MEMPRAKTIKKAN ILMU SIHIR yang berbentuk PUKAU JIN dan SENJATA seperti tombak,panah dan lain-lain. Penemuan dan perkembangan terbaru dalam Rawatan Murid S akan dikongsi bersama nanti InsyaAllah.

Pada masa itu, murid S baru sahaja dimasukkan 1 jin yang dipukau oleh jin-jin sihir. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk menguji dan mengetahui samaada azimat tersebut di ISI dengan beberapa jin dan keberkesan azimat ini kepada jin. Asalnya azimat ini dilipat kecil dan diletakkan di dalam kain berwarna biru. Gambar azimat di atas adalah azimat yang sudah saya buka.

Apabila saya menunjukkan azimat tesebut kepada jin (memeluk Islam bila di dakwah) yang dijadikan “kambing hitam” oleh jin-jin sihir di dalam badan murid S ini, dia (jin) ketakutan teramat sangat, menggeletar begitu kuat sehinggakan badan serta kerusinya bergoyang-goyang dan meraung ketakutan.

Saya : Kenapa kamu jadi begini ?
Jin : Takut…..
Saya : Kamu takut kenapa? Inikan kertas saja.
Jin : Di dalamnya ada banyak jin.
Saya : Mereka buat apa pada kamu?
Jin : Mereka sedang marah dan mengungut saya.
Saya : Jangan takut pada mereka. Dia makhluk ciptaan Allah macam kamu juga.Kamu hendaklah takutkan Allah s.w.t. Ada berapa banyak jin di dalamnya. Ada berapa jin kafir dan Islam?
Jin : Sambil menunjukkan dari jarak jauh (kerana terlalu takut) dan bilangan jin di dalamnya .

Di dapati berbelas jin kafir di dalam azimat tersebut. Hanya 2 jin Islam sahaja yang ada di dalam petak dalam gambar yang kedua (sebahagian gambar yang dibesarkan dari gambar 1).

Dengan izin Allah s.w.t. saya membacakan ayat-ayat al-Quran untuk menarik jin-jin dan dihantar ke suatu tempat yang Allah s.w.t .tentukan. Setelah itu, kertas itu ditunjukkan kembali kepada jin di dalam murid S. Allhamdulillah, dia sudah tidak ketakutan lagi dan apa yang dia nampak hanyalah tulisan yang tidak difahami di atas kertas azimat tersebut. Jin Islam ini (namanya saya lupa) memilih untuk dihantar ke SM untuk belajar tentang Agama Islam.

Nasihat buat diri saya dan saudara seagama; janganlah kita jadikan azimat(sebagaimana contoh gambar di atas)sebagai penolong atau pelindung kita. Sesungguhnya ia boleh membawa kepada rosaknya iman dan kesyirikan. "SESUNGGUHNYA ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENOLONG DAN PELINDUNG BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN. YANGMANA DIALAH YANG MENGELUARKAN MEREKA (ORANG-ORANG YANG BERIMAN) DARI KEGELAPAN KEPADA CAHAYA…"
Wallhu’allam.


Baca Selanjutnya

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa...


Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua umat Islam, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah fardhu puasa Ramadhan. Semoga bulan yang penuh keberkataan ini, kita menjadikan ia sebagai "bonus" buat kita sebagai umat Muhammad s.a.w. yang dikurniakan Allah s.w.t. umur yang singkat dalam mengumpul dan mencari seberapa banyak kebajikan amalan.

Tidak seperti umat-umat nabi-nabi yang terdahulu. Yang mana mereka dikurniakan umur yang panjang sehinggakan umur beratus-ratus tahun.Tetapi mereka tidak dikurniakan "bonus" ini. Iaitu "bonus"dilipat gandakan pahala amalan umat Muhammad s.a.w. ketika dibulan Ramadhan. Oleh itu panjatkanlah kesyukuran kepadaNya dengan nikmat ini dengan melakukan ibadah puasa dan amalan-amalan ibadah yang lain dengan penuh keikhlasan keranaNya.Untuk info lebih lanjut, layari web ini

Allhamdulillahi Rabbil 'Alamin.


Baca Selanjutnya

Monday, August 17, 2009

Blog Sedang Diupgrade


Assalamualaikum dan Salam Mesra.

Allhamdulillah, ini adalah wajah baru blog "Catatan Mu'allij Muda ". Buat masa ini saya sedang memperbaiki dan mempelajari serba sedikit tentang membina blog. Diharap dengan pembaharuan ini ia dapat memberi manafa'at kepada para pembaca dan saudara seagama.

Semoga apa sahaja yang terkandung dan terpapar di dalam blog ini adalah sebagai perkongsian buat kita semua. Jika diberi keizinanNya lagi, saya akan cuba lagi mempelajari bagi menjadikan blog ini agar ia lebih menarik dan bermanafa'at. InsyaAllah.


Baca Selanjutnya

Sunday, August 9, 2009

Diari Rawatan Murid S 4

Isnin 03.08.2009

Sebelum waktu persekolahan tamat murid S dimasuki jin baru ke dalam tubuhnya. Saya mengambil peluang ini untuk bercakap dengan Umar tentang intipannya terhadap jin-jin yang sedia ada di dalam tubuh murid S. Hasil dialong dengan Umar adalah seperti berikut :

1. Allhamdulillah Umar tidak mengalami apa-apa kecederaan ketika melakukan intipan.
2. Umar berada di dalam dada murid S.
3. Jin baru yang ditarik adalah jin perempuan kafir dan diletakkan di kepala murid S.
4. Jin-jin yang sedia ada jumlahnya 8 semuanya ; 2 di kepala (semuanya perempuan), 1 di tulang belakang (ketua jin) lelaki dan 5 di tulang sulbi. Semuanya kafir. Itu saja yang Umar nampak.
5. 2 jin yang tinggal di kepala murid S diarahkan oleh ketuanya untuk keluar dari badan murid S sambil membawa 2 utas tali untuk menangkap jin baru. Tali tersebut diikat pada kepala jin baru dan diheret masuk ke dalam badan murid S.
6. Jin baru didera di dalam kepala murid S oleh 2 jin tadi agar dia bersetuju menjadi kadet baru kepada ketua jin.
7. Jin-jin tersebut begitu degil dan menahan kesakitan serta kepanasan ketika dibacakan ayat-ayat al-Quran dan zikir.
8. Mereka sudah lama tinggal lama di dalam badan murid S. Umar tidak tahu bila tarikh mereka masuk.
9. Semasa saya membaca al-Quran dan merawat, mereka bersembunyi di bawah” tulang gagah(bahasa Kelantan)-rujuk bahasa Sains - sebelah kiri”.
10. Umar sudah mula belajar solat melalui solat murid S. Dan hendak ke SM belajar agama Islam sebagaimana Hassan, Hussin, Aisyah dan Khadijah.
11. Umar tersenyum apabila anak murid Tahun 6 saya mengusiknya dengan mengatakan bahawa di SM ada banyak makanan.

Umar dihantar ke SM dengan izin Allah. Moga Umar mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. dengan keikhlasannya.

Selasa 04.08.2009

Semasa saya mengajar kelas murid S, dia mula menjadi kaku. Saya suruh kawannya memberi minum air rukyah. Allhamdulillah dia sedar balik. Lepas rehat, murid S menjadi lemah dan dihantar ke bilik guru. Saya tidak dapat memberi masa padanya kerana ada kelas.

Semasa mengajar, kawannya datang memberitahu bahawa jin yang baru masuk nak masuk Islam dan keluar. Saya suruh anak murid saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan keluar pulang ke tempat asal.

Hari ini ada pengalaman baru yang dialami oleh murid S. Dia dapat melihat jin-jin berterbangan di dalam badannya. Dia juga nampak 5 tali yang berwarna di dalam kepalanya (adakah tali-tali ini yang digunakan untuk mengikat dan mengheret jin-jin baru untuk direkrut ?), mangkuk, gelas dan almari (dalam almari itu ada anggota badan mayat yang terpotong dan banyak jin).

Jadi hari ini, saya hanya meminta murid S hanya menangkap jin-jin (semalam Umar kata ada 8 jin. Tapi kenapa hari ini murid S nampak banyak jin pula dalam badannya? ), tompok-tompok hitam, wap panas dan tali-tali tersebut dengan menggunakan TKR seterusnya dihantar ke tempat yang Allah s.w.t. tentukan. Adakah betul apa yang dia nampak dan tangkap ? Allahu’alam.

Selepas itu murid S tidak lagi nampak semua itu di dalam badannya kecuali almari. Almari ini dia nampak berada di sebuah rumah kosong entah di mana. InsyaAllah akan dibongkarkan nanti.

Rabu 05.08.2009

Sepanjang hari ini murid S tidak mengalami apa-apa gangguan. Malah, dia sekarang sudah boleh menangkap dan membuat kurungan. Jin-jin yang datang menganggu dan berada di dalam badannya dikurung di dalam kurungan yang dibuatnya.

Dia sudah jadi macam murid N, iaitu berkongsi mata dengan jin yang sudah berada di dalamnya. Jin mana yang berkongsi mata dengannya? Allah Lebih Mengetahui. Saya mengajarnya untuk membenteng diri, mempertahankan diri dan menghantar jin yang dikurungnya. Moga Allah memudahkan urusan kami. InsyaAllah.

Saya juga ada memanggil murid N untuk mensahihkan lagi kurungan dan tangkapan yang dibuat oleh murid S. Dan di sini saya dapat membuat sedikit perbandingan.

Menurut murid S, kurungan tersebut bercahaya putih, berbentuk empat segi dan di dalamnya ada 3 jin. Bila bertanyakan kepada murid N, dia nampak kurungan sebagaimana yang diterangkan oleh murid S, tetapi jumlahnya jin berbeza. Murid N mengatakan ada 1jin sahaja di dalam kurungan tersebut.

Kesimpulan yang dapat saya buat melalui pandangan saya yang amat lemah ini ialah :
1. Penglihatan manusia yang berkongsi mata jin adalah tidak sama.
2. Ada diantara jin sesama jin mempunyai hijab di antara mereka berdasarkan kebolehan, ilmu dan kekuatan jin itu sendiri walaupun mereka dari unsur yang sama.
3. Allah Lebih Mengetahui.

Saya rasa cukup setakat ini perkongsian tentang Diari Rawatan Murid S. Selepas ini, insyaAllah murid S akan sembuh dengan izin Allah setelah ikhtiar demi ikhtiar yang akan dilaluinya melalui proses Perubatan Islam. Amin. InsyaAllah jua, jika ada sesuatu yang berguna akan dikongsi bersama.

Sesungguhnya banyak iktibar dan pengalaman baru buat saya dalam menghadapi kes murid S ini. Allhamdulillah dengan pemberianMu ini Ya Illahi. Al-Fatihah juga saya hadiahkan kepada Rasulullah s.a.w. dan ahli keluarganya, Sahabat-sahabat Baginda, Wali-wali Allah, semua guru saya, perawat Islam dan sahabat-sahabat perawat yang telah mencurahkan ilmu secara langsung dan tidak langsung kepada saya. Moga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat dan nikmat di atas usaha yang diberikan. Amin.


Baca Selanjutnya

Wednesday, August 5, 2009

Daku Hamba Yang Kerdil Lagi Daif

Assalamualaikum w.b.t.

Bila membaca catatan blog-blog Perawat Islam, ternyata saya berasa begitu kerdil lagi daif dalam ilmu Perubatan Islam ini. Apatahlagi bila mendapati banyak kursus Perubatan Islam dan yang berkaitan dengannya telah dan akan diadakan. Allah sahaja yang tahu betapa hati ini melonjak-lonjak untuk mengikutinya. Tapi apakan daya, masa dan peluang tidak mengizinkan saya untuk menghadirinya dan menambahkan lagi ilmu di dada. Kerana saya sedar, ilmu tentang Perubatan Islam yang ada saya selama ini terlalu sedikit dan nipis. Tidak lain, saya mempelajari ilmu ini semata untuk mendekatkan diri kepada Allah Penciptaku dan menolong sesama insan yang memerlukan.

Apabila merawat pesakit saya hanya berikhtiar sekadar yang termampu dan selebihnya saya serahkan kepada Allah s.w.t. La yukalifullahu nafsan illa wus'aha : Allah tidak memberati seseorang melainkan dia mampu menanggungnya.

Apapun, saya berdoa kepada Allah s.w.t. agar suatu hari nanti Dia akan memudahkan dan memberikan ruang serta masa untuk saya menimba ilmuNya ini melalui kursus-kursus Perubatan Islam yang akan diadakan. InsyaAllah.


Baca Selanjutnya

Diari Rawatan Murid S 3

Rabu 29.07.2009

Bila sampai sahaja di sekolah murid S sudah berada di meja yang telah dikhaskan untuknya. 2 rakannya yang selalu menemaninya sedang bercakap dengan murid S. “Ustaz, ini bukan murid S. Dia tak jawab semua soalan kami” kata anak murid saya Tahun 6 tersebut. Memang saya sudah mengagak kejadian ini akan berlaku. Sebab semalam saya hanya tidurkan sahaja jin tersebut dengan izin Allah.

Saya naik ke pejabat dahulu tanda kehadiran. Lepas itu baru saya mendapatkan murid S. Peperiksaan percubaan UPSR sudah hendak bermula, saya pula ada kelas. Jadi, saya tidurkan kembali jin tersebut dengan izin Allah agar murid S dapat menjawab soalan peperiksaan nanti. Allhamdulillah jin dapat ditidurkan dan murid S sedar kembali dan dapat menjawab soalan peperiksaan. Saya bercadang untuk merawat dan bersoal-jawab dengan jin bila hampir tamat waktu persekolahan nanti kerana masa itu saya free class.

Selepas waktu rehat, peperiksaan percubaan UPSR telah tamat untuk hari ini. Jadi macam biasa, saya perdengarkan murid S dengan ayat-ayat rukyah sambil ditemani 2 rakannya. Lebih kurang setengah jam diperdengarkan murid S dengan ayat-ayat rukyah, seorang rakannnya berjumpa dengan saya mengatakan murid S menangis dan kesakitan. Masa itu saya sedang mengajar. Saya suruh dia (anak murid saya ini semacam berminat jadi muallij) tanya pada jin tersebut; nama, Islam atau kafir,kenapa kacau, ada berapa ekor, asal dari mana, nak masuk islam tak dan nak keluar atau tidak pada murid S.

Pada awalnya jin tersebut membisu hanya menjawab melalui tulisan. Inilah tulisan jin tersebut melalui tangan murid S.

Angka "100" itu bermaksud ada 100 jin yang tinggal berhampiran padang sekolah.
"Tak suka Islam musuh aku" bermaksud jin tersebut kafir dan tidak mahu masuk Islam.

Sebelum balik, saya mula merawat dan berdialog dengan jin tersebut. Awalnya jin tersebut tidak mahu bercakap. Tetapi apabila menekan point-point sebagaimana yang disarankan oleh salah seorang guru saya, maka jin tersebut kesakitan dan inilah ringkasan dialognya.
1. Ada 2 jin kafir perempuan (tak bernama juga).
2. Kedua-dua ingin masuk Islam apabila didakwah.
3. Setelah masuk Islam, pakaian hitam mereka berubah kepada putih dan hijau.
4. Diberi nama Aisyah dan Khadijah. Seronok apabila diberitahu nama itu adalah nama-nama isteri Rasulullah s.a.w.
5. Masuk ke dalam badan kerana ada jin di dalam badan (sedia ada dalam badan murid S sebelum ini, SAKA? Allhua’lam) MENARIK mereka masuk.
6. Ketika Aisyah mencari jin-jin lain di dalam badan murid S, didapati ada 2 jin di tengkok murid S, 2 jin di tulang belakang dan 5 jin di tulang sulbi.
7. Setiap kali Aisyah nampak jin-jin tersebut, dia seperti ketakutan dan sakit. Rupanya dia diugut bunuh dan dipukul oleh jin-jin tersebut (nampaknya jin-jin tersebut lebih kuat berbanding Aisyah)
8. Dengan izin Allah s.w.t Aisyah dibekalkan pelindung diri ayatul Qursi, senjata dan dimasukannya ke dalam linkungan Yasin: 9 agar dia tidak dilihat dan dibelasah oleh jin-jin tersebut ketika kembara mencari mereka.
9. Aisyah melihat jin-jin tersebut ada yang tua dan muda.
10. Aisyah gembira apabila diberitahu bahawa tindakannya itu serba sedikit dapat membantu murid S daripada kezaliman jin-jin lain yang tinggal di dalam badan murid S dan Allah s.w.t. sahaja akan memberikan ganjaran diatas usahanya itu.
11. Aisyah dan Khadijah hendak ke SM. Sempat juga saya bertanya Hassan dan Hussain yang dihantar ke SM sebelum ini. Katanya “saya nampak mereka sedang belajar tentang agama Islam”. Subhanallah.
12. Aisyah dan Khadijah keluar sendiri dari badan murid S ke dalam botol transit sebelum dihantar ke SM dengan izin Allah s.w.t.
13. Allhamdulillah.

Hari ini saya membaca panduan-panduan yang diberikan oleh guru dan sahabat-sahabat perawat. Syukran jazilan wa jazakumullahukhaira. InsyaAllah dengan panduan-panduan tersebut, Allah s.w.t akan memudahkan lagi urusan rawatan ke atas murid S.

Esok? Saya hanya bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Khamis 30.07.2009

Hari ini adalah hari last murid S mengambil peperiksaan percubaan UPSR. Tiba sahaja di sekolah murid S sudah dikelilingi guru kelas dan rakannya. Dia kena masuk jin lagi. Saya hanya tidurkan sahaja jin dengan izin Allah s.w.t. supaya murid S dapat jawab peperiksaan dengan baik. Allhamdulillah. Allah s.w.t. menolong kami.

Hampir waktu balik, saya, guru-guru termasuk Guru Besar cuba berdialong dengan jin tersebut. Subhanallah, jin tersebut terlalu tua sampai tak mampu bercakap dengan jelas sehinggakan bibirnya terketar-ketar macam nenek . Allhamdulillah nak masuk Islam dan diberi nama Hawa. Banyak berdialog guna jari dan hangguk kepala. Maklumlah umur 100 lebih (umur manusia). Masuk kerana DITARIK oleh jin yang sedia ada di dalam badan murid S. Hanya dia seorang saja yang DITARIK masuk. Saya tidak banyak mengajukan soalan sebab kesian kat dia. Hawa nak ke Mekah. Saya membantunya keluar dengan membaca ayatul Qursi dan azan. Tapi dia tak mampu. Saya menggunakan kaedah tarik sambil membaca ayatul Qursi. Allhamdulillah. Dengan izin Allah dia dihantar ke Mekah. Mudah-mudahan di sana nanti dia dapat beribadat dan dikurniakan pahala berlipat ganda.

Malam ini malam Jumaat. Kebiasaanya pada malam ini saya dan guru-guru Tahun 6 bersama-sama murid Tahun 6 mengadakan Solat Hajat dan bacaan Yasin untuk peperiksaan UPSR. Malam ini murid S juga datang (lupa bagitau supaya tak payah datang). Apapun yang bakal terjadi saya serahkan pada Allah s.w.t.

Ye, semasa bacaan Yasin dia sudah menggigil, menangis dan kesakitan. Jin baru sudah memasuki badannya ketika datang ke sekolah untuk majlis ini. Saya biarkan dia begitu buat sementara dan asingkan dia daripada jemaah kawan-kawannya apabila selesai bacaan Yasin.

Setelah selesai solat Isyak dan menyampaikan sedikit tazkirah, saya mula membaca ayat-ayat al-Quran menggunakan pembesar suara. Apabila ayahnya sudah sampai di surau sekolah, saya mula berdialog dengan jin tersebut. Malam itu saya ditemani 2 orang pengawal keselamatan sekolah (abang guard), 2 orang guru berserta ayah murid S.

Ayah murid S ada memberitahu saya bahawa tengahari tadi dia mendapat panggilan dari seseorang yang tidak dikenali supaya datang ke sekolah untuk menjenguk anaknya. Dia ingat pihak sekolah yang telefon. Menurutnya, suara pemanggil tersebut kurang jekas tapi macam suara kanak-kanak dan no. tel pemanggilnya tidak tertera di dalam handphone ayah murid S. Tanpa berlengah dia terus ke sekolah untuk melihat anaknya. Bila sampai di sekolah dia tengok anaknya ok je. Jadi dia pun balik semula. Ayah murid S bertanya pada saya, siapa yang membuat panggilan tersebut ? Entah, setahu saya kat sekolah ini tidak ada murid yang membawa handphone. Siapa yang buat panggilan ? Allahua’lam.

Hasil dialog tersebut, jin tersebut Allhamdulillah memeluk Islam (diberi nama Umar-mengambil nama sempena keberanian Syaidina Umar al-Khataab r.a.) dan bersetuju ikhlas kerana Allah untuk menjadi “spy” bagi mengintip dan membuat siasatan terhadap jin-jin yang sedia ada di dalam badan murid N. Saya mengajarkannya ayat Qursi dan Yasin : 9 supaya dilindungi Allah ketika menjalankan siasatan tersebut.

Semasa rawatan tersebut, saya juga memohon kepada Rabbuljalil agar dihadirkan ketua jin yang selama ini bersembunyi di dalam badan murid N. Allhamdulillah, ketua jin tersebut hadir dengan muka yang bengis. Dia jin kafir. Tidak sempat untuk berdialog dengannya lebih lanjut kerana tiba-tiba sahaja elektrik terputus. Gelap-gelita. AllahuAkbar. Lebih kurang 5 minit elektrik pulih kembali. Pada ketika itu ketua jin sudah hilang, yang ada hanyalah Umar. Saya bermohon kembali kepada Allah s.w.t. untuk berdialong dengan ketua jin sekali lagi. Akhirnya dia hadir dengan muka bengisnya. Hadirnya ketua jin tersebut, sekali lagi elektrik terputus, suasana di dalam surau gelap-gelita. Apakah ini taktik atau sabotaj dari jin-jin atau kebetulan sahaja ? Kerana menurut pemahaman saya, jin menambah kekuatannya apabila waktu gelap. Allahu’alam.

Jam sudah menunjukkan 10.00 malam, saya hanya mengingatkan Umar supaya pohonlah pertolongan kepada Allah s.w.t. jika mengalami kesulitan ketika melakukan misi intipan selama 3 hari selepas ini. Murid S disedarkan kembali. Moga Allah memberikan pertolongan dan ganjaran di atas usaha Umar untuk menyelamat murid S daripada kezaliman jin-jin kafir di dalam badan badan anak Adam tersebut. Amin.

Esok saya tidak ada di sekolah kerana ada taklimat di PPD Rompin. Guru kelas murid S memberitahu kepada ayahnya supaya anaknya tidak perlu hadir ke sekolah kerana ada latihan kebakaran. Jika ada apa-apa yang berlaku kepada anaknya, guru-guru tidak dapat memberikan tumpuan penuh kepadanya kerana sibuk menguruskan murid-murid lain untuk latihan kebakaran di sekolah.

Jumaat 31.07.2009


Ke Taklimat di PPD Rompin.


Baca Selanjutnya

Tuesday, July 28, 2009

Diari Rawatan Murid S 2

Isnin 27.07.2009

Selepas perhimpunan pagi , murid S masuk ke kelas. Disebabkan guru Z memarahi murid-muridnya kerana tidak hadir kelas malam, murid S jadi berdebar-debar. Peluang inilah untuk jin masuk ke dalam badannya. Guru Z memberitahu saya, dan murid S diminta dibawa ke bilik guru (bersebelahan kelas murid S) oleh rakan-rakanya. Nak bawa naik ke surau tingkat atas, kawannya tak larat nak papah. Seperti biasa, saya akan memperdengarkan ayat-ayat rukyah melalui komputer saya sambil menggunakan Teknik Rotan Objek. Dua orang kawannya diminta menemaninya sambil buat kerja sekolah di situ. Seperti biasa juga murid S akan menangis dan menahan kesakitan tanpa bercakap sepatah kata pun.

Saya tinggalkan murid S dan kawan-kawannya sambil diperhatikan guru yang ada di dalam bilik tersebut kerana saya ada kelas. Hari ini masa mengajar saya full, jadi saya biarkan murid S mendengar ayat-ayat rukyah sambil diperhatikan oleh guru dan 2 orang kawannya takut-takut murid S menjerit atau mengamuk.

Masa sudah hampir waktu rehat, jadi saya bermohon pada Allah s.w.t.untuk tidurkan jin supaya murid S dapat pergi makan. Sebelum itu saya mencari tempat jin duduk dengan mengepitkan besi (copstik) di jari-jari kaki murid S. Allhamdulilah, saya sudah dapat tahu di mana jin duduk dalam badan murid S. Nanti senang untuk dirawat. Kemudian saya tidurkan jin. Dengan izin Allah jin tersebut tidur. Tapi murid S juga turut tertidur. Saya membaca ayat al-Quran mohon agar Allah sedarkan murid S. Allhamdulillah murid S sedar dan dapat makan roti yang dibelikan oleh kawannya.

Lepas rehat, saya ada kelas lagi. Jadi saya tinggalkan murid S bersama kawannya sambil diperdengarkan azan pula. Menurut kawannya, semasa azan diperdengarkan tanpa henti, jin di dalam badan bersuara mengatakan “sakit…panas….nak keluar…”. Bersuara juga akhirnya. Kata anak murid saya ni lagi, murid S terasa sakit bila minum air yang dirukyah. Sempat juga dia bertanya kafir atau Islam (maklumlah dah biasa tengok saya merawat murid S). Rupanya jin kafir.

Habis kelas pada hari itu saya terus merawat murid S. Pada awalnya jin di dalam badan tidak mahu bercakap, tapi akhirnya bersuara dan menjawab soalan saya. Allhamdulillah.

Hasil dialog :
1. Ada 2 jin kafir.
2. Tidak ada keluarga dan tidak bernama (diberi mana Hassan dan Hussin setelah memeluk Islam)
3. Mereka masuk melalui jari-jari tangan dan kaki apabila murid ini lupa memagar diri dengan ayat al-Quran.
4. Masuk kerana murid ini terlalu lemah dan boleh buat apa saja di dalam badan S.
5. Berasal dari perkampungan jin yang ada berdekatan dengan padang bola sekolah.
6. Lebih kurang beratus jin tinggal di sana dan ada Ketua Kampung.
7. Ramai lagi jin yang menanti untuk masuk ke dalam murid S.

Allhamdulillah setelah didakwah dan diperlihatkan Serambi Madinah dengan izin Allah, mereka keluar melalui jari kaki untuk masuk ke dalam “botol transit” sebelum di hantar ke SM untuk mendalami agama Islam. SEMUA YANG BERLAKU ADALAH KERANA PERTOLONGAN ALLAH S.W.T. Saya tidak ada kekuatan, hanya berdoa dan membacakan al-Quran.

Esok macammana pula ? Sebab murid S akan mengambil peperiksaan percubaan UPSR. Saya hanya bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Selasa 28.07.2009

Hari ini murid S menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Dia diasingkan daripada rakan-rakan ketika menjawab soalan peperiksaan. Awal pagi lagi disuruh bacakan ayat-ayat pagar diri. Subuh tadi dia tidak memagar dirinya dengan bacaan tersebut dan tidak membaca zikir sebagaimana yang disuruh.

Risau takut-takut masuk je pintu sekolah, jin-jin di sekolah terus masuk ke dalam badannya. Apapun setelah dia ditempatkan di meja yang dikhaskan saya terus memagar kawasan mejanya dengan ayatul Qursi dan menabur garam.

Allhamdulillah, sepanjang peperiksaan hari ini dari pagi sampai tamat persekolahan dia tidak diganggu jin. Saya mengingatkan supaya memagarnya diri dan membaca doa sebelum keluar dari kawasan yang dipagar samada nak ke tandas atau kantin. Dan membaca bismillah…apabila nak masuk semula ke tempat itu. Allhamdulillah semua dalam pengawasan Allah s.w.t.

Tetapi apabila tamat waktu persekolahan, belum sempat sampai pintu keluar pagar sekolah dia telah dipimpin oleh 2 rakannya dan dibawa ke bilik guru. Allahu Akbar. Masuk jin lagi. Dalam hati saya bertanya, adakah dia tak pagar diri semasa keluar nak balik tadi? Adakah dia kurang pandai membaca al-Quran (dalam pemerhatian saya dia mengambil begitu lama masa untuk membaca teks al-Fatihah, ayat Qursi dan 3 Qul yang saya bagi. Dan murid S ini amat pendiam sehinggakan suara ketika membaca ayat-ayat tersebut tidak kedengaran ).

Pada pendapat saya yang daif ini, jin-jin sudah lama menunggu untuk masuk diluar kawasan yang dipagar tadi. Cuma tunggu ada peluang dan ruang terbuka sahaja untuk masuk.Saya memohon doa kepada Allah s.w.t. agar jin yang masuk tadi tertidur dan murid ini dapat balik ke rumah. Bila habis baca Selawat Tafrijiyyah sahaja jin tersebut tertidur dan murid tersebut pun turut tertidur. Saya sedarkan dia,allhamdulillah murid S sedar dalam keadaan terpinga-pinga.Saya bertanya kepadanya, adakah kamu baca ayat pemagar diri sebelum keluar? Dia hanya mengangkuk kepala. Adakah kamu pandai membaca al-Quran dengan lancar dan betul? Dia hanya diam.

Esok murid S ada peperiksaan percubaan UPSR lagi. Macammana dia nak jawab soalan kalau asyik dimasuki jin? Apakah lagi ikhtiar yang harus dilakukan? Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, bantulah kami. Amin.


Baca Selanjutnya

Diari Rawatan Murid S 1


(Gambar murid S yang sedang kaku tak bergerak)

Assalamualaikum w.b.t.
Saya fikir sudah tidak ada gangguan pada murid Sy*** (kita namakan murid S) selepas saya merawatnya 3 hari sebelum ini. Rupanya dia terjadi lagi sebagaimana sebelum ini. Berikut adalah catatan harian gangguan dan rawatan ke atas murid S :

Isnin 20.07.2009

Dia kaku, tak bercakap dan badan sejuk. Pihak sekolah terus menelefon ibubapanya. Allhamdulillah kejadian ini tidak lama. Setelah dirawat, dia sudah pulih kembali. Tetapi jin pengganggu masih berada di dalam badannya. Saya hanya tidurkan jin tersebut di dalam badan murid S dengan izin Allah s.w.t. agar tidak menganggu pembelajarannya.

Ayah murid S meminta saya ikhtiarkan. InsyaAllah esok akan diikhtiarkan bersama-sama. Saya meminta bapanya datang ke surau sekolah lebih kurang jam 10.00 pagi (waktu rehat). Murid N (murid yang berkongsi mata dengan jin) juga diminta turut serta.

Selasa 21.07.2009

Seperti yang dirancang, jam 10 pagi saya merawat murid S yang ditemani oleh ayahnya di surau sekolah. 2 rakan murid S dan murid N juga ada sama. Murid S pada ketika itu dalam keadaan sedar . Apabila rawatan dimulakan, murid S mula menangis tetapi jin di dalam badan membisu dan tidak menjawab semua persoalan yang diajukan. Jin diberi pengajaran dengan ayat2 azab dan berbagai teknik dilakukan tetapi dia tetap membisu, menangis menahan kesakitan. Hanya satu perkataan yang dijawab, iaitu dia jin “Kafir”.

Menurut pandangan murid N, jin penganggu adalah bapa kepada anak lelakinya yang menganggu tempohari. Dia nak membalas dendam kerana anak lelakinya itu telah mati setelah minum dan mandi air rukyah yang diberikan. Betulke ?Allahualam.

Dengan izin Allah s.w.t. bapa jin tersebut dapat ditarik dan dihantar ke tempat selayaknya oleh Allah s.w.t. Tetapi ketika proses menarik, anak perempuan kepada bapa jin tersebut pula telah mengambil peluang untuk masuk ke dalam badan S. Hanya kepalanya sahaja yang sempat masuk. Demikianlah menurut pandangan mata murid N. Saya cuba berkali-kali untuk menarik keluar kepala anak jin tersebut. Tetapi Allah s.w.t. tidak mengizinkannya. Allahu Akbar.

Saya tamatkan rawatan dengan doa perlindungan dan kesembuhan daripada Allah s.w.t. Mudah-mudahan dengan meminum dan mandi air yang dirukyah dengan ayat-ayat al-Quran, Allah s.w.t. akan membinasakan sisa jin yang tertinggal di dalam badan murid S. InsyaAllah.

Rabu 22.07.2009

Selepas cikgu H memarahi seorang murid berkaitan subjek Bahasa Inggeris, murid S mula berdebar-debar dan terus menjadi kaku. Dia terus di bawa ke bilik guru. Saya merawatnya dan menggunakan Teknik Rotan Objek. Seperti biasa jin di dalam badan murid S hanya membisu sambil menangis menahan kesakitan. Murid S terus diperdengarkan ayat rukyah dan azan agar jin di dalam badannya agar diberi pengajaran di atas perbuatannya. Hanya sekadar itu yang mampu saya lakukan kerana hari ini saya ada banyak kelas untuk mengajar.

Bila hampir tamat persekolahan, saya sedarkan murid S. Saya yakin bahawa jin penganggu masih lagi berada di dalam badan murid N.
Semasa ayah murid S datang menjemput anaknya, saya meminta izin supaya anaknya dirawat oleh murid N (saya sebenarnya ingin melihat cara murid N merawat) di surau sekolah esok hari. Katanya “ Buatlah apa saja ustaz, saya risau sebab dia nak periksa ni,”.

Bertawakkal dan pohonlah kepada Allah s.w.t., jangan kepada saya. Saya hamba yang lemah dan hanya mampu memohon doa dan membaca ayat-ayat al-Quran sahaja. Tidak ada sedikit bekas pun melalui usaha saya melainkan izin, bantuan dan kuasa Allah Yang Maha Hebat.


Baca Selanjutnya

Thursday, July 16, 2009

Ustaz Sy***** Tak Bergerak Dari Tadi Lagi!


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum dan Salam Mesra.

Lebih kurang pukul 12.00 tghari semalam, saya bercadang untuk menulis sedikit perkongsian tentang sambungan pengujian saya terhadap murid saya yang berkongsi mata dgn jin. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana, tiba-tiba sahaja datang seorang pengawas Tahun Enam dalam keadaan mengelabah. Katanya "Ustaz,Sy**** tidak bergerak dari tadi lagi!"

Tanpa banyak cakap saya terus ke kelas Tahun Enam dan mendapatkan murid tersebut yang pada itu sedang dikerumuni oleh rakan2nya. Memang benar murid perempuan tersebut tidak bergerak malah matanya tidak berkedip dan mulutnya tertutup dan tidak bercakap. Bila di periksa nadi tangannya, MashaAllah tiada. Tangannya semacam tidak ada darah mengalir. Saya bertanya kepada kawan sebelahnya samaada Sy*** bernafas atau tidak. Katanya bernafas, lega hati saya. Saya juga meminta kawannya merasakan degupan jantung Sy***. Katanya, berdegup kencang. Allhamdulillah.

Dalam fikiran saya yang daif ini, jika degupan jantung yang kencang daripada biasa ia adalah di antara tanda2 adanya jin di dalam badan.Saya bertanya banyak kali padanya tapi tidak berjawab. Saya sapukan air Yasin(kebiasaannya murid Tahun 6 membawa air Yasin yang dibaca secara beramai2 setiap malam Jumaat sebagai aktiviti UPSR)ke muka murid tersebut tetapi tidak juga sedarkan diri.

Murid tersebut tidak bergerak dalam keadaan menulis ketika duduk. Matanya tak berkelip dan pandang ke hadapan. Tangan kanannya memegang pensil nak (menulis) dan tangan kiri di atas meja. Badan kaku tegap (tapi tak mengeras seperti patung). Dalam kebingungan itu saya terlupa untuk mengambil gambarnya untuk disimpan atau diletakkan di dlm catatan ini. Ada hikmahnya. Gambar di atas adalah gambar hiasan sahaja.

Pada awalnya, reaksi murid ini tidak disedari oleh rakan di sebelahnya.Kerana murid ini terkenal dengan sikap pendiamnya. Saya minta kawan2 mengangkat Sy*** untuk dibawa ke surau. Tak boleh angkat,tak bergerak dan berat (badan murid ini agak besar dan berisi badannya). Jadi saya minta dia dibiarkan di situ dan meminta semua murid Tahun 6 yang lain berpindah ke kelas yang kosong ke tingkat atas.Guru yang lain datang membantu dan menyedarkan Sy***. Tapi semuanya tak jalan. Sah ini gangguan jin.

Teringat saya tentang kisah Abumujahid yang saya baca sebelum ini. Saya nak buat kaedah sebagaimana Abumujahid dan sahabat2 perawat tersebut. Tapi kes ini tak sama, kerana murid ini duduk tidak bergerak dan mata celik tapi tak berkelip2 bukannya tidur atau tak sedarkan diri. Apapun, saya mulakan dulu dengan membaca ayat Allah untuk perlindungan diri,hadirin yang ada di situ dan tempat.

Seterusnya saya membaca ayat2 rukyah yang diselang-seli dengan azan sambil spry ke muka dan tangan murid tersebut. Tapi tiada reaksi apa2 pun, malah semasa spry ke muka, matanya tidak berkelip sedikitpun. Kaedah membaca rukyah dengan menggunakan besi rawatan (saya selalu simpan besi rawatan yang diijazahkan Tuan Guru Ustaz Majid dalam beg laptop), kaedah picit tempat kebiasannya persembunyian jin (rahang) dan kaedah tepuk dilakukan, tetapi hasilnya sama, murid tetap kaku dan tidak mahu bercakap. Cuma ketika menggunakan kaedah bercakap melalui jari, adalah pergerakan jari yang sedikit dan lemah. Begitu juga, percakapnnya agak perlahan dan lemah apabila dibacakan ayat pembuka. Nak bagi salam pun lemah dan perlahan (jin tersebut Islam). Kenapa ye jadi begitu? Ya Allah, berikan ilham kepada hambamu ini untuk merawatnya.

Kemudian saya membaca ayat2 rukyah sambil meletakkan tangan ke atas kepala murid. Ini adalah kaedah asas yang saya pelajari seawal melibatkan diri dalam dunia Perubatan Islam ini sehinggalah ia diijazahkan oleh Ustaz Hj. Abdul Malek . Semasa membaca surah ar-Rahman ayat 33-36, badan murid itu ada bergegar sedikit. Saya ulang ayat tersebut berkali2, tapi lama-kelamaan gegaran itu hilang dan murid kaku seperti sedia kala. Kemudian saya teringat pesanan Ustaz Hj. Abdul Malek, sekiranya pesakit tak sedarkan diri dan pengsan, bacakan 83 kali ayat terakhir ayat Qursi, insyaAllah sedar. Tapi ini bukan kes pengsan. Ya Allah tolongilah daku. Walaubagaimanpun, saya teruskan juga membaca ayat2 rukyah.

Tiba2, seorang murid telah membawa murid yang boleh melihat jin yang saya bicarakan sebelum ini(murid2 kat sekolah ini menggelarkan dia "Tok Bomoh"). Setelah selesai membaca ayat2 rukyah yang terpilih, saya cuba tanya murid tersebut.

Saya : Ada jin tak pada murid ini ?
Murid : Ada, ada 3 ekor.1 1slam dan 2 kafir.
Saya : Mereka sedang buat apa dlm badannya ?
Murid : Sedang berperang.
Saya : (Tergamam)Kenapa mereka berperang, cuba kamu tanya?
Murid : Tak tahu. Tak boleh tanya sebab saya tak boleh dengar,lihat saja boleh. Yang Islam cedera teruk.
Saya : Kat mana mereka berperang ?
Murid : Kat tengkok.

Pada hemat saya yang jahil ini,jin Islam ini cuba mempertahankan dan menghalau jin kafir yang masuk ke dalam badan Sy***

Saya : Ok, dgn izin Allah saya akan berdoa untuk kesembuhan cedera yang dialami jin Islam dan memberikannya satu pedang.InsyaAllah. (Saya membacakan Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiyyah)
Murid : Cederanya makin baik dan dia (jin Islam) dapat pedang. Tapi ustaz, pedang itu pendek sikit.
Saya : (Saya berdoa dan membaca sekali lagi bacaan di atas) Macam mana?
Murid : (Sambil tersenyum) aaa..pedang tu dah jadi panjang.
Saya : Saya akan membaca ayat perlindungan kepda jin Islam ini supaya dia mendapat perlindungan Allah daripada dibunuh oleh jin2 kafir dan saya akan membacakan ayat2 azab kepada jin2 kafir tersebut. Kamu lihat apa yang terjadi.(Lalu saya membacakan ayat2 tersebut).
Murid : 1 jin kafr telah mati.

Semasa proses rawatan ini ayah Sy*** telah datang (waktu persekolahan telah tamat,jam 1.30 tghari) dan dia mengatakan bahawa anaknya selalu begini kat rumah. Pening2, tak bercakap dan duduk diam sahaja (masa itu ayahnya hanya berada di sisi anaknya sahaja. Dia tak lihat lagi mata anaknya yang tak berkedip dari tadi lagi). Saya meminta ayahnya memanggil namanya, menepuk belakang dan memicit-micit tangan anaknya. Alangkah terkejutnya kerana tangan anaknya sejuk, tidak menyahut panggilannya dan tidak bergerak bila ditepuk2. Tak pernah pula jadi begini katanya.

Saya cuba jelaskan perkara sebenar yang berlaku. Baru dia sedar yang anaknya ini ada gangguan jin dalam badannya sekarang. Pakcik ini juga mengatakan bahawa anaknya dan isterinya pernah mendapatkan rawatan dari seorang bomoh satu masa dulu dan isterinya masih lagi sakit sehingga sekarang.

Masa dah lewat, sudah 2 jam Sy*** kaku tidak bergerak,bercakap dan berkelip. Jadi saya ambil keputusan untuk tidurkan dulu 2 jin yang masih lagi berada di dalam badannya. Bila saya tidurkan jin2 tersebut, murid (yang nampak makhluk halus)mengatakan bahawa mereka telah bergerak turun ke tulang belakang Sy** dan kesemuanya dalam keadaan letih. Moga Allah menidurkan mereka buat seketika.

Masalah baru pula timbul, iaitu apabila saya cuba menyedarkan Sy***. Berbagai kaedah menyedarkan pesakit digunakan, tetapi dia tetap begitu. Allahu Akbar, tolongilah kami. Akhirnya saya diilhamkan Allah supaya mencari 2 biji limau nipis dan satu botol air. Saya meminta guru yang ada berhampiran dgn saya supaya mendapatkan bahan2 tersebut.

Allhamdulillah dapat. Limau nipis tersebut saya picitkan di hadapan hidung Sy*** supaya dia terhidu bau limau nipis. Allhamdulillah dia sudah mendengar percakapan kami, tapi tak boleh bercakap lagi.Kemudian saya bacakan ayat rukyah dengan kuat di telinga kanan sambil memegang botol air yang terbuka penutupnya.
Saya menyuruhnya mendengar bacaan tersebut sambil mengenggam 2 biji limau nipis. Selesai bacaan ayat2 rukyah, segelas air yang dibacakan ayat2 rukyah tadi diberi minum kepadanya.Allhamdulliah dia sudah sedar sepenuhnya, matanya sudah berkelip dan boleh bercakap. Katanya dia terlalu letih.

"Ustaz, jin kafir itu telah keluar bila Sy*** minum air tadi. Jin Islam masih lagi berada dalam badan dalam keadaan baring (mungkin tidur, mungkin lemah kerana berperang tadi)". Demikianlah kata2 murid saya yang berkongsi mata dgn jin. Saya peringatkan kepada jin Islam " Jika kau menolong kerana Allah, apabila engkau sedar dan sembuh nanti setelah anak Adam ini meminum air rukyah ini, keluarlah kamu kerana Allah. Mudah2an Allah memberikan ganjaran kepada mu. Dan jika kau membantu kerana sesuatu selain Allah, maka dgn izin Allah air rukyah ini akan membakarmu "..

Semasa Sy*** sedar sepenuhnya sempat saya bertanya kenapa dia jadi begitu. Katanya, "Semalam semasa menghadiri kelas tuisyen malam, semacam ada sesuatu yang melihat saya ketika berada di dalam kelas dan akhirnya dia mengikut saya balik ke rumah. Entah kenapa hari ini ketika berada di dalam kelas tiba2 sahaja saya tidak boleh bergerak. Saya dengar kawan2 memanggil nama saya, tapi saya tak boleh bergerak dan menjawabnya. Lama-kelamaan saya sudah tidak dengar dan tidak tahu apa yang terjadi".

Akhir rawatan, saya bekalkan air rukyah tadi kepada ayah Sy*** supaya diberi minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut.

Hari ini saya memanggil Sy*** untuk mengetahui perkembangannya. Allhamdulillah, petang semalam dia sudah dapat pergi sekolah agama dan hadir ke kelas tuisyen pada malamnya. Hari ini pun ok.Tapi menurutnya ada lagi rasa takut2 bila berada di sekolah pada waktu malam. InsyaAllah dia kian sembuh.

Persoalan :
1.Apakah benar apa yang diperlihatkan kepada murid yang berkongsi mata dengan jin itu? Allah lebih mengetahui.
2. Siapakah jin Islam yang berada di dalam badan Sy*** . Mungkin jin saka,jin tempias dari maknya yang sakit atau jin yang ikhlas membantu kerana Allah? Bagi saya, semua itu tidak penting. Yang penting kita merawat dan mengharapkan kesembuhan pesakit daripada Allah.
3. Kalau benar jin2 tersebut berperang di dalam badan pesakit, kenapa mereka membuat pesakit menjadi kaku? Ini yang buat saya berfikir dan tidak tahu jawapannya.

Ya Allah, berilah kami kemenangan. Maka sesungguhnya Engkau sebaik-baik yang memberikan kemenangan. Aminn.Wallhu'alam.


Baca Selanjutnya

Monday, June 29, 2009

Jin Liar


Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas suami kakak ipar saya meminta saya untuk merawat isterinya. Katanya, isterinya ini kerap "ditindih" jin apabila tidur di rumah emaknya. Penyakit angin di dalam badan makin menjadi2. Baru2 ni, kaki isterinya sejuk apabila tiba waktu asar.

Sebelum ini, ada juga dia meminta merawat isterinya. Tapi yang menjadi masalahnya ialah anak2 kecilnya. Yang sulung berumur dua tahun dan seorang lagi lapan bulan. Apabila saya mula sahaja merawat, anak sulungnya yang sedang asyik bermain, tiba2 saja akan terus menerkam ibunya yang sedang dirawat. Seolah2 sengaja mengganggu proses rawatan. Manakala yang seorang lagi sedang lena tidur, tiba2 saja menangis dan mengamuk di dalam buai.

Kejadian yang sama ini sering berlaku apabila mulanya proses rawatan sehinggakan rawatan tersebut terganggu. Dalam hati saya, inilah taktik jin untuk mengganggu perawat dalam proses rawatan menyebabkan ia dapat menghilangkan tumpuan perawat atau menangguhkan rawatan.

Kali ini saya minta pada suami agar diasingkan anak2 ini ketika proses rawatan dilakukan. Anak2 boleh ditinggalkan bersama neneknya ketika proses rawatan dilakukan. Oleh yang demikian, pada hari yang dijanjikan, mereka tinggalkan anak2 bersama neneknya di rumah saya. Manakala saya dan pasangan ini ke surau KIP berdekatan untuk memulakan proses rawatan. Biasanya kalau ada orang minta tolong, kat surau inilah saya merawat. Harap2 anak2 mereka kali ini tidak meragam ketika proses rawatan dilakukan ke atas ibu mereka insyaAllah.

Seperti biasa, saya akan memohon pertolongan Allah agar tempat rawatan dilindungi daripada anasir jahat. Maklumlah, kat sini ada ramai pemerhati dikalangan jin2. Setelah pesakit beristigfar dan syahadah, saya membaca ayat2 Allah untuk memanggil jin pengganggu. Sebab pada tanggapan saya yang jahil ini, jin yang mengganggu pesakit ini tidak berada di dlm badan. Dia dah cabut awal2. Selepas itu saya meminta pesakit menutup mata dan mendengar ayat2 azab. Pada masa yang sama saya membacakan beberapa ayat al-Quran pada beberapa biji limau nipis dan air.
.
Rawatan di akhiri dgn kaedah tarik menggunakan serban dan membaca ayat pelindung dan doa kesembuhan dan kesyukuran kehadarat Illahi. Saya membekalkan ayat2 rukyah kpd mereka sebagai amalan mereka dan membuat air rukyah sendiri untuk dibuat mandi dan minum. Di samping itu juga, saya meminta suaminya membakar bata bila balik nanti selama 3 hari berturut-turut untuk mengetahui reaksi penyakit isterinya seterusnya sekiranya ada lagi yang tersisa.

Selama 3 hari 3 malam bata dibakar, suami ada memberitahu bahawa pada awal2nya isteri ada rasa mual2 (loya)sekejap. Tetapi hari berikutnya, rasa mual itu sudah tiada. Allhamdulillah.

Apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Saya tidak ada punyai apa2 kekuatan dan kehebatan. Walahaulawalquwataillabillah.Wallhu'alam.


Baca Selanjutnya

Thursday, June 25, 2009

Laptop Ghaib


Assalamualaikum... dan salam ukhuwah.

Kali ini ingin saya kongsi catatan yang berkaitan dengan Laptop Ghaib (LG) yang dimiliki oleh murid lelaki sekolah saya dalam catatan yang lepas. Bila disoalselidik, laptop itu akan muncul apabila murid tersebut berniat untuk menggunakannya. Samaada untuk mencari ayat pelindung diri atau melakukan rawatan.

Ooo..rupanya, dalam LG tersebut ada ayat2 pelindung diri dan ayat2 untuk melakukan rawatan. Menurutnya, dia boleh mengubati berbagai penyakit (fizikal dan spritual). Ramai orang di kawasan sekitar dan luar kawasan yang datang untuk berubat. Ada yang sembuh ke? Tak tahu katanya. "Saya hanya berubat, tapi tidak tanya pula mereka itu sembuh ke tidak selepas itu".Menurutnya lagi, jika ada orang datang dan memberitahu tentang sesuatu penyakit, dia akan membuka LG untuk mencari ayat2 rawatan yang sesuai dgn. penyakit tersebut dan melakukan proses rawatan sebagaimana yang tercatat dalam LG nya. Ayat2 rawatan yang terdapat di dlm LG itu adalah ayat2 al-Quran katanya.

Siapa, dari mana, kenapa dan bila dia mendapat LG tersebut? Menurutnya, dia mendapat LG tersebut dari seorang "Syeikh" yang hadir dlm mimpi ketika tidurnya setahun yang lepas. Nama syeikh tersebut "Syeikh Ahmad" (betul2 roh syeikh atau jin). Mengikut pembacaan saya yang lemah, roh kita memang boleh bertemu dgn roh orang yang sudah meninggal ketika di dlm mimipi, tetapi roh itu disekat oleh Allah apabila dia hendak mengikut kita ke alam dunia. Allah lebih mengetahui.

Persoalannya, adakah murid yang sebegitu (nakal,jarang solat dll)akan menginginkan roh yang baik seperti "Syeikh" tersebut berjumpa dgn.nya dan memberikannya LG yang ada di dlm.nya ayat2 rawatan dan perlindungan? Syeikh ini juga ada memberikannya benda2 pelik seperti kertas2 dan kain2 lama yang di dlmnya mengandungi ayat2 al-Quran dan abjad huruf jawi (macam azimat). Bila terjaga, benda itu ada di dlm. genggamannya. Saya pernah melihat pemberian2 tersebut. Tapi tak ambil gambar. Syeikh ini juga ada mengajarkan ilmu perubatan apabila dia menghadapi sesuatu masalah rawatan penyakit yang tidak dapat diubati atau tidak ada maklumat dlm LG.

Jawapan siapa Syeikh tersebut terjawab apabila, baru2 ini murid tersebut ada menceritakan bahawa sekarang ini Syeikh tersebut sudah mampu bertemu dgnnya dalam keadaan sedar (tidak tidur). Maka sahlah pada pendapat saya yang daif ini, Syeikh tersebut adalah jin.

Sekarang Syeikh dan LG tersebut sentiasa ada bersama2 murid itu ke mana sahaja dia pergi. Kenapa jin tersebut ingin menjadikan murid tersebut sebagai seorang perawat dgn mengajarkan dan memberikan dia benda2 yang pelik2? Pembaca cubalah cari jawapannya sendiri.

Tetapi dapatan saya dari kisah ini :
1. Jin Islam yang kurang iman/kafir berbangga kerana mendampingi dan memberi bantuan kepada manusia.
2. Jin Islam yang kurang iman/kafir menolong manusia kerana "ada udang disebalik batu" bukannya kerana Allah-tapi utk menyesatkan manusia.
3. Alam jin pun ada kemodenan seperti manusia.
4. Janganlah kita (manusia) merasakan bahawa mereka itu (jin) hebat dek kerana mereka tidak nampak dan mempunyai benda2 yang tidak kelihatan oleh penglihatan manusia. Sedarlah manusia adalah Kahlifah di muka bumi ini. Dan ALLAHLAH YANG MAHA HEBAT DLM SEGALA2NYA. Wallahu'alam.


Baca Selanjutnya

Wednesday, June 17, 2009

Murid Sekolah


Assalamualaikum...

Bulan Julai 2008, rayuan perpindahan saya ke Semenanjung telah diterima.Sebelum ini saya berkhidmat di Sabah negeri di bawah bayu. Allhamdulillah. Perkara yang menarik perhatian saya apabila sampai di sekolah yang baru menurut penceritaan guru-guru di sini ialah :
1. Kawasan sekolah ialah kawasan perkampungan jin. Banyak kediaman mereka dibina di sekitar padang sekolah.
2. Ada seorang murid lelaki tahun 3(sekarang tahun 4)yang boleh nampak jin. Dia selalu mendakwa melihat jin-jin berkeliaran di dalam kelas dan kawasan sekolah.

Oleh yang demikian, cerita ini membuatkan saya tertarik dan inginkan kepastian. Maka saya berjumpa dgn murid tersebut untuk kepastian. Bila disoal selidik, ternyata cerita tersebut adalah betul.

Menurut murid tersebut, dia mula dapat melihat benda2 halus ini apabila dia selesai mendapatkan rawatan pembedahan batin dari seorang bomoh (Pada pandangan saya yang daif ini, mungkin bomoh itu telah memasukkan jin ke dlm badan murid tersebut dan dia berkongsi mata dgn makhluk tersebut).Murid ini hanya dapat melihat tetapi tidak dapat mendengar percakapan jin. Penglihatan murid ini hanyalah penglihatan yang tidak 100% jelas.Dia juga mendakwa bahawa banyak rumah2 jin yang terdapat di hujung padang sekolah dan ada jin-jin yang suka berkeliaran di kawasan sekolah dan kelas-kelas.

Yang mengejutkan saya, dia mengatakan bahawa ada 2 ekor jin (lelaki dan perempuan)ada bersama dgn saya di sekitar luar badan. Mereka sdg bercakap2 seperti berbincang sesuatu. Mereka ini sentiasa mengikuti saya ke mana sahaja. Menurut sangkaan saya, mereka ini adalah diantara "jin orang asli (sakai)" yang menganggu isteri saya sebagaimana yang diceritakan oleh seorang pesakit guru saya ketika dia menjadi simulasi semasa kursus menarik jin ke dlm botol di Kuang satu masa dahulu. Menurutnya, jin-jin tersebut sentiasa mencari peluang utk masuk ke dlm badan saya. Allhamdulillah, dgn pertolongan Allah mereka tak mampu.

Tanpa melengahkan masa, saya terus membaca beberapa ayat untuk menghalau dan membakar mereka dgn izin Allah. Menurut murid tersebut, semasa saya membaca ayat2 al-Quran mereka juga seperti membaca sesuatu. Lantas saya menggunakan kaedah tarik utk dihantar ke SM. Jin lelaki dpt di hantar ke sana dgn izin Allah, tetapi jin perempuan semacam berkeras untuk tidak dihantar ke sana sambil membacakan sesuatu. Tetapi dgn pertolongan Allah, akhirnya dia di izinkan Allah utk dihantar ke SM.

Yang mengejutkan saya lagi, ketika saya dan murid tersebut sedang bersoal-jawab, tiba-tiba sahaja murid tersebut membuat aksi seperti dicekik, aksi membuka sesuatu dan aksi menaip. Bila ditanya apa yang dia buat. Dia kata dicekik oleh jin yang berada ditingkat bawah (sedangkan kami berada ditingkat 4)kerana bercerita pasal jin-jin.Jin tersebut memanjangkan tangan (seperti cerita kartun PALSTICMAN). Aksi membuka dan menaip, menurut murid tersebut dia membuka laptop dan mencari ayat2 pelindung diri (advance jugak)supaya tidak dicekik. Katanya, dia selalu kena cekik oleh jin-jin. Hal ini lagi buat saya terkejut. Nanti kalau ada masa, saya ceritakan tentang laptop ghaib murid tersebut. Mana dia dapat laptop tersebut?

Dikesempatan ini juga, saya telah mengambil peluang (jika ada masa tidak mengajar) untuk memanggil murid tersebut dan membuat sedikit "Pengujian @ Eksperimen" ke atas dirinya berkaitan dgn hal2 yang melibatkan ayat2 ruqyah al-Quran, doa dsbgnya. InsyaAllah dlm catatan yang akan datang, saya akan menceritakan serba sedikit tentang dapatan eksperimen tersebut.Wallahu'alam.


Baca Selanjutnya

Friday, June 12, 2009

Masih Lagi Bertatih


Assalamualaikum...
Maha Suci Allah,terkejut juga saya kerana blog saya ini ada dibaca oleh pembaca pertama iaitu Sahabat Gua dan terus dimasukkan blog saya dalam senarai blog Perawat Islam. Seterusnya blog saya dilawati oleh Perawat-perawat Islam yang amat saya kagumi dan hormati dan para pembaca lain.

Rasa segan dan daif serta kerdil dlm. diri kerana asal blog ini hanya sebagai "cubaan" dalam mencatatan pengalaman saya sendiri dalam merawat gangguan makhluk halus dan bersedia untuk dipaparkan pada suatu masa nanti. Iaitu apabila saya rasakan dapat "berdiri dan berlari" dlm rawatan gangguan mahkluk halus ini.Sekarang ini saya masih lagi belajar untuk "bertatih" dlm arena ini.

Sebelum ini pun saya hanya banyak membaca blog2 yang berkaitan dgn. Perubatan Islam dan memperolehi banyak ilmu drpd mereka, mengambil pengalaman2 mereka sebagai iktibar dan panduan. Saya amat menghormati dan mengagumi mereka dgn cerita2 dan ilmu2 mereka. Saya ini apalah kiranya tentang pengalaman dan ilmu jika nak dibandingkan dgn. Perawat2 Islam yang lain.

Tapi kini catatan saya ada sudah pembacanya. Oleh yang demikian, saya sungguh berbesar hati kiranya Tuan2 Perawat Islam dan pembaca dapat memberi teguran membina (bukanya untuk menjatuhkan) sekiranya ada kesilapan dlm catatan dan rawatan.

Blog ini saya lebih mengkhususkan tentang catatan perkongsian pengalaman rawatan dan apa saja yang sewaktu dgnya. Tentang ilmu dan apa saja panduan yang berkaitan Perubatan Islam, bolehlah dirujuk melalui blog2 rawatan islam yang kini banyak dalam internet dan bertanya pada yang lebih arif, terutamanya guru saya yang dihormati Ustaz Majid dan rakan2 seAkrine yang lebih berpengalaman.

Apapun,sama2lah kita berjuang kerana Allah, mencari redha Allah, memohon pertolonganNYA dalam apajua keadaan.InsyaAllah.


Baca Selanjutnya

Monday, May 11, 2009

Rawatan Pertama Pesakit Luar



Bismilallahirahmanirahim.


Tahun 2009 bermula, pengalaman pertama merawat pesakit luar dari sanak-saudara dan keluarga sendiri. Ini adalah kerana, nama dan no. tel saya tertera dalam blog guru saya .

Kisah rawatan ini juga agak panjang kerana gangguan jin ini berlapis2. Sehinggakan rawatan dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali rawatan kisahnya berlainan dan memberikan satu pengalaman baru buat saya sebagai perawat baru dan menunjukkan bahawa Allah itu Maha Besar. Walaubagaimanpun saya pendekkan cerita rawatan tersebut.


1. Rawatan Pertama.

Suami isteri dirukyah. Suami (pernah berkhidmat di Sabah) menghadapi gangguan seperti mata sentiasa berkedip2, terbayang tanda salib, tokong dan makhluk yang bermata satu. Isteri pula mangsa sihir.
Semasa isterinya dirukyah, hadirnya jin islam yang tidak bernama (akhirnya diberi nama Suraya) dtg untuk memberitahu sesuatu yang sebelum ini menjadi tanda tanya perawat yang telah merawat pesakit sebelum ini dan pesakit itu sendiri. Akhirnya rawatan menjadi mudah. Suraya dihantar oleh Perawat dari Mekah yang bernama U***untuk membuat kebajikan di Malaysia (MUNGKIN DENDA DIATAS KESALAHAN YANG DILAKUKANNYANYA SEBELUM INI) dan akan dipanggil kembali ke Mekah setelah selesai tempoh amal kebajikannya di sini. Suraya keluar dgn sendiri dari badan pesakit setelah rawatan sihir ke atas pesakit. Suami isteri dibekalkan ayat2 amalan dan air ruqyah.


2. Rawatan Kedua.

Allamdulillah, suami semakin hilang gangguan dan bayang seperti sebelum ini. Isterinya, diruqyah dan mendapati jin2 yang dihantar oleh tukang2 sihir dari berbagai tempat "dibengongkan" otak jin2 tersebut sehingga tidak ingat apa2 pun. Allamdulillah diislamkan mereka dan didoakn untuk kesembuhan mereka, mereka setuju untuk ke SM untuk mendalami Islam. Hati saya menjadi sayu kerana air mata mereka(jin2) menitis apabila mendengar ayat2 al-Quran dibacakan. Alahmdulillah dgn hidayah dan pertolongan yang diberikan Ya Illahi.

3. Rawatan Ketiga.

Jin yang hadir selepas diruqyah adalah jin kafir drp lapisan ketiga yang tinggal di dlm perut pesakit. Semasa rawatan dilakukan, tukang2 sihir mengisytiharkan perang kepada kami dengan tidak putus2 menghantar jin2 kepada pesakit. Dan saya pula tidak putus2 menghantar mereka ke SM. Walaupun pesakit di pagar namun mereka (tukang sihir) berusaha untuk membolosinya dari jarak jauh. Jin2 yang dihantar ini kebanyakan jin2 kanak2 kerana sudah habis jin2 dewasa yang mereka (tukang sihir) tangkap. Akhirnya dgn izin Allah saya telah hantar mereka ke SM dan menjalani cara hidup Islam. Sessi rawatan ditamatkan. InsyaAllah mereka sembuh disamping mengamalkan amalan2 yang telah diberikan sebelum ini.

Suami pesakit telah mengikuti kursus anjuran Akrine, mudah2han selepas ini beliau boleh merawat sendiri isterinya dan anak-anaknya serta membersihkan rumah mereka daripada barang2 sihir dgn TKR InsyaAllah.








Baca Selanjutnya

Pengalaman Ruqyah 2008


Assalamualaikum.


Sebenarnya sudah lama ingin mencoretkan pengalaman2 ruqyah di dalam blog saya ini sebagai diari pribadi dan perkongsian pengalaman, tetapi dari sehari kesehari semua itu terbengkalai. Semuanya dek kerana terlalu sibuk dgn kerja dan anak kecil. Oleh itu saya mengambil keputusan utk menulisnya secara ringkas. Secara detailnya, biarlah ia tersimpan di dlm memori ruqyah saya sendiri.


1. Merawat Jin Sihir:


Terjadi pada sepupu isteri kerana hasad dengki dalam bekerja. Sihir dihantar bertujuan untuk merosakkan fizikal (penyakit kulit) mangsa dan menyusahkan ibubapa dari segi mental dan ekonomi mereka ketika berhadapan dgn penyakit anak.


Saya diminta untuk merawat. Belum lagi memulakan ayat ruqyah, tetapi baru pergi memotong ranting kayu pokok limau nipis (untuk memukul jin) jin dlm badan pesakit sudah memaki perawat, ibunya dan menyebut-nyebut siapa yang melakukan sihir tersebut.


Saya tidak mengendahkan dgn semua percakapnya tersebut. Yang penting jin tersebut keluar dan tidak menganggu pesakit lagi.


Kaedah semburan air ruqyah dgn menggunakan spray dan memicit jari-jari kaki digunakan.

Allhamdulillah setelah lama berhempas pulas, jin sihir tersebut keluar. Keluarga pesakit dibekalkan air ruqyah untuk diminum dan mandi serta amalan-amalan bentengan diri.


2. Merawat Jin Asyik


Merawat kakak ipar yang berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini. Kata suaminya, dia suka bercakap bahasa yang tidak difahami (macam bahasa jawa) dan tidak menghiraukan kebersihan diri dan anak2. Rawatan pertama hanya menggunakan kaedah bercakap melalui isyarat jari dan akhirnya jin tersebut mahu bercakap. Setelah disoalsiat dan dakwah, jin tersebut bersetuju keluar. Tetapi dia mungkiri janji, hari esoknya dia dtg lagi menganggu.


Rawatan kedua menyaksikan bahawa bukan seekor jin yang ada di dlm bdn pesakit tapi ramai. Dgn izin Allah mereka setuju keluar dan dihantar ke SM. Tetapi jin asyik tersebut berdegil. Maka, penyembelihan dilakukan. Pesakit rebah dan akhirnya sedar seperti sediakala.Mudah2an tiada lagi gangguan. Suami telefon lagi, kerana isterinya meracau lagi. Timbul pertanyaan, semalam dah sembelih, tak mati ke, atau ada jin lain lagi yang mengganggu.


Rawatan ketiga dilakukan. Rupanya yang mengganggu adalah jin asyik yang degil semalam. Katanya dia tak mati, dia pengsan sahaja. Kenapa tak mati bila disembelih, Allah lebih mengetahui. Mugkin Allah bagi peluang kepadanya untuk bertaubat, sebab jin asyik tersebut beragama Islam. Saya menyampaikan dakwah dan peringatan tentang dosa dan pahala kepadanya. Tidak ada kaedah tarik, sembelih dan sebagainya, hanya menyampaikan dakwah dan peringatan sahaja kepadanya supaya berfikir. Allamdulillah, jin tersebut semakin insaf dan pesakit semakin pulih dari sehari kesehari di samping amalan bentengan diri dan air ruqyah 21 hari.


Saya hanya beriktiar dan berdoa, kesembuhan dan pertolongan adalah hak Allah swt sepenuhnya.Wallhualam.


Baca Selanjutnya

Monday, April 20, 2009

Pengalaman Ruqyah Pertama



Bismillahirahmanirahim...

Pengalaman pertama setelah mempelajari secara teori dan praktikal merawat gangguan makhluk halus, ialah merawat isteri sendiri. Isteri mengalami berbagai gangguan yang memeningkan kepala saya yang pada ketika itu begitu mentah berkaitan dengan penyakit seperti ini. Bahkan keyakinan diri dalam melakukan rawatan belum lagi mantap dan kurang arif tentang kaedah-kaedah serta ayat-ayat yang perlu dibaca apabila berlaku situasi-situasi berbeza semasa merawat.


Sedikit tentang masalah yang dihadapi oleh isteri saya :

1. Sering bermimpi kanak-kanak, sesuatu yang menakutkan dan didatangi seseorang untuk bersetubuh.

2. Sakit-sakit badan seperti mencucuk-cucuk dan lenguh-lenguh.

3. Demam panas dan sejuk keterlaluan yang silih berganti dalam tempoh yang sama. Terutamanya apabila isteri datang haid dan benih zuriat mula melekat.

4. Keluar darah merah (bersih) dan cecair pekat dari kemaluan isteri tanda benih zuriat telah dirosakkan. Benih tersebut hanya mampu bertahan hanya seminggu di dalam rahim.

5. Isteri akan sakit-sakit badan dan demam panas dan sejuk yang melampau apabila saya bercuti (mengajar Sabah). Menyebabkan percutian saya hanya dihabiskan untuk menguruskan sakit isteri.

6. Kami empat tahun tidak dikurniakan zuriat.

Rawatan pertama, hanya dibacakan ayat-ayat ruqyah, minum dan mandian. Isteri tidak ada respon dan hanya tertidur bila diruqyah. Begitulah yang selalu berlaku kepada isteri. Bila saya kembali bertugas di Sabah, isteri dibekalkan amalan ayat amalan pendinding dan syifa', air minum dan mandi ruqyah, cuka dan rotan untuk sapu dan pukul pada fizikal yang sakit dll. Saya juga berdoa, solat hajat dan membuat rawatan secara jarak jauh.

Hampir empat tahun saya isteri menderita dan saya tak henti-henti merawat isteri saya sendiri, namun gangguan tersebut semakin menjadi-jadi. Sehingga saya merasakan putus asa untuk merawatnya lagi. Sejenak saya berfikir, kenapa isteri saya tidak sembuh-sembuh dan berapa lama lagi ujian ini terpaksa saya hadapi.

Bila saya amati, mungkin isteri saya tidak sembuh kerana rawatan isteri saya bercampur aduk dengan rawatan perbomohan (isteri dihantar berjumpa bomoh apabila saya bertugas di Sabah oleh ***** ) dan perubatan islam. Oleh itu saya bernekad supaya tidak mengizinkan isteri dan mana-mana pihak untuk hantar dan rawat isteri saya samada pada ustaz (yang pakai jin) apalagi bomoh-bomoh. Biar isteri saya menjalani kaedah rawatan islam sepenuhnya dan dirawat oleh saya sendiri.

Allamdulillah, selepas nekad dan rawatan oleh saya sendiri, ada nampak sedikit perubahan pada isteri saya walau tidak sihat sepenuhnya. Gangguan itu masih ada, tapi tidak sekerap dan sehebat sebelum ini.

Dipendekkan cerita, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Allah memberi kesempatan dan memberikan ruang untuk saya membawa isteri saya mendapatkan rawatan dari guru saya sendiri iaitu Yang Berbahagia Ustaz Majid http://www.akrine.blogspot.com/. ketika beliau membuat rawatan di Kuantan Setelah isteri mendapat rawatan dari beliau disamping isteri saya mengamalkan bacaan yasin dan sapu limau purut setiap malam, penyakit isteri kian ketara perubahannya. Malah saya pula membuat rawatan secara jarak jauh mengguanakan kaedah Tarik menggunakan gambar ketika bertugas di Sabah.

Tiga bulan selepas mendapat rawatan daripada guru saya tersebut, isteri saya menelefon saya dan memberitahu berita gembira buat saya, iaitu dia disahkan mengandung tiga bulan. Allamdulillah, syukur kepada Allah. Penantian, doa dan ikhtiar kami selama empat tahun dimakbulkan. Isteri saya disarankan supaya tidak mengabaikan amalan-amalan pendiding supaya kandungan itu tidak diganggu oleh makhluk perosak. Walaupun saya mendapat berita gembira tersebut, saya masih lagi risau jika kandungan itu umurnya tak panjang. Saya hanya berserah kepada Allah sepenuhnya dan berdoa serta berikhtiar dengan rawatan islam agar ia selamat sehingga lahir ke dunia.

Sekali lagi permintaan kami dimakbulkan oleh Allah swt. Allamdulillah, Humaira Asyikin telah selamat dilahirkan walaupun pada awal kelahiran ada sedikit kesulitan buat ibu dan babynya. Buat semua insan "HENDAKLAH KITA SABAR DAN REDHA DENGAN UJIAN ALLAH YANG DIBERIKAN DENGAN PENUH KEIMANAN. HENDAKLAH SABAR DAN REDHA DENGAN KESULITAN YANG SEDIKIT BERBANDING DENGAN PENUHAN NIKMAT YANG DIBERIKAN ALLAH BUAT SELAMA INI"Wallhualam.




Baca Selanjutnya
Related Posts with Thumbnails

Catatan Abu Humaira ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO